|
Post by pdox on Nov 26, 2007 6:46:06 GMT 7
Baja organik jenis apa yg krg pakai?
Ingat nak cuba pakai fish emulsion tapi tak pasti berkesan atau tidak. Sapa pernah cuba? Alycia blh tlg tangkap gambar full plant orkid yg diberi makan belacan tak?
Kalau pakai fish emulsion mcm nak aplikasinya pada pokok2 yg digantung atau diikat pada kayu/fern tree pieces? Pakai sembur?
|
|
|
Post by khairimhd on Nov 26, 2007 10:07:37 GMT 7
Kengkawan Nak kongsi tentang bab baja ni. Masa mula mula tanam orkid bermacam baja kimia yang saya guna. Sekarang saya hanya menggunakan BGREEN Seaweed dan BGREEN Bloom and fruit. ( Dah jadi agen untuk baja ni pun). BGREEN Fertiliser memberikan jaminan pulang kembali produk dan wang dikembalikan jika tiada kesan terhadap pokok anda. Fish Emulsion : Jika korang baca kat internet, fish emulsion biasanya akan dicampurkan dengan seaweed. Sebab apa? Baja ni kaya dengan sumber N, nitrogen. Seaweed kaya dengan sumber P dan K. Maka dia akan memberikan kombinasi sumber nutrien yang cukup kepada tanaman. Seaweed kaya dengan 72 trace element dan 4 hormon semula jadi. Boleh search kat internet untuk mengesahkan kenyataan saya ni. Kalo salah saya belanja korang semua roti telur dan teh tarik ;D BGREEN Seaweed tidak menggunakan fish emulsion untuk membekalkan sumber nutrien, tetapi menggunakan larutan cecair humus yang kaya dengan sumber nitrogen untuk menggantikan fish emulsion. Isu baja menggunakan tenik sembur atau tabur yang mana lebih baik, korang boleh rujuk artikel di sini bgreenfertilizer.googlepages.com/kebaikanpembajaan'foliarspray' Artikel di atas dirujuk daripada hasil penyelidikan daripada Virginia State University dan Michigan State University Harap bermanfaat untuk anda semua Khairimhd exoticgallery.fotopic.net/Wassalam
|
|
|
Post by pdox on Nov 26, 2007 17:59:17 GMT 7
Khairi, info yg mmg berguna, thanks for sharing. Tak pernah lagi sembur dgn seaweed tapi dgn gaviota pernah, berkesan jugak.
So seaweed dgn fish emulsion, mana satu lebih sesuai kalau kita nak dia berbunga? Slalu tgk baja seaweed tapi satu botol RM10-rm12 FUH boleh tahan mahal, satu botol 1 liter yg tak payah dicampur air, so kalau sembur beberapa pokok dah habis. Ingat nak beli baja seaweed atau fish emulsion yg imported dari Aussie punya, satu botol lebih kurang RM20-Rm24 tapi cuma pakai 5ml untuk 5 liter so jimat skit. tapi skrg jarang sembur sebab hujan hampir setiap hari.
|
|
|
Post by khairimhd on Nov 28, 2007 7:25:20 GMT 7
To pdox
So seaweed dgn fish emulsion, mana satu lebih sesuai kalau kita nak dia berbunga?
Jawabnye seaweed. Baja seaweed yang saya pakai ni rm29.90 untuk satu liter... 1 tutup( 15ml) untuk 4.5 liter air... Biasanye 3 tutup dah cukup untuk sembur semua koleksi orkid saya tu ...
Wassalam
|
|
|
Post by pdox on Nov 28, 2007 10:16:34 GMT 7
baru beli baja seaweed jenis cecair jenama Yates semalam. nanti nak cuba sembur dan report keberkesanannya lepas dua tiga bulan.
|
|
|
Post by pdox on Nov 28, 2007 16:35:45 GMT 7
tadi baru selesai sembur baja seaweed pada semua pokok orkid. pakai 5 liter air. tak dpt bayangkan kalau orkid beratus-ratus pokok, lenguh tangan dan jari tekan sprayer. kena pakai yg automatiklah gamaknya.
|
|
|
Post by khairimhd on Nov 30, 2007 9:27:16 GMT 7
Pdox, Saya kalo time dah malas giler tu, saya memang membaja gunakan automatik, cuma masukkan baja ke dalam tong tangki sistem penyiraman automatik saya tu. Bila rajin akan siram daripada satu pokok ke satu pokok le.. Gambar kat bawah ni, kalo perasan ada PVC paip kat dalam pondok orkid saya ni. Itula 'piping' utk sistem penyiraman automatik- DIY je tu.. Tapi bagi kengkawan yang nak daptkan idea bagaimana DIY sistem penyiraman automatik boleh rujuk di bgreenfertilizer.googlepages.com/diy-autowateringsystemSaya telah menyumbangkan artikel pendek di situ. Sebarang pertanyaan adalah dialukan.
|
|
|
Post by demang on Dec 7, 2007 6:03:36 GMT 7
Baja organik boleh dibuat sendiri ( Just Utk Preview dan Kongsi Pengetahuan ) Cari agen penghurai atau bakteria yg sesuai ( cari culture bakteria yg sesuai di pasaran utk fermentasi/atau cacing harimau baka bandung utk buat humus ) Bahan-bahan utk difermentasi ( fermentation )/atau utk dijadikan humus contoh: 1.Ikan ( sardin fresh paling baik - murah dan byk omega 3 ) 2.Humus powder - ada dijual di internet 3.Malt. 4.Sayuran terbuang dipasar 5.Perut ayam dan tulang2 lembu yg dibuang dipasar 6.Hasil buangan restoran 7.Jerami padi dan tahi lembu,ayam dan kambing 8.dan pelbagai bahan organik2 yg terbuang Kaedah utk jadikan humus: Gaulkan kesemua bahan diatas didlm kotak kayu dan lepaskan cacing harimau( jgn campurkan tulang atau bhn pejal ),baja akan siap apabila semua bahan habis dimakan cacing.Apabila cacing makan bahan tersebut ia menghurai bhn organik tersebut dan hasil perkhumuhannya jadi baja. Kaedah Fermentasi ( Fermentation ) Masukkan kesemua bahan diatas didlm tong plastik yg besar,masukkan air hujan,kemudian masukkan agen penghurai(bacteria) utk proses penapaian ( Fermentation )Suhu mesti baik(suhu bilik-cuaca panas diluar amat baik) dan tempat mesti gelap,bilik khas lebih sesuai.Baja akan siap sepenuh apabila proses penapaian selesai selepas 2 atau 3 bulan bergantung pada banyaknya bahan.( Awas side effect fermentation ialah bau BUSUK gas hasil penghuraian/perkhumuhan bakteria dgn bahan organik ) Keterangan di atas merupakan SINOPSIS aje....carilah bahan rujukan seterusnya atau berkursus khas teknik2 pengeluaran baja organik sebelum menghasilkan baja, masa dan experiment akan dpt menghasilkan baja organik yg baik dan boleh di 'tailor made'. Selamat berexperiment Demang Lebar Daun
|
|
|
Post by khairimhd on Dec 17, 2007 11:10:24 GMT 7
Kengkawan
Artikel yang disumbangkan oleh demang ni bermanfaat untuk kita semua.
Apatah lagi sekarang trend pertanian di negara kita menuju ke arah pertanian organik.
Banyak buku buku di pasaran yang memberi tunjuk ajar berkenaan cara penyediaan baja baja organik. Hanya bergantung kepada inovatif anda untuk memanipulasi kan resipi resipi yang telah ditulis kan di dalam buku buku tersebut. Banyak bahan bahan organik yang selama ini kita tidak sedar mempunyai nutiren berguna untuk tanaman.
Sekadar beberapa contoh:
Bawang putih - boleh dibuat acun serangga organik kerana kandungan sulfur yang tinggi.
Yis dengan gula - bagus untuk cara kawalan semut. bila semut hurung gula yang ada yis, yis akan mengembang didalam perut semut dan semut pun mati...
Kulit kerang - kaya dengan chitosan. Rujuk internet tentang kelebihan chitosan.
Nak tambah sikit tentang artikel cacing demang.
Jika anda tinggal di kampung - ambil tahi cacing yang masih segar ( masih lembik lagi) ...larutkan di dalam air...buat siraman untuk pokok pokok. tahi cacing kaya dengan nutrien yang diperlukan oleh tanaman ( tapi sori , dah lupa unsur apa ye, kitab buat BAJA ada kat rumah)
Siapa tahu nanti mungkin anda boleh komersialkan bahan bahan di atas. Cuma perlu ubahsuaikan supaya ia menjadi user friendly, economic, odorless, non toxic and comfort to your user.
SEMOGA SUKSES!
|
|
|
Post by webbiz04 on Jan 3, 2008 20:24:34 GMT 7
Mana nak dapat cacing harimau?
|
|
|
Post by khairimhd on Jan 4, 2008 10:05:16 GMT 7
dato web
nko PM le tuan demang tu...order le dengan dia....memang sekarang baca cacing atao vermikompos tengah nak popular kat malaysia..
kat pasaran malaysia ada satu company kat kuala selangor yg produce baja ni...boleh le try kalo nak try..
pernah baca satu artikel oleh Dr Cacing ( pensyarah USM yang fokus research tentang cacing).. Dr ni kata cacing Malaysia adalah amat bagus diguna sebagai agen pengurai kompos.
So, apalagi web..pegi le korek tanah cari cacing...temporaray buat je kat belakang rumah nko tu..guna polytrene box yang jual kat kedai tu..nak tahu lebih lanjut nko kontek le tuan demang..
|
|