|
Post by pdox on Jul 3, 2008 20:27:32 GMT 7
saya sempat singgah di taman orkid liar ini sekejap masa saya ke bank tadi utk masuk duit kpd kak sarah. ini sedikit gambar utk dikongsi. utk melihat gambar2 lain, silalah ke flickr saya (link di akhir post ini). saya suka dtg sini beberapa bulan sekali sebab nak tgk apa perubahan dan juga apa okid yg sedang berbunga. selalu jugak saya terlepas flowering phal gigantea. tapi kali ni saya bertuah sebab dpt melihat suatu orkid seperti vanda yg berbunga dgn begitu cantik sekali. wah... berbaloilah saya bayar yuran masuk pintu. RM2 saja (RM10 for tourists). akan tetapi taman orkid ini tidak mempunyai label atau ID tag pada hampir kesemua pokok2 di sini. Mmg cukup mengecewakan sebab kita tidak dpt pelajari nama2 orkid. Patutnya disertakan juga info ttg kepupusan, species mana yg terancam dan juga maklumat atau pamphlet tentang habitat destruction utk create awareness kpd org awam ttg kepentingan memulihara dan menjaga khazanah hutan kita. ------ Padawan Pitcher Plant and Wild Orchid Garden, Kuching. vanda species? sungguh mengagumkan. Bulbo anceps? Taman ini juga memuatkan sedikit bunga negara/region lain. yg ni hybrid ke species ke apa? saya nampak mcm ada catt hybrid besar (tanpa bunga) taktaulah apa hybrid buat kat sebuah taman orkid liar... huhuhu Vanda luzonica (terlepas melihat bunga2nya lagi!) Dyakia hendersoniana More pictures at: www.flickr.com/photos/sarawaklens/archives/date-posted/2008/07/03/
|
|