|
Post by pdox on May 6, 2008 21:03:03 GMT 7
Phal A. yg ini ke yg org kata Phalaenopsis borneensis yg harum? Mmg berbau harum seperti buah citrus. bunga dia kecik sikit daripada cc. Phal B. Yg ini phal cc biasa. Yg ini langsung takda bau. Selama ini saya ingat phal A tu phal cc dan mmg dah lama perasan ada bau wangi buah citrus tapi selalu take for granted ingatkan yg lain tu takda bau perkara biasa. hanya lepas bro Nik bagi tau yg borneensis mcm cc tapi berbau harum, barulah sedar yg apa yg saya ada selama ini borneensis kot. bila ambik closeup lip dia barulah perasan mmg ada perbezaan. namun, yg saya nak tau skrg, gambar yang berikut topsorchid.20m.com/cgi-bin/i/D223borneensisP.jpg ialah borneensis atau panther atau website yang berikut pagesperso-orange.fr/bernard.lagrelle/Borne%ebnsis/anglais/borneensis%20anglais.htm salah info atau...? Lagi tambah kekeliruan bila ada gambar yg dilabel sebagai borneensis tapi rupa mcm pantherina dan ada juga gambar mcm cc yg dilabel sebagai borneensis di internet. malangnya saya takda buku2 yg bagus utk buat rujukan. kalau sapa sapa ada buku2 yg elok harap blh share ilmu dan info. kalau sifu2 dan otai2 ada pendapat silalah contribute... much appreciated sebab saya masih green lagi dan buku okid pun takda yg bagus2 utk buat rujukan. kalau setakat gambar2 di internet mmg cukup buat pening. also see: oapm.proboards52.com/index.cgi?board=phalaenopsis&action=display&thread=876#5741Thanks for taking the time to read this all!
|
|
|
Post by nfahmi on May 7, 2008 17:01:02 GMT 7
Pdox,
Sorry lambat jawab. Baru balik dari oustation tadi.
Bab-bab taxonomy ni saya sendiri mudah confuse sebab kadang-kadang apa yang saya lihat dan apa yang saya baca bercanggah. Malah antara taxonomist sendiri, masing-masing kadang-kadang tidak bersetuju dengan pandangan taxonomist lain.
Strictly speaking, bila saya lihat lip structure kedua-dua sp. tu, saya akan kata kedua-duanya "without a doubt" ialah Phal cornu-cervi. Ini ialah pada pandangan saya shape lip ke2-2 nya adalah sama. Masalahnya bila satu ada bau dan satu takde bau membuatkan saya terfikir bahawa ada kemungkinan bahawa yang wangi tu mungkin adalah natural hybrid (agak aje ni).
Saya rasa dalam publication yang ada tak menyebut Phal borneensis maupun cornu-cervi mempunyai bau atau tidak. Kalau kita study sejarah taxonomy orkid ni kita faham yang kebanyakan "description" untuk satu-satu sp. ni dibuat asalnya berdasarkan dry specimen. Bunga tu dikeringkan dan di tampal ke kertas. Sebabnya penemuan dibuat di sini sedangkan taxonomist nya masa tu berada di England atau di Eropah yang jauh beribu batu. Perjalanan dengan kapal mengambil masa mugkin berbulan dan specimen hidup yang dibawa pulang kebanyakannya mati kerana terlalu lama di dalam perjalanan dan kurangnya pengetahuan macamana untuk menjaga orkid tersebut semasa pelayaran. Jadi, bila bunga dah kering ni bau pun dah tak ada. Shape pun dari 3-dimensi dah jadi 2-dimensi sebab di "flattened"kan masuk fail. Selepas itu, kajian makin moden sikit dan spesimen bunga mula di"preserve" dalam larutan alkohol tapi masalahnya pulak bau masih tidak dapat di"preserve" dan warna yang ada pulak luntur. Cuma shape 3-dimensi yang dapat dikekalkan.
Phal pantherina dan borneensis pulak adalah sp. yang agak "rare" di Barat. Ini diakui oleh Christenson dalam bukunya Phalaenopsis A Monograph bila dia kata limited sample available to him untuk dia buat study yang lebih baik tentang perbezaan antara 2 sp. ni. Fenomena ni berlaku pada banyak spesis lain jugak yang mana bila kita tenguk gambar sesuatu spesis yang agak "common" di Barat, gambarnya agak lain dengan apa yang ada dan memang "common" di sini. Ini disebabkan pokok2 sp. tersebut yang banyak dalam cultivation di Barat asalnya mungkin dari satu pokok yang sama yang dibawa dari sini ke Barat beratus tahun dahulu sedangkan di sini kita mempunyai "gene pool" yang jauh lebih besar dan tentunya variasinya lebih di sini. Contoh utama yang saya terfikir ialah Bulbophyllum lobbii. Cuba tenguk aje di sekita Cameron Highland berapa banyak variasi yang kita boleh jumpa, jenis lobbii biasa, jenis sumatranum dan apa-apa lagi yang "anything in between" yang kalau di barat diberi macam-macam nama seperti auriculatum lah, claptonense lah dan macam-macam lagi.
Taxonomist yang dalam group "clumpers" akan kata semuanya ialah lobbii dan kita mesti "allow for some variations within a species" dan taxonomists dalam group lagi satu pulak akan bagi nama dan bagi different sp. status kepada setiap variasi yang ada walhal kebanyakan mereka adalah "desktop" taxonomists sahaja yang buat study kat meja mereka aje berdasarkan satu specimen sample yang ada samada dikeringkan atau dipreserve dalam alkohol dan tak pernah tenguk pokok/bunga yang hidup.
So pada saya (setelah membebel panjang ni), saya dah tak kesah apa nama dia orang nak bagi, janji saya suka, saya akan dapatkan pokok tu dan saya akan bagi nama apa yang saya rasa betul pada saya. ;D ;D ;D Amacam geng?
|
|
|
Post by tontoro2001 on May 7, 2008 19:29:00 GMT 7
setuju....hehehehe
|
|
|
Post by pdox on May 7, 2008 19:59:22 GMT 7
seronok baca pendapat org, thanks for taking the time Nik, really appreciate it. yg A tu mmg harum, confirm dua tiga kali harum, bunga baru harum bunga lama harum bunga dia semua harum haha. natural hybrid atau sebab lain saya pun tatau. cuma saya da terpikir nak cross kan dgn bellina sebab suka tgk bellina x cc yg cantik. tapi kalau kita tak pasti dia jenis apa susah pulak kalau terhasil hybrid lain? oh ya phal B (cc) kat atas tu ada bau rupanya... but very faint, hidung kena betul betul kat column dia baru dpt kesan. saya suruh org lain cuba detect dan mmg ada bau but it's different than bau citrus A. selama ni tak pernah peduli pun ttg semua ni tapi mcm menarik pulak buat perbandingan saje suka suka. Phal pantherina saya baru prasan ada bau jugak! Bau yg spicy. Saya check dekat2 tengah hari. persoalannya, andainya kita nak kacuk atau buat hybrid dua species, mcm mana kita nak register hasilnya jika tak pasti parent dia apa? while we're on the subject of creating hybrids, ada soalan tambahan jika tak keberatan utk menjawabnya. maaf, budak baru belajar... andainya kita nak buat cc x borneensis. kita ambik pollen cc dan letak kat stiga borneensis dan vice versa pada bunga yg lain. maksudnya satu bunga cc jadi pod parent dan satu lagi bunga cc jadi pollen parent and same thing for borneensis. kemudian andainya terbentuk hybrid daripada dua dua pod ini. bagaimana nak registernya? sebab saya peratikan kat website phals.net ada letak pod parent and pollen parent untuk setiap hybrid. maksud saya dlm kes mcm ni, kita kena pilih antara dua yg terhasil tu ke, iaitu pilih bunga offspring paling kita suka? Terima kasih sebab sudi berkongsi info!
|
|
|
Post by nfahmi on May 7, 2008 21:20:47 GMT 7
|
|
|
Post by pdox on May 9, 2008 9:31:14 GMT 7
Nik, thanks for the info. saya mmg ada plan utk set pod pada pokok ini, harap menjadi.
|
|