Post by lapanlapan on Apr 12, 2008 19:21:48 GMT 7
Keunikan tersendiri orkid
Oleh Hartini Mohd Nawi
tini@hmetro.com.my
www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/DekoTaman/20080412120408/Article/indexv_html
PHALAENOPSIS antara orkid yang popular kerana memiliki pelbagai keunikan tersendiri.
Kuntuman bunganya boleh bertahan selama dua hingga tiga bulan dan sentiasa kelihatan segar jika dijaga dengan baik.
Phalaenopsis memerlukan cahaya matahari terang, tetapi dalam keadaan teduh untuk membesar dan berbunga.
Anda juga boleh menukar pasu atau bahan penanaman sekali setahun selepas bunga yang terakhir gugur.
Gunakan pasu plastik lutsinar besar sedikit daripada saiz akar supaya pasu tidak kekal basah dan gunakan bahan penanaman yang dapat mengekalkan kelembapan seperti sphagnum moss.
Berikut panduan menukar pasu hasil kreativiti Orchids4U yang di Lot 1047, Batu 22 1/2, Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor.
Anda yang berminat boleh melayari www.orchids4u.com.my.
Sediakan Bahan-bahan:
-Sphagnum moss, Phalaenopsis (dalam pasu asal), pasu baru dan peralatan berkebun seperti gunting.
Langkah 1
-Basahkan sphagnum moss dalam keadaan separuh lembap.
Langkah 2
-Sebelum phalaenopsis dipindahkan daripada pasu asal, anda perlu memotong batang bunganya.
-Picit keseluruhan pasu asal phalaenopsis untuk memindahkannya.
Langkah 3.
-Buang sebanyak 70 peratus sphagnum moss asal yang melekat pada phalaenopsis itu sebelum membalut akarnya dengan sphagnum moss baru.
-Masukkan sphagnum moss baru ke dalam pasu baru.
Langkah 4
-Masukkan phalaenopsis, padatkan dan letakkan sphagnum moss pada bahagian permukaan baru untuk memberi ruang kepada phalaenopsis membesar dengan baik.
Info
-Siram phalaenopsis selepas seminggu dipindahkan.