Post by khairimhd on Feb 11, 2008 18:47:09 GMT 7
Ni beberapa foto gambar pemandangan di tepi tebing Sungai Pahang. Wa pergi Temerloh tunggu adik wa dari Kuantan, lambat sampai wa layan blues dulu la kat sini. Dulu kawasan kat sini adalah tapak pekan sehari Temerloh, sekrang dah bertukar jadi tempat istirehat dgn nama ESPLENADE TEMERLOH ( BI + BM kot)
Foto bawah ni air sungai yang menghala ke laut. Korang nampak tak jambatan tu, tu adalah jambatan yang menghubungkan penduduk bandar temerloh dengan penduduk di seberang sungai..kalo korang nak ke tempat Bro Sopie kita di Marant u, lalu le jambatan ni nanti.
Ni la foto air dari hilir. Luas kan Sungai Pahang ni..
Ni lak salah satu cara tradisi untuk pergi ke seberang sungai...perkhidmatan bot ini masih ada lagi sebab jeti dia strategik kot..dari seberang bot terus park kat area kedai kedai yang berhampiran...so lagi mudah berbanding dengan naik ikut jambatan..banyak pusing pusing..
Ni la foto jeti di seberang sana.Sepajang wa duduk kat sini dah 10 kali bot ni ulang alik..banyak mashyukkk lah tauke bot ni.
Ni lak foto salah satu aktiviti utama penduduk Temerloh ni. Penternakan ikan patin dalam sangkar. Bandar Temerloh merupakan bandar ke 2 terbesar selepas Kuantan di Pahang. Nama glamer bandar Temerloh ialah Bandar Ikan Patin. Ikan Patin masak tempoyak..fuhhhhh terangkat bebbbbbb...awek seksi lalu sebelah pun booooo laaayyyaaaannnnn
Ni lak foto menara yang korang boleh singgah untuk lihat suasana tebing sungai Pahang dengan lebih luas...kat bawah tu la jeti, tapi wa tak snap sekali..SEBABNYA ada 2 3 pasang couple dok beromen kat situ...tengah tengah hari, depan orang ramai selamba je si awek tu duduk atas peha si lelaki..si lelaki tu selamba je peluk pompuan tu...dah macam arnab miang je...masa ni la teringat pesan guru wa.
"Jangan hampiri zina, Sesunguhnya berzina itu dosa besar, 100 sebatan untuk penzina lelaki dan peremouan yang belum berkahwin dan rejam sampai mati untuk penzina yang telah berkahwin"
Sesape nak melawat Temerloh ni jangan le datang pada bulan 12..musim banjir...nanti korang tak lepas nak pulang plak..