|
Post by pdox on Dec 18, 2007 11:52:59 GMT 7
susulan dari reply kpd pertanyaan narnia:
setiap jenis orchid mempunyai pendebunganya sendiri di habitat semula jadi. Lalat, lebah, semut dll.
Dlm jagaan manusia, kita boleh debungakan sendiri, mudah sahaja. susah nak terangkan tapi dlm internet banyak gambar caranya, kalau search "how to pollinate paphiopedilum" contohnya, mesti akan dpt banyak link dan gambar.
biasanya, saya pakai sepasang forceps untuk menyepit kapsul debunga orchid dgn cermat kemudian letakkan kapsul yg melekit (secara semulajadi mmg melekit) itu pada bunga pokok sama atau pokok lain kalau ada yg lain sedang mekar juga).
untuk sesetengah orkid mmc dendrobium, bunga dia akan terus layu dlm masa sehari dua selepas didebungakan untuk conserve energy. Kemudian bahagian tangkal bunga akan mula mengembang dan bergantung pada species orkid, mengambil masa lama untuk mature. Contohnya, sesetengah orkid selipar (paphiopedilum) mengambil masa berbulan bulan lamanya untuk menghasilkan lenggai benih yg matang. sesetengah orkid lain pula hanya dua tiga bulan.
menjawab soalan samada setiap orkid menghasilkan seed pod atau tidak, bergantunglah jika berjaya didebungakan.
biasanya orkid baru dibeli dan masih dlm keadaan shock, biarkannya membesar dgn sihat dahulu sebelum cuba pollinatekan untuk dapat seed pod.
Seed pod yg terhasil bolehlah dihantar ke nursery2 yg menawarkan khidmat flasking atau kalau berminat boleh pelajari teknik home flasking sendiri.
Mungkin ada member2 lain yg boleh menambah dan menyumbang lebih lagi info. Ingin membaca pengalaman dari sesiapa yg mmg telah berjaya buat home flasking...
|
|