|
Post by alangbidara on Dec 9, 2007 0:43:14 GMT 7
Dear Forumers,
Saya dengar kisah seorang kawan adiknya membeli pakis jenis tanduk rusa dari penjual warga Orang Asli di jalan antara Muadzam Shah (Pahang) dan Kuala Rompin, dengan harga tidak sampai RM10.00 sepasu.
Adakah tidak sesuai jika ditanam di Lembah Kelang yang panas ini? Adakah mana-mana forumer yang pernah membelinya?
-Alang-
|
|
|
Post by khairimhd on Dec 10, 2007 8:33:42 GMT 7
Tuan alang bidara
Memang boleh hidup dengan subur di Lembah Klang jika kena cara tanamnya...
Memang saya rajin ke sana untuk membeli pokok bila balik kampung
Terima kasih Khairimhd
|
|
|
Post by alangbidara on Dec 11, 2007 12:12:47 GMT 7
Tuan Khairimhd,
Terima kasih atas maklumat.
Insya Allah, dalam masa terdekat saya akan berkunjung ke Kuala Rompin dan dalam perjalanan balik, jika ada rezeki, dapatlah membeli beberapa pasu/raga tumbuhan tanduk rusa itu.
-Alang-
|
|
|
Post by alangbidara on Dec 23, 2007 21:16:56 GMT 7
Tuan Khairimhd,
Semasa dalam perjalanan pulang dari berkunjung ke Ipoh saya singgah di sebuah nurseri di Tg Malim (ikut jalan lama).
Sempat belikan isteri saya sepasu orkid. Dia pula belikan saya sepasu pakis tanduk rusa. Saya rasa mereka gunakan kaedah pembiakan dari spora kerana saya tenguk beberapa pasu lain pokokpakis itu sama saiz nya - mustahil mereka dapatkan dari yang tumbuh meliar..
-Alang-
|
|
|
Post by khairimhd on Dec 24, 2007 15:21:49 GMT 7
Boleh uploadkan gambarnye tak? Untuk saya pastikan ID nyer.
|
|
|
Post by alangbidara on Dec 26, 2007 7:31:16 GMT 7
Tuan Kahirimhd,
Nanti saya ambil gambar & upload petang ini atau esok.
-Alang-
|
|
|
Post by alangbidara on Dec 30, 2007 22:54:52 GMT 7
Tuan Khairimhd, Saya sudah upload gambar pakis tanduk rusa yang saya beli di sebuah nurseri di Tanjing Malim tempuh hari. Minta jasa baik tuan tolong ID'kan alangbidaraorchids.blogspot.comTerima kasih. -Alang-
|
|
|
Post by pdox on Jan 31, 2008 8:06:26 GMT 7
saya pun minat dgn tanduk rusa, so far hanya ada satu pokok. ada satu jenis ni, tanduk kijang org panggil, daun dia kdg kdg kuarkan bentuk sudu, mahal wor kat sini... kecik2 dah berpuluh2 ringgit. tapi tanduk rusa murah skit, yg kecik rm10 blh dapat.
|
|
|
Post by khairimhd on Feb 12, 2008 23:32:23 GMT 7
Tuan Khairimhd, Saya sudah upload gambar pakis tanduk rusa yang saya beli di sebuah nurseri di Tanjing Malim tempuh hari. Minta jasa baik tuan tolong ID'kan alangbidaraorchids.blogspot.comTerima kasih. -Alang- Maaf tuan alang Baru perasan message ni ditujukan utk hamba.. ;D Pokok tu ialah Platycerium bifurcatum .. spesis yang berasal dari Australia. Antara spesis platycerium yang mudah di didapati di nurseri seluruh Malaysia. Tanduk rusa aka Platycerium coronarium antara spesis yang berasal daripada Malaysia. Selain itu ialah Tanduk Kijang aka Platycerium ridleyi. Yang plaing RARE ialah Platycerium holtumii, agak susah nak dapat di hutan Malaysia sekarang. Harap bermanfaat. Wassalam
|
|
|
Post by khairimhd on Feb 12, 2008 23:36:16 GMT 7
saya pun minat dgn tanduk rusa, so far hanya ada satu pokok. ada satu jenis ni, tanduk kijang org panggil, daun dia kdg kdg kuarkan bentuk sudu, mahal wor kat sini... kecik2 dah berpuluh2 ringgit. tapi tanduk rusa murah skit, yg kecik rm10 blh dapat. Betul tu pdox Tanduk Kijang lebih mahal berbanding tanduk rusa. Rege dia boleh mencecah rm250 sepokok. Yang rupa mcm sudu itu ialah tempat sporanya yang akan terhasil. Tanduk kijang juga menjadi buruan poacher2 orkid setelah mereka mengetahui pasaran tanduk kijang ini. Tanduk kijang juga antara projek wa untuk perbanyakkan secara semaian spora supaya boleh jatuhkan harga pasaran semurah tanduk rusa. Biar poacher dah tak boleh cari makan lagi..he he he he ...........SAVE THE NATURE!
|
|
|
Post by wowposter on Oct 29, 2008 6:17:49 GMT 7
|
|