|
Post by Shaifuls on Jun 17, 2008 7:07:35 GMT 7
Semalam pergi la ke Seremban, singgah lama sikit kat Nurseri orkid. Terpandang la serangga ni. Agak susah nak snap gambar serangga ni, sebab agak pemalu kepada kamera. puas pujuk ia supaya dok dendiam. Ingatkan serangga ni serangga perosak, tetapi sebaliknya. Serangga ini merupakan serangga pemangsa, memakan segala jenis serangga perosak yang lain seperti teritip, kutu bena dll. Demikian maklumat yg saya dapat dari rakan saya Mr. Oman & Taukeh Orkid Seremban tu. So jikalau kawan2 terlihat serangga jenis ini jgn dibunuh atau halau. Dah balik KL, rasa nyesal lak tak ambil ia dalam seekor dua. Nak ajak ia berhijrah ke KL. Jadi pembantu saya dipondok orkid saya. hehehehehe Ada sesiapa boleh bantu saya kenalpasti serangga apakah ini. Thanks in advance
|
|
|
Post by pdox on Jun 17, 2008 7:37:59 GMT 7
kalu tak silap, itulah assasin bug. pernah nampak dua jenis/species. ada satu jenis selalu merayap pada dinding rumah mencari semut.
|
|
fame
Junior Member
Posts: 42
|
Post by fame on Jun 18, 2008 11:31:27 GMT 7
ishk ishk ishk awat tak habaq awal-awal... dah hampir pupus ku kerjakan kat rumah nie and rumah org tuaku...
|
|