|
Post by ameliepoulain on Jan 13, 2008 21:27:48 GMT 7
Drosera adelae adalah sejenis pokok carnivor yang amat mudah untuk dijaga dan tidak mempunyai banyak kerenah. Daunnya yang memanjang seperti pedang amat gemarkan cahaya matahari, tapi ingat! ia juga amat memerlukan air yang banyak. Ia selalunya ditanam mengunakan sphagnum moss + perlite dan pasunya direndam didalam bekas berisi air. Jika ia mendapat cahaya matahari yang secukupnya, daunnya akan bertukar ke warna merah, jika tidak ia kekal berwarna hijau. Pada tiap-tiap daun, terdapat titik-titik seakan embun madu yang akan menarik perhatian serangga seperti lalat, nyamuk dan 'fruitfly', ini yang akan memerangkap mangsanya itu. Kerana ia berupaya menangkap makanannya sendiri, ia tidak perlu diberi apa-apa nutrien lagi, malah baja akan membunuhnya!D. adelae yang saya jual ini, daunnya bersaiz lebih kurang 2.5" (6cm), ada yang besar sedikit, ada yang kecil sedikit. Kesemuanya membesar dari hari kehari, jadi dalam seminggu lagi, mungkin ukuran ni dah tak betul. Pokok ini akan dihantar tanpa pasu, akarnya akan dibalut dengan sphagnum moss untuk mengekalkan kelembapan. Harga tawaran tahun baru untuk sepokok ialah RM10.00.
|
|
|
Post by bicalcarata on Jan 18, 2008 15:43:55 GMT 7
amelie, sa naklah nanti pos bersama sanguinea. yg ada d rumah terlalu kecil lgi. tq
|
|
|
Post by ameliepoulain on Jan 18, 2008 21:03:06 GMT 7
okay... kita tunggu sanguinea tu . btw, tak lama lagi akan ada d. spatulata pulak nak?
|
|
|
Post by bicalcarata on Jan 24, 2008 11:22:48 GMT 7
d. spatulata besar ke kecik?
|
|
|
Post by ameliepoulain on Jan 26, 2008 18:54:33 GMT 7
saya tengah tunggu d.spatulata tu besar dulu lah... tapi rasanya tak lama...
|
|