Post by khairimhd on Feb 13, 2008 11:14:24 GMT 7
Ni artikel from harian metro..Zul ada ka stok..aku nak 2 guni..he he he h e
Kayu buruan penjahat
Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli
KUALA TERENGGANU: Sejenis kayu dikenali sebagai ‘ibol’ menjadi buruan pihak tidak bertanggungjawab berikutan dikatakan mempunyai ‘bisa’ untuk melakukan jenayah.
Seorang warga emas dikenali Pak Mat dari Kampung Tanjung di sini, berkata dia terpanggil memaklumkan kepada orang ramai bahawa kayu berkenaan boleh mendatangkan bahaya jika terhidu asapnya.
“Saya terpanggil mendedahkan bahaya asap kayu itu kerana tidak mahu orang ramai menjadi mangsa perbuatan penjenayah yang menggunakannya sebagai alat melakukan jenayah.
“Jika tidak menceritakan ‘bisa’ kayu itu, saya bimbang orang ramai akan menjadi mangsa tapi jika diceritakan, dikhuatiri orang akan berusaha mencari dan menyalahgunakannya.
“Kayu itu biasanya sering digunakan penjenayah melalui beberapa teknik bagi memukau mangsa sebelum melakukan jenayah dan sesiapa yang menghidu asap kayu itu akan nyenyak tidur,” katanya.
Menurutnya, kayu berkenaan hanya terdapat di utara tanah air selain tumbuh dalam hutan dan jarang dikenali umum.
Katanya, kayu itu juga boleh dijadikan gelang dan cincin.
“Saya sendiri pernah didatangi seorang pemuda pengamal ilmu perubatan tradisional yang menawarkan harga tinggi untuk membeli kayu itu konon mahu dijadikan bahan pertunjukan di pasar malam.
“Namun, memandangkan kayu itu sukar diperoleh, saya enggan menjualnya,” katanya.
Pak Mat berkata, biasanya kayu ‘ibol’ terbaik berusia lebih 25 tahun yang boleh dijual dengan harga tinggi.
Menurutnya, dia berharap melalui pendedahan dibuatnya itu akan memberi kesedaran kepada orang ramai supaya berhati-hati bagi mengelak menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggung jawab.