|
Post by pdox on Dec 10, 2007 7:15:25 GMT 7
ada dua pokok lagi yg baru kuarkan spike. satu pokok masih kecik dan hanya ada dua kuntum bunga pada spike. tapi one of the things saya suka pasal coelogyne ni ialah kecik2 pun dia akan kuarkan bunga, cuma tak banyak kuntum. bunga tidak berbau harum, tak seperti C. swaniana yg berbau harum sedikit atau C. asperata yg mempunyai haruman yang agak kuat.
|
|
|
Post by sopiemohd on Dec 10, 2007 8:37:56 GMT 7
pdox, Ini memang musim rochussenii berbunga.Dekat rumah saya pun species ini baru belajar berbunga,tetapi spikenya pendek dan bunganya sedikit sahaja. ;D
|
|
tteja
Full Member
Posts: 88
|
Post by tteja on Dec 10, 2007 10:39:36 GMT 7
wah cantiknya ...
biler lah bunga kat umah tuh nk berkembang biak macam nih .. hehehe..
p/s: akar baru dah kuar ... syukur ...
|
|
|
Post by pdox on Dec 10, 2007 12:06:35 GMT 7
tteja, syukurlah kalau dah keluar akar. tapi yg kita tukar ari tu bukan C. rochussenii tapi C. swaniana dan C. asperata. Asperata kalau tanam dlm pasu besar dgn sedikit compost mix (saya pakai mix yg beli kat kedai pasu, campuran pasir sungai, compost hitam, serpihan arang dll) dgn potting media orkid biasa (serpihan bata, sabut etc), mmg cepat tumbuh dan besar. itu yg saya perhatikan lah untuk C. asperata. Pagi ahad saya ada pergi kat pasar tani, ada satu pasu C. rochussenii yg ada banyak spike dgn seed pod sekali, RM25 siot! mahal gilos! Kat nursery sana sure ada punya C. rochussenii berlambak sebab species ni agak common. saya tak belikan RM25 tu untuk tteja sebab mahal sgt, nanti campur postage lagi last2 lebih mahal dari beli di KL. takper, kalau tak jumpa jugak kat sana nanti bila saya buat division saya hantar beberapa bulb kat awak. oh ya, spatho plain putih daun semua dah gugur harap2 akan kuarkan anak baru. yg dua lagi nampak sihat skrg. malah ada anak baru sedang tumbuh!
|
|
|
Post by pdox on Dec 10, 2007 22:21:27 GMT 7
pdox, Ini memang musim rochussenii berbunga.Dekat rumah saya pun species ini baru belajar berbunga,tetapi spikenya pendek dan bunganya sedikit sahaja. ;D ya saya pun ada satu pokok kecil yg hanya ada dua kuntum padanya, comel pulak haha. ;D coelogyne rochus saya penah tgk berbunga pada musim panas dan kering juga. tgk di taman negara Bako:
|
|
|
Post by Narnia on Dec 18, 2007 9:58:33 GMT 7
waaa.....cantiknya!!! kat mana bole dptkan orkid2 hutan camni ek? unik. kat rumah ada orkid hybrid aje....maklum le baru blajar tanam orkid, tp saya lg suka jenis2 yg berbau harum ni
|
|