|
Post by khairimhd on Jan 22, 2008 8:26:15 GMT 7
Kengkawan, Ni ada website bagus untuk sesiapa yang bercita cita nak grow orkid Paphiopedilum sebagai koleksi. Penerangan di dalam website ni amat detail. Siap tunjuk peta lagi kat mana nak cari dalam hutan. Memang bagus untuk poacher-poacher pergi rompak semua kat dalam hutan tu. Wa harap kalau lu poacher-poacher kena makan rimau la kalo pergi angkat semua keluar. He he he he www.slipperorchids.info/paphdatasheets/index.htmlTapi ingat, jadikan ianaya sebagai panduan sahaja, sesungguhnya teknik sebenar akan diperolehi melalui pengalaman sendiri. P/S : Iklan jap : Sesiapa nak beli dolomite wa boleh supply. Dolomite yang wa supply telah diadun dengan baja organik N:P:K ratio dia ialah 2: 2: 3. pH 8.5 - 9.5 . Ada beneficial mikrob. Ada mikronutiren Magnesium dan Kalsium - 12% - 18%. Siapa tambah dengan TE seperti Boron 0.0001 ppm, Copper 0.07 ppm dan Iron 6.5 ppm. Nak beli sekilo boleh, 2 kilo boleh, seguni 2 kilo boleh, nak 1 tan pun boleh. Sila PM.
|
|
|
Post by abiom on Jan 22, 2008 8:46:26 GMT 7
wah..bagus website ni.tengkiu khairi...bolehle print,buat rujukan nanti..thx man ;D
|
|
|
Post by khairimhd on Jan 22, 2008 9:12:49 GMT 7
Saudara Abiom Memang tak dinafikan. Kemuncak taste para penggemar dan pengumpul orkid ialah CUBA nak tanam orkid yang lebih dikenali dengan nama Lady Slipper ini. Kepuasan nafsu tak terhingga apabila kita berjaya menyebabkan dia berbunga dia. Bunga dia memang unik, so exotic, dan mengancam. Dulu masa wa start nak kumpul orkid jenis ni macam macam tips di beri untuk bagi dia hidup dan berbunga. Ad yang kata senang je, ada yang kata susah, ada yang kata try le. So, wa pun pergi la melawat ke setiap sahabat sahabat yang memberikan tip tip tersebut. So ni la kesimpulan hasil lawatan itu. Yang kata senang bunga ni sebab pokok tu baru keluar daripada hutan, Memang ler boleh berbunga sebab kejutan perubahan iklim mikro. Pokok pun tak establish lagi. Yang kata susah ni. Sebab memang dia kata tak pernah bunga sejak dia jaga bertahun tahun sehinggalah masa wa lawat tu. Pokok dah establish dah. Ynag kata try ler tu sebab dia pun tak sure cara dia tanam tu betul ke tak sebab dia pun tengah berekperimen dengan pokok pokok tu. So, cara terbaik ialah try je dulu dgn orkid slipper yang murah murah seperti barbatum dan niveum and perhatikan progress dia. [glow=red,2,300] SELAMAT MENCUBA TANAM PAHIOPEDILUM [/glow]
|
|
|
Post by abiom on Jan 22, 2008 14:34:22 GMT 7
;D ;D ;D terima kasih sekali lagi...moga kata2 saudara akan lebih mengemarakkan lagi nafsu paphio ni..hehehe..
|
|