|
Post by khairimhd on Dec 26, 2007 14:17:01 GMT 7
Ye kengkawan...
Kita bertemu sekali lagi...
Kali ini cuba nak tuliskan pasal kenapa orkid TAK MAHU berbunga berdasarkan pemerhatian sendiri.
4 Sebab kenapa orkid tidak mahu berbunga ( merujuk kepada orkid yang bersaiz "BLOOMING SIZE"
1. Spesis atau Hybrid Biasanya spesis berbunga mengikut musim, Hybrid boleh dikatakan agak free flowering jika dibandingkan dengan spesis. kenal pasti dulu jenis orkid anda.
2. Pembajaan Secara asasnya, tumbuhan berbunga atau berbuah termasuk orkid memerlukan unsur nutrien fosforus (P) dan Kalium (K) yang lebih tinggi berbanding Nitrogen (N) untuk membolehkan mereka berbunga atau berbuah. Gunakan baja yang high P and K untuk orkid yang mencapai blooming size
3. Pencahayaan Pencahayaan yang betul juga mempengaruhi orkid untuk berbunga atau tidak. Jika terlalu gelap daripada yang sepatutnya diperlukan, orkid tidak akan berbunga.
4. Highland or Lowland Orkid dari tanah tinggi sukar atau tidak boleh berbunga di dataran tanah rendah tetapi boleh hidup.
Harap bermanfaat
|
|
La
Full Member
Mantad doho
Posts: 113
|
Post by La on Jan 17, 2008 10:44:46 GMT 7
Khairi,
Makasih atas info yg diberi. Sia nak buatkan tingkaplah rumah okid sia tu.... hehehe.. okid2 sia ni pun nak nengok2 keluar agaknyer, nak ambik udara segar & nyaman.
|
|
|
Post by khairimhd on Jan 17, 2008 22:09:19 GMT 7
Hanya sedikit saja yang ku ada untuk di coretkan buat tatapan sekalian jelata di sini..
|
|
|
Post by lapanlapan on Jan 18, 2008 19:06:02 GMT 7
'...2. Pembajaan Secara asasnya, tumbuhan berbunga atau berbuah termasuk orkid memerlukan unsur nutrien fosforus (P) dan Kalium (K) yang lebih tinggi berbanding Nitrogen (N) untuk membolehkan mereka berbunga atau berbuah. Gunakan baja yang high P and K untuk orkid yang mencapai blooming size,,,'
kalau gitu... baja organik apa yg tinggi kadar P dan K?
|
|
|
Post by webbiz04 on Jan 19, 2008 7:49:16 GMT 7
Apa lagi kalau bukan baja bgreen .... hehehehe sorry itu tekaan aku je lerr Kena tanya member yang lebih ariff
|
|
|
Post by khairimhd on Jan 19, 2008 23:52:36 GMT 7
Mencari bahan organik apa yang tinggi P dan K?
Sebelum menjawab sedikit ulasan pasal penggunaan bahan ORGANIK..
Memang trend pertanian sekarang ke arah PERTANIAN secara ORGANIK.
dan yang terkini kalo tak silap saya ialah PRECISION AGRICULTURE.
Kenapa organik?
Banyak faktor..pertama adalah berkaitan dengan kesihatan manusia itu sendiri.
Menjawab soalan tuan. Anatara
Bahan organik yang high P- tahi kelawar Bahan organik yang high K - tahi kambing Ada pelbagai bahan lagi yang boleh digunakan
Kombinasi secara tepat 2 bahan organik ini akan menghasilkan baja yang high PK secara [glow=red,2,300]ORGANIK[/glow].
Nak lebih power campur dengan EM..
Sekian...harap bermanfaat
|
|
|
Post by lapanlapan on Jan 20, 2008 13:49:30 GMT 7
Terima kasih saudara,
Mungkin dapat dicritakan sedikit bagaimana pengunaan baja baja organik tersebut? Kerana, setahu saya lah, orkid orkid yg bukan dari jenis terestial, menggunakan akar anginnya unutuk menyerap nutrient.
salam
|
|
|
Post by khairimhd on Jan 20, 2008 16:30:11 GMT 7
Terima kasih saudara, Mungkin dapat dicritakan sedikit bagaimana pengunaan baja baja organik tersebut? Kerana, setahu saya lah, orkid orkid yg bukan dari jenis terestial, menggunakan akar anginnya unutuk menyerap nutrient. salam 88 , wa ini nombor aa banyak ONG lah ooo ni guna foliar spray la ni.. Gunakan seaweed liquid... kaya dengan P dan K kalo tak silap ratio NPK dia ialah 0-1-1. Try ler..
|
|