|
Post by sopiemohd on Feb 13, 2008 9:59:22 GMT 7
|
|
|
Post by khairimhd on Feb 13, 2008 10:25:48 GMT 7
Syabas Yob Hamdan, teruskan usaha jujur anda menulis buku buku lagi..
Jangan lupa berikanlah satu naskah PERCUMA kepada individu penting yang membantu anda dalam merealisasikan buku ini iaitu Dato Fadhil tuan empunya ALAM MAYANG SELIDA. Pasti dia happy giler nyer..
Pucuk pauh delima batu Anak sembilang di tapak tangan Orang membantu di ingat selalu Baru senang di masa hadapan
Wa cau dulu - ada kuliah lah.
|
|
|
Post by webbiz04 on Feb 13, 2008 22:12:44 GMT 7
Tahniah utk broth arjunadewa, berjaya menghasilkan buku panduan orkid dalam versi bahasa malaysia. Amat berguna utk saya yang baru mengenali orkid. Semoga akan ada bahagian kedua utk siri dunia orkid.
|
|
|
Post by arjunadewa on Feb 14, 2008 22:10:53 GMT 7
Terima kasih saudara Sophie kerana bukak a new thread utk buku saya tu.
Harapan saya pada buku ini, ianya dpt menambahkan ilmu kepada kita sekelian. Semoga apa yang dipraktikkan oleh pembaca kelak, akan menjadikan mereka lebih menghargai dunia orkid
I m working on another book. Dah 80% siap. Buku kedua ni akan mengetengahkan permasalahan orkid ie makhluk, fungus, bakteria, virus and its remedies. Buku kedua ni dlm bahasa Inggeris, lebih ilmiah, lebih teknikal, lebih detail.
Buku kedua ni mungkin mengambil masa yang lebih lama kerana saya sedang berselaras dengan beberapa buah universiti tempatan dan sekitar ASEAN agar buku saya ini boleh dijadikan buku teks atau buku rujukan wajib untuk pelajar2 di bidang botani.
Sekali terimakasih diatas sokongan tuan2 & puan2.
|
|
|
Post by lapanlapan on Feb 15, 2008 17:55:41 GMT 7
Bagus !... alhamdulilah... buku yg lama ditunggu akhirnya muncul jua!...
|
|
|
Post by alycia on Feb 18, 2008 9:15:50 GMT 7
wah, forumer OAPM sendir yang hasilkan buku orkid.. syabas... barvo bravo... alycia sbg ahli yg masih baru ni tumpang bangga dgn adanya org-org mcm brother arjunadewa..
oh ya, mcm mana nak dapatkan buku ni??
|
|
La
Full Member
Mantad doho
Posts: 113
|
Post by La on Feb 18, 2008 14:15:05 GMT 7
Tahniah buat Arjuna, atas penerbitan buku DUNIA OKID ni.
Sia rasa ianya amat sesuai & dinantikan oleh para penggemar okid dan rasanya........, buku ke-2 nanti lagilah dinanti-nantikan sbb bila dah byk collection dr pelbagai spp maka bertambahlah lagi keperluan & masalah yg dihadapi. Jadi.... dgn adanya buku2 sebegini maka ianya dapatlah menambahkan ilmu kpd para peminat tanaman okid ni..... Taklah pening2 kapla nak merujuk yer...? Lupa2, boleh selak jer buku tu... hehehe!
|
|
|
Post by lapanlapan on Feb 18, 2008 15:15:29 GMT 7
|
|
|
Post by pdox on Feb 18, 2008 16:26:51 GMT 7
saya dah dptkan buku tu... pertama sekali saya ucapkan tahniah atas penerbitan buku ini, memang menjadi kebanggaan kita semua sebagai penggemar anggerek malaysia, kita pun tumpang happy. design kulitnya cukup menarik, namum, sebagai pembaca, saya rasa mmg boleh jadi lebih baik lagi buku ini. izinkan saya memberi beberapa cadangan:
saya perhatikan terlalu banyak gambar yg low resolution diperbesarkan menjadi tersangat pixelated (nampak pixel yg besar2). pada pendapat saya, buku seperti ini haruslah gunakan gambar high resolution, kalau mmg originalnya pakai gambar resolusi tinggi then mungkin masalah apda publisher jadi saya cadangkan sound kat publisher dan suruh drg buat satu proof copy dulu sebelum di hantar utk percetakan komersial. atau gunakan publisher lain.
furthermore, i think it is a good idea to separate species and hybrids dan tidak campur adukkan dlm satu muka surat sebab akan jadi confusing bagi yg baru hendka mengenali dunia orkid.
dan bahagian index pun boleh jadi lebih lengkap lagi, mcm saya nampak ada bulbo macranthum ari tu jadi saya belek2 index nak cari balik di mananya... tapi index takda so kena cari balik page by page and because the pictures are in random order so saya tak blh belek muka bulbo atau bahagian species tetapi perlu cari page by page.
suntingan juga blh diperketatkan contohnya: ada bahagian tip mengenai orkid ialah epifit dan hanya menumpang pada pokok tetapi pada ayat sama (tanpa comma atau noktah) ditulis "orkid parasit." masalah ejaan typo etc saya paham tapi ayat seperti di atas tu akan buat orang baru confuse.
that is my honest opinion as a reader. harap buku kedua nanti akan lebih oomph lagi.
|
|
|
Post by arjunadewa on Feb 24, 2008 15:31:21 GMT 7
Tq saudara pdox...
Apa yg saudara perkatakan tu..saya mmg setuju 200%!! Dan ianya amat mengecewakan saya. Bukan lah saya nak menuding jari, tapi apa yg saudara katkan tu..semua dah saya hi-lite pada dia. 1. Psal gambar pixelated - she should enhance the resolution. ni main tarik je 2. Font utk ruang tips - terlalu fancy, nak baca pun susah 3. Index - i Dah bagitau semua gambar bunga mesti letak dlm index. Index yg ada tu pun i yg buat, so mana gambar2 yg last minute masuk...mmg tak de dlm index. hampeh tul. hehehe. 4. Gambar yang repeat- Ada beberapa gambar yang di repeat. Padahal saya dah bagi lebih 500 keping gambar untuk digunakan. Pulak tu, gambar yg di repeat, less quality lak. Bengkak....bengkak.
Pasal seperatekan gambar species n hybrids tu mmg susah. sebabnya masalah nak mengisi ruang (fillers). Sometimes gambar yg available yg boleh mengisi ruang tu, sometimes species, sometimes hybrid. Strateginya kalau campur aduk..org bukak semua page kan? hehehe
Tapi reason yg paling utama.. kalau seperatekan.. buku species saya nanti.. tak bermakna sangat lah...hehehe. Ketandusan modal lak nanti..hehehe
Thanx for the very constructive comment.
Yang lain tak nak komen?? atau x beli lagi buku tu? hehehe. NOw buku tu dah ade di kedai2 buku. Mph dah sure ada..kalau x de maknanya dah abis. Suh dia order lagi. Atau cehek website alaf21 untuk senarai kedai2
Thanx
|
|
|
Post by pdox on Feb 24, 2008 19:12:39 GMT 7
hmm I thikn time to find a new publisher sebab drg ni nampak sangat main tangkap muat/lepas batuk di tangga...
|
|
|
Post by khairimhd on Feb 25, 2008 9:59:10 GMT 7
Salam.. Susah bebnor nak dapatkan buku Yob Hamdan kat area Shah Alam ni..pergi semua kedai SOLD OUT ..wa bengkak... wa pergi terus pejabat Alaf 21..wa amuk kat situ...wa kata wa nak buku DUNIA ORKID ni...awat susah sangat nak jumpa... he he he he he...kata kata kat atas hanya mainan gurauan aje ye.. sebenarnya wa tunggu 10 buku yang dijanjikan kepada kelab anggerik shah alam ( dengan sedikit diskaun diberi) ..so wa nak beli thru presiden kleab, Dato Anuar la..tapi Dato Anuar kata dia masih tak terima buku Yob ni..so wa pun cari le sendiri...masa wa pergi jalan jalan kat MPH jumpa la..so wa beli 2 buku.. variasi dunia orkid yob hamdan dan 99 herba ( wa suka ilmu herba gak )... ingat tak nak komen, tetapi memandangkan yob hamdan kata nak terbitkan satu lagi buku berkenaan spesis..maka wa sebagai sahabat nak buat teguran membina sedikit.. Hasil bacaan wa.. Konsep buku menarik, kulit buku cantik, susunan grafik menarik, bab low resolution tu agak kecewa gak la...tapi wa anggap minor..yang major ialah kesalahan dari segi ID nama spesis.. bab ID hybrid wa tak sentuh sebab wa tak terer...tapi kalo ID spesis bulbo and phalaenopsis.. wa confident 150% Harap kesalahan dapat diperbetulkan didalam cetakan ke 2 ( jika ada ). 1. Terdapat kesalahan terhadap ID nama spesis. Kebanyakkan kesalahan nama ialah spesis yang MUST HAVE punya. Dibimbangi bagi org yang baru berjinak dengan spesis akan rasa tertipu apabila pergi beli orkid akibat tersalah rujuk nama. 2. Terdapat kesalahan terhadap kenal pasti penyakit Dikhuatiri rawatan yang diberi tidak betul apabila nama penyakit yang diberikan salah. Pemurnian Kesalahan ID nama spesis1. Muka surat 21 ....salah ID Gambar adalah bulbophyllum anandaelei ...tetapi dilabel sebagai bulbohyllum gusofii. Note : Tiada spesis bulbo nama gusofii -- yang ada ialah bulbohpyllum gusdorfii atau cirrhopetalum gusdorfii Prbandingan bulbohyllum anandaelei dengan bulbophyllum gusdorfii berikut beberapa variasi bulbophyllum anandaelei bulbophyllum gusdorfii 2. Muka surat 21.....Salah eja nama Bulbophyllum caruncunatum.. sepatutnya bulbophyllum carunculatum 3. Muka surat 22 .... salah ID Gambar bulbophyllum medusae...tapi telah di ID kan sebagai bulbophyllum vaginatum. perbandingan bulbophyllum medusae dengan bulbophyllum vaginatum bulbophyllum medusae bulbophyllum vaginatum 4.Muka surat 80 .. salah ID Gambar bulbophyllum fascinator atau mastigion fascinator ..tetapi telah di ID kan sebagai bulbophyllum putidum.. perbandingan bulbophyllum fascinator dengan bulbophyllum putidum bulbophyllum fascinator bulbophyllum putidum Kesalahan ID penyakit1. Muka surat 107 Gambar penyakit yang disebabkan oleh sun scorch..tetapi telah dilabelkan sebagai jangkitan antraknos. Note : menurut buku 'orchid growing in the tropics' oleh times edition dgn kerjasama OSSEA. daun yang terkena antraknos akan menghasilkan satu garisan yang berbentuk seperti peta kontor.
|
|
|
Post by khairimhd on Mar 2, 2008 12:02:55 GMT 7
Maaf,
Nak cuba perbetulkan lagi kesilapan dalam buku Variasi Dunia Orkid.
1. Kesilapan ID spesis Paraphalaenopsis denevii - gambar yang diberikan adalah gambar Paraphalaenopsis hybrid.
Rupa bunga parapahalaenopsis denevii adalah seperti berikut.. Hujung lipnya berbentuk ekor ikan (ada macam terbelah sikit) dan ada belang belang di lipnya.. anda boleh rujuk rupa bunga paraphalenopsis denevii ini di dalam buku orkid..
ORCHIDS GROWING in the tropic ..karangan R.E Holtumii terbitan OSSEA dengan TIME Edition.
wa tak dapat nak scan rupa bunga tu sebab TAKOT kena saman, sebab keluarkan tanpa kebenaran...
|
|
|
Post by lapanlapan on Mar 6, 2008 14:07:20 GMT 7
Dari yahoo groups :
Hi Norida
Are you sure it's a good book? Show it to experience orchids grower and you'll see there are a lot of wrong identification and mislead information. Be careful with the advice in the book. It might kill your plants.
I'm not sure who is the writer but I can say he is not professional and lack of experience. If you wanted some advice on orchid, join local orchid society. You'll get plenty of good advice from experience grower and hobbyist.
--- In orchidofmalaysia@ yahoogroups. com, Norida Yunus <dos_norsuri@ ...> wrote: > > VARIASI DUNIA ORKID is a good book. I just got it few days a ago. > > I suggest u proceed with volume 2. > >
|
|
|
Post by theoman on Mar 6, 2008 16:28:43 GMT 7
Dari yahoo groups : Hi Norida Are you sure it's a good book? Show it to experience orchids grower and you'll see there are a lot of wrong identification and mislead information. Be careful with the advice in the book. It might kill your plants. I'm not sure who is the writer but I can say he is not professional and lack of experience. If you wanted some advice on orchid, join local orchid society. You'll get plenty of good advice from experience grower and hobbyist. --- In orchidofmalaysia@ yahoogroups. com, Norida Yunus <dos_norsuri@ ...> wrote: > > VARIASI DUNIA ORKID is a good book. I just got it few days a ago. > > I suggest u proceed with volume 2. > > Woit 88... Tak payah lah nko nak heboh hebohkan hal hal macam ni. Sepatah kata bro Hamdan, " yang sudah tu sudah lah... enuf..." Lagi pun dia baru aja belajar menulis. so, berilah galakkan skit... Nko nak buku yang berquality dengan info yang betul, tunggu ketibaan buku bro Rosli, "Orchids of Terengganu". Aku dah tengok buku dia, cun... Tapi herga mahal skit lah... ;D
|
|
|
Post by lapanlapan on Mar 6, 2008 19:08:11 GMT 7
Maaf ... Itu pandangan atau ulasan dari orang lain , walaubagaimanapun, diharap penuis buku tersebut dapat menerima dgn hati terbuka, dan tidak mengulang lagi kesilapan yg sama dalam buku kedua..
Sekali lagi .. maaf !..
|
|