mya76
Junior Member
Posts: 26
|
Post by mya76 on Dec 6, 2007 15:49:45 GMT 7
saya berminat nak tanam orkid2 saya tu pada pakis gajah boleh sesiapa share tak camana nak buat...skrg ni pasu bertemu pasu
|
|
|
Post by tontoro2001 on Dec 6, 2007 16:02:56 GMT 7
saya biasanya letakkan sedikit moss pada pakis gajah...sebelum lekatkan okid diatasnya..senangkan?
|
|
|
Post by pdox on Dec 6, 2007 16:04:19 GMT 7
Mya, er... tak clear, pakis gergasi idup atau kepingan? mana la tau dlm halaman rumah tu ada tanam dua tiga pokok pakis gajah.
|
|
|
Post by tontoro2001 on Dec 6, 2007 16:06:53 GMT 7
hehehe...mungkin juga tu..
|
|
mya76
Junior Member
Posts: 26
|
Post by mya76 on Dec 6, 2007 17:10:12 GMT 7
pakis gergasi hidup
|
|
|
Post by pdox on Dec 6, 2007 17:32:20 GMT 7
ada gambar pokoknya tak? jenis cycad?
|
|
|
Post by sopiemohd on Dec 6, 2007 18:51:32 GMT 7
Kebanyakan balbophyllum dan phalaenopsis saya tanam pada paku gajah.Saya tapekan moss dan kemudian saya letakan okid diatas moss.Sekiranya kita menanam Eria atau Liparis tanam terus pada pokok paku.
|
|
|
Post by sopiemohd on Dec 6, 2007 19:02:49 GMT 7
mya76,pokok Liparis lacerata saya ditanam pada pokok paku gajah.Sila refer pada gambar"okid photo" dalam bahagian Liparis lacerata. Wishing you happy planting.
|
|
mya76
Junior Member
Posts: 26
|
Post by mya76 on Dec 7, 2007 7:56:06 GMT 7
ehe..sebenarnye saya belum beli lagi pakis gajah tu..tapi saya dah nampak ada dijual di sg buloh..tu yg idea nak buat tu..terima kasih pada yang reply...
|
|
|
Post by Shaifuls on Dec 11, 2007 13:18:07 GMT 7
Kawan2 semua, saya rasa tak semua pokok boleh hidup diatas batang pakis gajah ini dikala pakis ini masih lagi bernyawa.
Pada pngamatan saya semasa tinjauan saya disessi hunting, tiada terdapat pokok2 tumpang pada pakis gajah ni. difahamkan terdapat elemen nyah tumbuh pada serabut2 batang pakis tersebut.
yg dah mati tu biasa la
|
|
|
Post by demang on Dec 14, 2007 21:56:59 GMT 7
Hi all, Penggunaan paku pakis gajah mmg baik, ada beberapa cara utk pakai: Kaedah 1Potong batang pakis gajah yg besar, sebesar betis atau peha, kemudian ditanam didalam pasu dan di concrete simen dlm pasu itu,atau ikat baik2 batang pakis tu komdian gantung.Panjang paku pakis gajah tu ikut suka selalunya dipotong dlm empat atau lima kaki. Kaedah 2Batang pakis gajah yg telah dipotong2 seperti kepingan papan panjang antara 6 in hingga 12 in.Selalunya dipanggil fern slap. Kaedah 3Serabut pada batang tersebut seperti lidi2 halus diracik2,selalunya digunakan utk menanam paphiopedilum dan orkid terestrial tertentu. PengalamanPengalaman saya menanam phal,bulbophyllum dan dendrobium pada pakis gajah ini, selalunya saya akan kepilkan dibahagian atas akar orkid dgn lumut hidup, kelebihan cara begini ialah moss yg hidup ada antibiotik semulajadi dan selalunya akar cepat tumbuh.Ada sesetengah orkid boleh hidup dgn subur pada btg pakis gajah tanpa moss. Selain penggunaan pakis gajah,batang pokok asam badak yg banyak tumbuh dipaya secara semula jadi, pokok tembusu dan juga batang akasia( penanam orkid di Indonesia kerap gunakan btg akasia) boleh digunakan utk tanaman orkid.Kesemua pokok ini selalunya telah dipotong mengikut kehendak penanam orkid sebelum digunakan.Selain daripada itu dahan pokok jelawai juga didapati sesuai utk ditanam pokok phal.Ciri2 taksonomi batangnya yg ringan dan fiber yg seperti gabus merangsang pertumbuhan akar phal. Dimana boleh dapat potongan pakis gajahPotongan pakis gajah boleh dibeli drp org asli atau daripada pencari hasil hutan dengan harga sangat murah antara 10 hingga 15 ringgit sebatang.Dgn harga ini saya dapat batang pakis sebesar peha yg kaya dgn serat2 fibernya.Jgn tertipu dgn harga pasaran luar kerana ada yg menjual dgn harga yg tinggi tetapi batang yg kecil dan fiber yang kurang. selamat mencubaDemang
|
|
|
Post by alangbidara on Dec 14, 2007 22:39:18 GMT 7
Tuan Demang, Terima kasih kerana mencerita cara, di mana nak dapatkan batang paku gajah, dengan cara terperinci (ni masih juga guna sistem lama, tak sistem metrik!!), tentang nak tanam orkid ini.... Tak sabar nak cari paku gajah ni.. -Alang-
|
|
|
Post by demang on Dec 15, 2007 7:35:55 GMT 7
Saudara alang,
Sila private msg kepada saya.
demang ;D
|
|
|
Post by laksmanajebat60 on Dec 15, 2007 22:55:11 GMT 7
Wah hebat lah awak ni demang,dgn cara awak terang kan tu kami semua dpt belajar cara nak tanam okid,dan yg lebih menarik lagi tu berkenaan harga se batang pakis gajah,murah sangat lah,dimana awak dapat tu kerana ada setengah nusery jual dgn harga yg agak tinggi........syabas saya ucapkan pada awak en demang,terus kan dgn usha murni awak tu......
|
|
|
Post by tontoro2001 on Dec 16, 2007 12:49:17 GMT 7
wah...murah harga paku gajah tu...terasa nak membeli la pulak....hehehe
|
|
|
Post by sangkelembai on Dec 17, 2007 9:41:18 GMT 7
Hi.. Demang lebar daun, Gua percaya lah lu punya cakap.Lu suka tolong olang....cakap pun selupa bikin.... Gua pun mahu tompang beli sama lu lah...itu pokok paku gajah..........hehe salam dari sangkelembai
|
|
|
Post by khairimhd on Dec 17, 2007 11:21:28 GMT 7
Dari Demang:
Dimana boleh dapat potongan pakis gajah
Potongan pakis gajah boleh dibeli drp org asli atau daripada pencari hasil hutan dengan harga sangat murah antara 10 hingga 15 ringgit sebatang.Dgn harga ini saya dapat batang pakis sebesar peha yg kaya dgn serat2 fibernya.Jgn tertipu dgn harga pasaran luar kerana ada yg menjual dgn harga yg tinggi tetapi batang yg kecil dan fiber yang kurang.
Khairimhd
Wah! Memang murah tu...saya pun teringin jugak le..diperlukan dalam 6 batang untuk beberapa phal spesis saya yang baru sampai.
Koleksi pokok phal terbaru saya. 1. 2 Phalaenopis hieroglaphyca 2. 2 Phalaenopsis schileriana 3. 2 Phalaenopsis stuartiana 4. 2 Phalaenopsis florensis 5. 2 phal gigantea 6. 1 phal amboinense 'maluku'
Penghantaran ke rumah atao saya kena pergi ke rumah denag di Bentong untuk ambil.
|
|
|
Post by demang on Dec 17, 2007 11:33:46 GMT 7
Member semua, Hmm saya akan tanya orang asli samada sanggup menerima tempahan yg banyak.Selalunya saya tempah sedikit aje dm 5 btg sekali tempah,Kalau org asli tu menyanggup saya akan beritahu rakan2 semua.Maklum saja musim2 hujan dan banjir ini org asli jarang nak masuk hutan kecuali terdesak. Demang
|
|
|
Post by khairimhd on Dec 17, 2007 11:40:54 GMT 7
OK.. terima kasih demang...
Jasamu di kenang.... hua hua hua hau ha ha ha ha
Dah dapat stok jangan lupa kontek gua...
|
|
|
Post by Shaifuls on Dec 17, 2007 11:49:29 GMT 7
Teringin juga nak tempah ni, maklum saja la New shipment baru sampai
9 - Phal violacea 'Bunga Bulat' 1 - Phal violacea Sumatra 5 - Phal violacea V2 1 - Phal cornu-cervi Alba 1 - Phal parishii 1 - Phal micholizii 1 - Phal mannii
6 batang cukup ke?
|
|