|
Post by arjunadewa on Jan 19, 2008 14:50:17 GMT 7
Acara tersebut akan diadakan seperti berikut :- Tarikh : 1-3hb Feb 2008 Tempat : Arena Square Batu Gajah, Perak Masa : 9pg-11.30mlm
Gerai jualan orkid juga akan diadakan. Program ini adalah dengan kerjasama Kementerian Penerangan (RTM) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Buku saya juga akan dilancarkan oleh YB Khamsiyah Yeop, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 2/2/08. Buku bertajuk Dunia Orkid terbitan Alaf21 ini merupakan buku yang paling lengkap yang pernah ditulis dalam Bahasa Melayu. Saya yakin buku ini akan dapat menyelesaikan banyak masalah2 yang dihadapi oleh peminat Orkid. Juga terdapat senarai genera orkid yang PALING LENGKAP, spesies dan hibrid. Belum ada sebuah buku pun di dalam dunia ini, dalam apa bahasa pun yang menerbitkan KESELURUHAN senarai genera orkid yang ada di dunia ini. Bagi mereka yang berminat boleh hubungi saya. 012-5136187
TQ!!
|
|
|
Post by tontoro2001 on Jan 19, 2008 21:57:15 GMT 7
hi arjunadewa....
akhirnya berjaya juga ko lancarkan buku ni...tahniah sahabatku!..
|
|
|
Post by khairimhd on Jan 19, 2008 22:43:58 GMT 7
Salam Yob..
Welcome to da club.. wa respek lu...walaupun guna nickname tapi berterus terang siapa disebalik arjunadewa...cayalah..
Tahniah atas pelancaran buku kamu setelah sekian lama tertangguh..berapa rege buku tu..wa sure beli satu untuk tambah ilmu pasal orkid nih..lagipun wa memang suka tolong kengkawan ni ...nak tolong bebanyak tu wa pun tak mampu ..takat nak tambah royalti yang kamu dapat tu bila wa beli satu kira OK la... biar tolong sikit jangan kencing banyak..
Kalao Yob datang Shah Alam bagitao wa, ada banyak perkara yang wa nak kepastian selama ni..maklum le lama tak jumpa Yob, macam macam cerita di dengor ni.
|
|
|
Post by khairimhd on Jan 19, 2008 23:14:30 GMT 7
Salam lagi..
Siapa sebenarnya arjunadewa aka Hamdan..ni wa nak story jasil perkenalan wa dengan yob hamdan selama 3 tahun dah rasanya..
Yob no kira OTAI orkid dalam dunia orkid Malaysia ni..Yob ni orang kuat Persatuan Peminat Anggerik Perak..( Perak adalah negeri yang mempunyai persatuan orkid terbanyak di Malaysia)..
Dalam setiap pertandingan orkid...muka Yob ni mesti ada punya la nganto bunga orkid untuk bertanding...memang jarang pulang tangan kosong...Sebut je nama HAMDAN , semua peserta pertandingan akan kenal dia dan memasing bagi pandangan, pengalaman merkea dengan kawan wa, Yob Hamdan ni.
So, bertuah la OPM SIFU TAHAP OTAI sudi mencemar duli join OPM group...apa aje kemusykilan korang pasal orkid je le ye..benda benda lain wa tak tao le.. boleh tanya dengan Yob Hamdan ni..
OK ..itu aje..
|
|
|
Post by sopiemohd on Jan 20, 2008 6:39:42 GMT 7
Assalamualaikum Hamdan,Tahniah diatas pelancaran Buku Okid pada bulan Feb ini. Hantar lah senaskah buku tersebut kepada saya.Saya dah PM alamat saya kepada anda,jangan lupa no akuan,supaya saya dapat buat bayaran. regards, sm
|
|
|
Post by arjunadewa on Jan 20, 2008 9:04:30 GMT 7
Sdr Khairi, Terimakasih kerana sudi menyambut kedatangan hamba ke mari. Pasal nak kepastian tu, entah la. Hamba ada kalanya dah meluat dengan citer2 yang macam2 ni. Yang sedihnya, mengenangkan golongan kita ni x ramai, adalah la 3 4 kerat, tapi cerita yang bertaburan, mengalahkan ulat mengurung bangkai. Citer2 yang tersebut tu pulak, lebih malang lagi, lagi busuk dari bangkai!! Sebenor2nya hamba ni dah getik sgt pasal PHD ni. Udah-udah le tu. Hamba punya prinsip cukup senang, orang terima kita, kita datang. Kalau dah rasa tersisih macam show Shah Alam yang lepas, hamba dah dapat la msg yang nak di sampaikan oleh org2 yang hamba anggap kawan. Jadi lepas ni rasanya, hamba berat la lagi nak menunjuk pipi ke Shah Alam. Segan jugak la rasanya, Hidung tak mancung, pipi tersorong2. Walau bagaimanapun hamba tetap menjemput semua orang, termasukla yang suka sgt bercerita yang bukan-bukan, untuk datang ke Orkid Show @ Fiesta Mesra Rakyat. Itu adalah permulaan kepada yang lebih besar. So sdr khairi, kirim salam pada kawan2 kita. Bagitau yang lepas2 tu hamba maafkan dosa mereka. Sudah2 la tu. Hamba malas dah nak layan benda2 mcm tu. Bagi kaya MAxis je cakap lelama dalam tipon. muahhahaha!!
Assalamualaikum.......
|
|
|
Post by khairimhd on Jan 20, 2008 16:26:38 GMT 7
Tuan :Terimakasih kerana sudi menyambut kedatangan hamba ke mari. Pasal nak kepastian tu, entah la. Hamba ada kalanya dah meluat dengan citer2 yang macam2 ni. Yang sedihnya, mengenangkan golongan kita ni x ramai, adalah la 3 4 kerat, tapi cerita yang bertaburan, mengalahkan ulat mengurung bangkai. Citer2 yang tersebut tu pulak, lebih malang lagi, lagi busuk dari bangkai!!
WA : Wa setuju, memang dunia orkid di Malaysia ni hanya 3 4 kerat je nak di bandingkan dengan penduduk Malaysia yang berjuta tu. Wa pun setuju citer citer busuk tu lebih busuk dari bangkai sebab citer mcm ni memang di bawa untuk busukkan orang. Wa dengar citer pasal tuan pun dari orang yang wa angap kawan gak. Sebab kekadang orang suka fitnah kita untuk dapat kepercayaan daripada orang. Tapi lain kalo kita ada pengalaman sendiri dengan orang tu.
Tuan : Sebenor2nya hamba ni dah getik sgt pasal PHD ni. Udah-udah le tu.
WA : Wa pun getik dengan phD ni. Kita serupa, mu ha ha ha ha
Tuan : Hamba punya prinsip cukup senang, orang terima kita, kita datang. Kalau dah rasa tersisih macam show Shah Alam yang lepas, hamba dah dapat la msg yang nak di sampaikan oleh org2 yang hamba anggap kawan. Jadi lepas ni rasanya, hamba berat la lagi nak menunjuk pipi ke Shah Alam. Segan jugak la rasanya, Hidung tak mancung, pipi tersorong2.
WA : Tak sudi mai shah alam dah, aii sedihnya teman...wa tao kisah sebenar daripada pimpinan Kelab Anggerik Shah Alam. Semua bermula daripada cerita masa tuan, Syakir ( ;D) dan adik wa pergi berniaga kat Pameran Orkid Johor di Danga Bay.
Tuan : Walau bagaimanapun hamba tetap menjemput semua orang, termasukla yang suka sgt bercerita yang bukan-bukan, untuk datang ke Orkid Show @ Fiesta Mesra Rakyat. Itu adalah permulaan kepada yang lebih besar.
WA : Terima kasih, ada kelapangan wa akan sampai. Wa sokong tuan show besar besar, sebab sejak kebelakangan ni tak banyak persatuan orkid di Malaysia yang buat pameran dah.
Tuan :So sdr khairi, kirim salam pada kawan2 kita. Bagitau yang lepas2 tu hamba maafkan dosa mereka. Sudah2 la tu. Hamba malas dah nak layan benda2 mcm tu. Bagi kaya MAxis je cakap lelama dalam tipon. muahhahaha!!
Wa : Ish kamu ni, kengkawan kita semua join kat sini, Saiful ada, Oman ada dan ada beberapa nama yang tak dapat di sebutkan di sini. Kalo kengkawan kelab anggerik shah alam..OK boleh aja, minggu depan wa akan jumpa mereka sebab ada orkid show kat SACC. Bolehlah disampaikan salam kepada Dato Anuar tuan presiden, Cikgu Aris lama, Cikgu Aris baru, Suhaimi dan lain lain. Wa pakai celcom la tuan...he he he
Assalamualaikum.......
Walaikumussalam..
|
|
|
Post by khairimhd on Jan 20, 2008 21:17:18 GMT 7
Lupa lak nak reply yang ni la Yob
Tuan : Walau bagaimanapun hamba tetap menjemput semua orang, termasukla yang suka sgt bercerita yang bukan-bukan, untuk datang ke Orkid Show @ Fiesta Mesra Rakyat. Itu adalah permulaan kepada yang lebih besar.
Wa : Yang ni payah sikit nak tolong tuan..bila tang ayat 'termasukla yang suka sgt bercerita yang bukan-bukan' ...sebab dia ni wa lama dah tak jumpa, lepas dia kencing wa dalam 2.4 rat secara individu dan dekat 4 angka gak secara syarikat...lepas dia janji nak bank-in sampai sekarang wa tak dengar kabar berita dari dia lagi. Kot wa terjumpa sebelum tarikh fiesta batu gajah nanti wa bagitao la dia ye.
|
|
|
Post by webbiz04 on Jan 20, 2008 21:30:52 GMT 7
Brother! Saya nak order senaskah buku itu. Nanti saya PM alamat.
|
|
|
Post by Shaifuls on Jan 21, 2008 15:35:17 GMT 7
malas nak layan. ko jadi PRO la Khairi cakap pun tak guna.
|
|
|
Post by aninajwa on Jan 21, 2008 21:12:39 GMT 7
Best la kalau Ani ada kat kampung masa ekspo ni berlangsung. Kenapa la buat 1-3 hb tu, Ani dah cadang nak balik kampung masa cuti tahun baru cina nanti. Batu Gajah memang dah dekat sangat dengan kampung Ani tu.
|
|
|
Post by Shaifuls on Jan 22, 2008 8:34:25 GMT 7
aku rasakan Khairi elok lagi sekali diaturkan perjumpaan 4 mata, sepertimana yg telah kita buat sebelum ini sebabnya dari cara percakapan Bro arjuna ni, dia tujukan kepada B team, sedangkan dia hanya dengar cerita dari A team. kalau A team cerita yg buruk2 diantara Bro. ni dgn B team, maka tanggapan buruk tu masih kekal hingga kini dan selamanya.
Baik diadakan perjumpaan dgn bersemuka dan luahkan apa yang terbuku dan yg tidak puas hati.
Berkenaan tentang A team ni biarkan dia, aku berperinsip 'KEHIDUPAN INI IBARAT RODA, ADA MASA DIATAS ADA MASA DIBAWAH' maksudnya hari ni nko burukkan/lagakan orang, esok2 ada org lain akan kenakannya. Yang menghairankan aku, Mangsa2 ni tak ke boleh fikir ke, macam bebudak. siasat dan jadi professional.
Khairi,
aku dgn Othman sempat berjumpa dgn Principle dia ni. Duk dlm 1jam, mcm2 diluahkan. Sempat juga tengok Othman tersenggeh sambil berkata 'ada berita terbaru'
Contoh;
1, pinjam RM6 Ribu, kata nak buat modal. Selepas dikira semula hanya RM2 Ribu jer yg dipulangkan. siap Principle dia ni kata "tak tau buat kira2 kena pi kursus kira2"
2, Jual pokok pada Awang (bukan nama sebenar), lepas tu datang ambil/cukai sikit pokok tu utk dijual pada Abu (bukan nama sebenar) tanpa pengetahuan Awang. apa rasa korang semer, sakit tak hati bila hak kita dikebas org. saksi ramai yg melihat. penat nak citer lagi. cukup la, jadi professional. Bila bangsa nak maju, jika sentimen ni tidak dibendong. Buang sikap ni. Malu oleh bangsa bangsa bersatu
Khairi, cadangan aku. amat perlu diadakan perjumpaan 4 mata. kes ini serius, selagi maklumat diperolehi dari sebelah pehak, dendam kesumat masih kekal dihati.
Maaf, terlebih garam dari geram.
|
|
|
Post by khairimhd on Jan 22, 2008 9:26:39 GMT 7
WaHHHHHHHHHHHHHH
[glow=red,2,300]Thread ni hangat dan berapi.[/glow]
Woi Saiful.... asyik asyik aku je kena jadi orang tengah...tak dak orang lain ke...letih woooo
Tapi terima kasih sebab percaya aku yang hanya berusia 31 tahun pada 2008 ini ( kira lebih sedap awal 30an la ye).
Wa Ok je and wa sanggup jadi orang tengah lagi...tempat kita propose kat tempat Dato Fadhil pun boleh. Kita ajak pihak pihak terlibat secara FRIEND TO FRIEND TALK sessi ke 2.
Untuk kengkawan semua yang lain.
Inilah dunia orkid ( mcm tajuk buku Yob Hamdan plak ye ) !
Macam mcam hal kita boleh jumpa apabila kita kenal ramai orang. So, bagi korang semua yang baca thread ni sebagai pemerhati..silalah ambik mana mana [glow=red,2,300]yang baik untuk di jadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan[/glow].
Kengkawan semueeerrrrrr
Berhati hati dengan orang yang baru dikenali terutamanya bila berurusan melibatkan DUIT. Ni, wa nasihat sungguh sungguh ni.
Wa dah janji dengan diri wa, tak akan biarkan kawan kawan wa termasuk dalam forum ni dan di luar forum tu, terkena dengan individu yang telah menipu wa. Bak kata Yob Hamdan, kita ni 2 3 kerat je.
|
|
|
Post by Shaifuls on Jan 22, 2008 10:21:08 GMT 7
mana kata2 ko khairi,
"kita kawan bukan cari lawan"
Pada aku biar ramai lawan dari ramai kawan. dari Lawan dapat kita memperbaiki diri dari Kawan yg nak kenakan Kawan.
Sabo jer la
|
|
mas
Junior Member
Posts: 20
|
Post by mas on Jan 22, 2008 12:50:48 GMT 7
berapa rega buku tuh?
|
|
|
Post by pdox on Jan 22, 2008 20:11:11 GMT 7
Hmm, memang menarik... berapakah harga senaskah buku itu?
|
|
|
Post by arjunadewa on Jan 23, 2008 14:09:30 GMT 7
Harga buku Dunia Orkid dah confirm. RM19.90. Saya sebenarnya tidak berpuashati dengan harga buku ni, terlalu RENDAH kalau dibandingkan dengan apa yang dipersembahkan dalam buku ini. Dengan gambar berwarna lebih 300 keping dan sebagainya.
Tapi saudara & saudari la yang untung!! So jangan lepaskan peluang untuk dapatkan buku ini pada bulan Februari ini!!
|
|
|
Post by pdox on Jan 23, 2008 15:28:56 GMT 7
Thanks for the info. memandangkan kami ni seberang laut china selatan, bagaimana nak order buku ni? saya nak order senaskah.
|
|
|
Post by Shaifuls on Jan 24, 2008 7:58:00 GMT 7
MURAH tu. Catasetum hybrid , Denrobium hybrid pun tak dapat harga tu. Bukan senang nak dapat pulak tuh. Zaman sekarang, DUIT segalanya. so kalau TOKAN dah kata harga buku tu murah, apa lagi kenkawan BALON jer la lelebih sikit.
Haa... apa lagi Pdox, order lebih2, leh markup caj kapalterbang. ofer kat Puan La, En. Bical dan member2 lain di Negari bawah Bayu dan Bumi Kenyalang bahkan Filipina kalau nak.
Saya beli buku WILD ORCHIDS OF THAILAND yg mengandungi 687 species and 768 full color photographs dgn harga RM90 dan tidak termasuk harga kos perjalanan ke Thai (Thanks YC and also Thanks to that person yg tak jadi ambil buku ni dari you, YC).
RM19.90 tu jauh lebih murah tu.
|
|
|
Post by arjunadewa on Jan 24, 2008 21:00:11 GMT 7
Harga buku tu dah confirm. Hanya RM19.90!!! Sebenarnya saya kecewa gak dengan harga buku ni, rendah sangat. Royalti yang saya dapat pun rendah gak la. hehehehe. Buku yang Full Color, 187 muka, FULL & Complete listing of Orchid Genera, lebih 300 gambar, RM 19.90 je?? Saya rasa, ini lah buku orkid yang termurah dalam dunia!! hehehe Anyway.. yang untungnye u all la, para pembeli buku ni. Rasanya buku kedua saya ni nak cari publisher lain lah.. yang jual mahal sikit....boleh gitu? heheheh Anyway.. ada sedikit perubahan program Orchid Show @ Fiesta Mesra Rakyat ni. Pelancaran buku Dunia Orkid akan di lancarkan oleh YB Dato Seri Aziz Samshudin, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Tetamu asal, YB Dato Khamsiyah Yeop, Timbalan Menteri tak dapat hadir last2 minute ni. SO saya panggil Menteri terus...hehehe. Bila lagi kan? Pada sebelah malam akan diadakan konsert besar2an,. Yang dah confirm hadir Aishah, David Arumugam, Dafi, Adam AF, Jinbara, Hattan. Bagi mereka yang berkesempatan sila kunjungi Fiesta Mesra Rakyat dari 1-3hb Feb 2008 di Arena Square Batu Gajah dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 mlm!!
|
|