|
Post by pdox on Nov 29, 2007 10:59:16 GMT 7
Saya baru transfer pokok ni ke keratan batang kayu rambutan jadi pokok ni sudah dlm keadaan "shock" - tgk saja daunnya yg tak sihat - untuk beberapa minggu. Baru sekarang mula keluarkan akar dan pucuk. Jadi saya baru sembur dgn seaweed cecair (jenama Yates import dari AU - tak jumpa BGreen kat sini). So ni gambar minggu pertama. Jadi sebagai experimen, nanti saya akan pos lagi gambar progress selepas dua minggu atau sebulan. Tempat dlm gambar ni saya pakai utk simpan semua orkid yg baru dibeli atau baru di transfer ke pasu/btg kayu baharu.
|
|
|
Post by Shaifuls on Nov 29, 2007 14:06:47 GMT 7
Wow, pokok induk hutan yg cantek dan sihat. meleleh saya tgk ;D.
Pdox, menggunakan kayu keratan dahan rambutan ok. kami disini menggunakan dahan kayu tembusu atau pakis gergasi Asmunda Fern.
Dahan kayu lempoyan, kayu mengkudu atau kayu manggis juga boleh digunakan.
Jgn guna kayu kekacang spt petai, saga, acasia dll.
|
|
|
Post by pdox on Nov 29, 2007 14:34:25 GMT 7
Wow, pokok induk hutan yg cantek dan sihat. meleleh saya tgk ;D. saya tak pasti ceritanya tapi klu tak silap ni didapati daripada kawasan yg telah ditebang untuk penanaman kelapa sawit dari seberang sempadan (Indonesia). pokok ni tak sihat, nampak sihat je tapi mmg dlm keadaan teruk masa saya beli, jadi saya rasa mmg betullah daripada pokok2 yg telah ditebang sebab keadaannya mmg teruk, daunnya calar, berpenyakit dan akar semua sudah mati. Mujurlah dpt diselamatkan.
|
|
|
Post by Shaifuls on Nov 29, 2007 15:43:32 GMT 7
Pdox, jika boleh ubah cara penanaman tuan. saya tanam pada batang pokok dgn menggunakan spagnum moss lembab diletakkan pada btg kayu kemudian diletakkan orkid diatas (akar diatas moss) dan diikat dgn benang atau dawai.
|
|
|
Post by pdox on Nov 29, 2007 16:26:12 GMT 7
hehe jgn risau saya agak berpengalaman dgn phalaenopsis ni. di bawah tu mmg ada spag dan kemudiannya dibalut dgn coco fibre supaya spagnum tu tak lari.
|
|
|
Post by alifinara on Dec 3, 2007 12:56:37 GMT 7
Saya ada juga alihkan, memula nampak segar, tapi sekarang mcm nak kiok... nanti saya post gambo. saya takde spaghnum moss, cuma letakkan sabut jerkk...
|
|
|
Post by pdox on Dec 3, 2007 13:09:49 GMT 7
Alif, you mean pokok P. bellina yg baru dibeli tu ke? jgn usik dia, dia cepat merajuk dan mogok lapar. nanti daun dia mcm nak kiok. jgn risau kalau nampak tak sihat, bila dia berhenti merajuk nanti dia akan subur balik cuma mengambil masa. kita kena biar acclimatise dan suaikan diri dgn keadaan di rumah atau pondok orkid baru boleh cuba alihkan, ikat pada batang kayu atau letak dlm pasu tonggek. tapi kalau sudah alihkan then jgn usik dia lagi... sembur dgn seaweed (yg tlh dicairkan mengikut 1/2 sukatan iaitu kalau sukatan 5ml = 1 liter, kita guna 2.5ml, satu sudu teh lebih kurang 5ml) pada waktu pagi sekali seminggu. pastikan daun2nya tidak selalu basah atau lambat kering. saya semua belajar dari pengalaman pahit. dulu beli keiki baru alihkan terus dia nak kiok. dan pernah bunuh seekor cornu cervi, sian dia, crown rot, lepas pindahkan pada pokok terkena air dan terus mereput tinggal setangkai. Bila dah besar dan akar subur keluar boleh ikat pada batang paku pakis gergasi mcm ni: tapi kalau dah alihkan masuk pasu then tak payah la kacau lagi, biar je. sabut pun okay jugak, saya sendiri kdg kdg pakai sabut kelapa tua yg belah sendiri, asalkan jgn terlalu basah. Handle with TLC, tender loving care masa pindah sebab cepat merajuk.
|
|
La
Full Member
Mantad doho
Posts: 113
|
Post by La on Dec 19, 2007 9:15:16 GMT 7
Ha ah... betul! betul tu....
Suka merajuk.... mrk ni. Sia dah terkena cam ni....
Sia baru jer pindahkan phal (mak) kat pasu sbb sia nampak kena jangkitan kulat. Tapi anak x usik lagi sbb masih Baby lagi.... biar jer menempek kat kayu tu, tungguh dah besar skit and dah ada byk akar baru alihkan.
|
|