|
Post by khairimhd on Dec 26, 2007 10:01:51 GMT 7
Kengkawan. Saja tergerak hari nak share info ni dengan anda semua. Mungkin boleh jadi panduan semasa membeli orkid. KENAPA ORKID BERBUNGA. 3 sebab yang saya perhatikan 1. Memang dah sampai musim dia berbunga Kebanyakkan faktor ini kena pada orkid spesis. Kebanykkan orkid spesis adalah berbunga mengikut musim. Contohnya coelogyne rochusseni. (foto lihat di bawah). Ia biasanya berbunga pada bulan Disember hingga ke Januari di Semenanjung Malaysia. 2. Sebab nak mati Orkid juga boleh berbunga apabila dia 'merasai' ajalnya hampir sampai. Oleh itu dia akan mengeluarkan bunga dengan harapan untuk meninggalkan zuriat apabila berlakunya pollination oleh agennya. Oleh itu adakalanya penanam orkid menggunaka helah ini untuk membuatkan orkid berbunga. Sebab itu anda akan selalu dengar 'biar pokok keadaan stress' nanti dia akan berbunga. Maka. hati hati membeli, jangan terpengaruh dengan orkid yang berbunga, cek dulu condition pkok yang berbunga tersebut. 3. Bila dah boleh adapt micro climate si penanam Pernah beli orkid tapi tak berbunga lama selepas orkid yang semasa dibeli ada bunga? Ini mungkin juga berlaku sebab orkid memerlukan masa untuk adapt dengan micro climate kawasan penanaman anda. Contoh kes : Sia pernah beli bulbo grandiflorum..3 tahun tak berbunga..lepas itu sentiasa berbunga, dalam setahun 5 6 kali dia berbunga. Itu sahaja untuk info kali ini. Harap bermanfaat. Yang mana salah sila perbetulkan.
|
|
|
Post by abiom on Dec 26, 2007 11:19:57 GMT 7
terima kasih khairimd,info ini sesangat berguna...
|
|
|
Post by tontoro2001 on Dec 26, 2007 12:52:07 GMT 7
utk tambahan...sebab no. 4 ..okid berbunya sebab kesian kat tuannya...asyik belek hari2..dah la tu bebel pula...hehehe..
|
|
|
Post by khairimhd on Dec 26, 2007 13:34:49 GMT 7
Ok baguih..sesaper yang nak tambah boleh le yer..tapi jangan yang menyimpang daripada thread dah la
|
|
|
Post by alifinara on Dec 26, 2007 13:43:26 GMT 7
En Khairi,
Utk orkid yg berbunga kerana merasakan ajalnya telah tiba, selepas dia berbunga tu, memang betul dia mati atau tidak?
|
|
|
Post by khairimhd on Dec 26, 2007 13:52:37 GMT 7
En Khairi,
Utk orkid yg berbunga kerana merasakan ajalnya telah tiba, selepas dia berbunga tu, memang betul dia mati atau tidak?
JAWABNYER: tengok keadaan pokok, kalo akar baru pun dah tak tumbuh, pokok tak sihat walaupun dah cuba diberi rawatan, jawabnye akan mati le...simpan duit untuk cari pengganti.
tapi kalo kita yang bg signal untuk pokok tu rasa nak mati, pokok tu hidup le..tapi ingat, jangan buat secara melampau, nanti mati plak bebetui.
Contoh : saya pernah tak siram, tak baja, letak 100% cahaya matahari untuk dendrobium aggregatum..keluar bunga 3 spikes, tapi daun melecur, bulb dia kecut...lepas abis bunga saya baja balik, siram balik...dah OK..
|
|
|
Post by alifinara on Dec 26, 2007 14:38:17 GMT 7
Oh begitu...terima kasih atas penerangan.
Igt kena dodoi sentiasa, rupanya kena ugut jugak ye..he..he..
|
|
|
Post by Shaifuls on Dec 26, 2007 16:10:37 GMT 7
tak la ugut sgt, cukup untuk kasi dia stress. kebiasaan jemur dia atau tak siram air.
|
|
|
Post by alycia on Dec 27, 2007 10:00:29 GMT 7
khairi, good info.. thanks cantiknya bunga coelogyne rochusseni tu....
|
|
|
Post by Shaifuls on Dec 27, 2007 10:58:28 GMT 7
alycia cemburu la tu.....
hehehehehehe
|
|
|
Post by alangbidara on Dec 28, 2007 7:16:58 GMT 7
Tuan Khairimhd, Maklumat yang bagus dan berguna. Cantiknya orkid coelogyne rochusseni. Boleh dapat benih ke? -Alang-
|
|
|
Post by alycia on Dec 28, 2007 10:45:40 GMT 7
alycia cemburu la tu..... hehehehehehe cemburu yg membina tu shaifuls.. lagi semangat alycia nak tanam orkid nie ;D
|
|
|
Post by Shaifuls on Dec 28, 2007 16:13:41 GMT 7
hehehehe... dah try baja tu?
|
|
La
Full Member
Mantad doho
Posts: 113
|
Post by La on Jan 11, 2008 15:47:33 GMT 7
"tapi kalo kita yang bg signal untuk pokok tu rasa nak mati, pokok tu hidup le.... tapi ingat, jangan buat secara melampau, nanti mati plak bebetui".
Trus gigit jarilah jawabnyer....
Khairi, Sia ada 2 pokok dlm keadaan tersebut (okid yg u bagilah... Phal & geodorum sp). Tapi sia boleh tersenyum semula sbb dah kuar daun baru dia.... dah besar pun.
sembur/siram selalu ngan air minuman bertapis, sbb ianya bebas klorin & bacteria serta mudah diserap oleh pokok tersebut. Sesekali baja ngan seeweeds-Begreen. -(PESANAN PENAJA)- Kita jumpa selepas ini. Heheh....
|
|