|
Post by alycia on Nov 20, 2007 11:18:03 GMT 7
post lagi sekali ;D ni alycia punya orkid hutan... jumpa dalam semak... sape2 yg tau nama boleh inform ekkkk...
|
|
|
Post by pdox on Nov 20, 2007 11:34:00 GMT 7
Gambar kedua nampak macam orkid merpati (Pigeon orkid) iaitu Dendrobium crumenatum. Mmg mudah dijumpai di mana mana jua di Malaysia atau rantau tropika kita. Bunga berbau harum semerbak tetapi tidak tahan lama (satu atau dua hari).
Gambar pertama, mcm pernah nampak tapi lupa nama. gambar ketiga, tak pasti namanya, orkid liar jugak ke? Mmg cantik. Daun dan batang orkid mcm spesis Dendrobium.
|
|
tteja
Full Member
Posts: 88
|
Post by tteja on Nov 20, 2007 12:27:43 GMT 7
gmbr no 2 tuh selalunya org sangkut kat pokok n dia akan jatuh berjuntai ... tp frust sbb bunga setakat 2 hari jer... tak sempat nk menunjuk kat org lain .. hehehe..
i ader kaler ungu tp dah dekat setahun, tak kuar2 lagi bunganya .. yg putih selalu plak berbunga ... hehehe
|
|
|
Post by pdox on Nov 20, 2007 12:37:49 GMT 7
D. crumenatum bau mcm sarsi... haha, pada pendapat saya la. ;D
Kalau ada yg mcm gambar ketiga nak juga saya cuba dapatkan. Tak pernah tgk!
|
|
|
Post by alycia on Nov 20, 2007 13:03:10 GMT 7
yg pertama tu mmg bau wangi... cantik sangat bila berbunga.. bunga kecik-kecik ajer.. tp biasalah tahan 2 hari ajer....
yang no 3 tu alycia rasa mmg spesis dendrobium.. tp memang jarang nampak... puas search kat internet pun tak jumpa gak... my mom kata orkid hutan... nnt balik nak tanya kat dia balik betul ke orkid hutan..
|
|
|
Post by alifinara on Nov 21, 2007 9:26:17 GMT 7
Saya da satu yg tgh tunggu masa nak mekar, pagi tadi tengok dah kembang separuh. Nanti saya post sini, kalau ada yg boleh bgtau namanya lagi bagus. Jenis dendrobium.
|
|
|
Post by Shaifuls on Nov 22, 2007 10:28:14 GMT 7
Hai semua, 1. Den. pachyphyllum. ada kembar dia nama dia Den. hymenanthum, bezanya bunga tiada byk belang2 di bunga. 2. 'Pigeon Orchid' / Den. crumenanthum / Anggerik Desa. "CITES" Bunga kembang sehari je. Jenis ini saya dapati byk juga versi atau variasinya. 3. Boleh dkelaskan dalam kelas Epidendrum. Cuma saya tak dapat nak kasi nama sp. kalau nak tau lebih kena la rujuk kat internet. Adios.... Shaifuls www.flickr.com/photos/bhippo001picasaweb.google.com/bluehippo2020bgreenfertilizer.googlepages.com/
|
|
|
Post by alycia on Nov 22, 2007 11:19:39 GMT 7
Hai semua, 1. Den. pachyphyllum. ada kembar dia nama dia Den. hymenanthum, bezanya bunga tiada byk belang2 di bunga. 2. 'Pigeon Orchid' / Den. crumenanthum / Anggerik Desa. "CITES" Bunga kembang sehari je. Jenis ini saya dapati byk juga versi atau variasinya. 3. Boleh d**elaskan dalam kelas Epidendrum. Cuma saya tak dapat nak kasi nama sp. kalau nak tau lebih kena la rujuk kat internet. Adios.... Shaifuls www.flickr.com/photos/bhippo001picasaweb.google.com/bluehippo2020bgreenfertilizer.googlepages.com/ ok shaifuls, thanks for your info....
|
|
|
Post by alifinara on Nov 23, 2007 15:35:56 GMT 7
Ini dia saya punya, sipenjual kata jenis hutan. Gambar pokok keseluruhan, Close up bunganya... Kalau ada yg boleh bgtau namanya.... terima kasih in advance.
|
|
|
Post by alifinara on Nov 23, 2007 15:37:33 GMT 7
Phalaenopsis ni saya beli dr org asli di CH. Belum pernah berbunga lagi....
|
|
|
Post by pdox on Nov 23, 2007 15:41:52 GMT 7
hi Alif, lama lama bertambah lah koleksi awak! Bila phal tu berbunga jgn lupa tampal gambar di sini nanti kita tolong cari idnya. Tapi gambar semua tak jelas lah, tangkap dgn henfon ke?
|
|
|
Post by pdox on Nov 23, 2007 15:45:48 GMT 7
Ini dia saya punya, sipenjual kata jenis hutan. Gambar pokok keseluruhan, Close up bunganya... Kalau ada yg boleh bgtau namanya.... terima kasih in advance. Itulah dia dendrobium phalaenopsis, spesis ni adalah bunga hutan di Australia dan kalau tak silap adalah bunga negeri Queensland di Australia. wlupun spesis liar tapi banyak jugak yg telah dihybridkan dan dibiak di nursery. Saya ada yg warna putih petalnya dan lidahnya purple.
|
|
|
Post by Shaifuls on Nov 24, 2007 11:45:50 GMT 7
kalau tak silap yg Dendrobium berbunga tu Common di Nursery dan byk yg telah Hybridkan.
It's miniture, Dendrobium bigibum var compatum. Free Flowering, senang tanam. Suka digantung pada kayu.
Berminat boleh order, kalau tak silap Khairi pun ada juga pokok ini in big clump.
|
|
|
Post by Shaifuls on Nov 24, 2007 11:48:34 GMT 7
Gambar kedua Alif tu ada 2 pokok Phal. Yg daun panjang tu kalau tak silap mungkin Phal cornu-cervi. Yg pendek bulat tu mungkin Hybrid atau Sumatrana.
Beli dgn Org Asli di CH tu kena hati2 sbb mereka pun dah pandai jual yg Hybrid.
|
|
|
Post by pdox on Nov 24, 2007 12:11:56 GMT 7
Oh ya utk info Alif, bigibbum nama lama, nama baru dia dendro phalaenopsis. Beli kat mana tu sebenarnya? di borneo, ada jugak dendro affine klu tak silap. rupa dia lebih kurang. betul tak sifu shaiful?
|
|
|
Post by alifinara on Nov 27, 2007 11:48:16 GMT 7
Terima kasih Para & Shaiful, lepas ni dah boleh tag dgn namanya.
Betul ker phal cornu cervi, tak sangka rupanya dah ada spesies tu... Tingga; nak carik bellina pulak.
|
|
|
Post by pdox on Nov 28, 2007 20:27:09 GMT 7
Bellina dan violacea dua dua nya cantik, tapi saya suka lagi bellina. Yg saya punya bunga dia dah jatuh tapi tgh keluar bud bunga baru! tak sabar nak "on" balik penyaman udara semulajadi.
|
|