|
Post by Shaifuls on Dec 18, 2007 13:41:56 GMT 7
Saya rasa terpanggil untuk menulis tip ini, walau bagaimanapun kesemua gambar2 ini adalah dari Buku 'Growing Orchids' oleh Brian & Wilma Rittershausen. 1. Bahan-bahan (Batang kayu (Fernslap/kulit kayu), Spagnum Moss, Player, Cutter, Serat Sabut Kelapa(Coconut Fibre) & Dawai @ Benang) 2. Kerat orkid sasaran {Bulbo macranthum} (bagi Bulbophyllum sekurang-kurangnya 3 bulb/ubi) 3. Tampal Spagnum Moss/Serat sabut kelapa(Coconut Fibre) yang lembab pada kulit kayu/fernslap/tembusu/lempoyan diikat dengan dawai@benang bagi tujuan senang nak ikat pokok nanti. 4. Ambil pokok orkid dan ikat dengan menggunakan benang@dawai pada batang kayu yang telah diikat dengan Spagnum Moss tadi. Beginilah hasil kerja yang lengkap. Jangan lupa disiram air sehari 2 kali dan Baja seminggu sekali. SELAMAT MENCUBA & SEMOGA BERJAYA.
|
|
|
Post by alifinara on Dec 18, 2007 15:30:13 GMT 7
Terima kasih kerana berkongsi tips. Selama ni teknik saya tak berapa betul so ada pokok yg dah mati. Nanti saya tunjukkan gambar pokok yg saya yg mati.
|
|
|
Post by alifinara on Dec 18, 2007 16:31:01 GMT 7
ini dia saya punya yg mati tu.. yg ni pun dah mati sekarang, yg ni masih survive..
|
|
|
Post by pdox on Dec 18, 2007 16:40:12 GMT 7
Alif, kenapa kecik sgt gambar, sakit mata eden. (bhs saya kejap sabah kejap swak kejap negeri kejap...) hasil drpd berforum hahaha
erhm... tgk bulb kering bersegi dia mcm epigenium? ruginya... bunga dia tersangat lawa dan cantik wor... saya punya pun tinggal satu daun jek. tak nak cuba dah species ni... rugi je.
|
|
|
Post by laksmanajebat60 on Dec 18, 2007 19:30:36 GMT 7
Rasa2nya yg no2 tu B.biflorum,hak tu tak mati lagi tu,kerana masih kehijau hijauan.....Bulbo ni rasa nya agak mudah hidup....
|
|
|
Post by alangbidara on Dec 18, 2007 21:42:45 GMT 7
Tuan Shaifuls, Terima kasih tunjukkan tips lekatkan orkid di kayu ini. Saya dah cuba tetapi sekadar guna orkid liar yang saya pungut dari pokok sekitar tempat saya....sekadar cuba dengan orkid yang tidak dibeli, kalau mati pun tak rugi besar sangat.. -Alang-
|
|
La
Full Member
Mantad doho
Posts: 113
|
Post by La on Dec 19, 2007 9:01:47 GMT 7
Yup... alang, ngam lah cara nko tu
Sia pun cam ni dulu.... buat experimen gituu.... Tapi sia beli yg harga RM35.00 (bulbo spp). Pastu pecahkan kpd 3:-
1. lapik ngan moss pada batang kayu 2. Guna fern slap 3. Letak arang dlm pasu
ya... sumenya dah hidup, sia berjaya!
Tapi sia suka teknik 1 sbb:- 1. Klu sia bercuti setakat 2 hari mereka masih ok 2. Kayu (ringan) so klu terhantuk kat kapla still ok lagi ba, tapi klu pasu yg terhantuk kat dahi.... trus boleh nampak bintang woorrr.... 3. kos murah 4. Bahan2nya mudah didapati 5. Subur - sbb klu terlalu kering, daun bulbo akan layu & gugur, x cantiklah jadinya (botak) tinggal bulb dia jer kat kayu tu daun dah xder... heheh
-sia dah ada pengalaman cam ni. Sia beli satu clump besar, cantik, rimbun, ingatkan kena jangkitan penyakit, tau2 kekeringan ba (walaupun siram tiap hari sbb kena kejutan dr tempat sejuk (Ranau) ke tempat panas (50% shade saja). Daun saban hari makin menguning & gugur. So... sia try pecahkan & tnm semula (cuba 3 cara d atas tulah...buat exp sendiri).
So... klu okid layu or ada symtom2 nak say good bye kat nko, jangan trus buang, trylah masukkan ke wad dulu utk rawatan lanjut .... klu dah kering or mati barulah buang.... kan, hua..! hua..! hua...!
okai... tu jer dr sia, La
|
|
|
Post by alifinara on Dec 24, 2007 8:52:52 GMT 7
Pdox, saya kecikkan gambar sbb gambar Shaiful pun kecik, malu nak letak besar2..dahlah pokok tinggal nyawa-nyawa ikan jerk..
|
|
|
Post by alifinara on Jan 8, 2008 10:10:45 GMT 7
Saya dah berjaya mengalihkan bulbo dr pasu ke batang kayu dan fern hasil dr tunjuk ajar dr Saudara Shaiful. (almaklum, bhn mentah pun dpt dr dia..he..he..) Bahan yg saya ada,spaghnum moss. Pokok yg nak dialihkan itu, Fern, Semburkan moss dgn air dan letak di atas fern. Dan ikat dgn benang... Dan hasilnya, bukan satu, bukan dua tapi ada banyak...he..he.. taraaa........ Terima kasih daun keladi...
|
|
|
Post by Shaifuls on Jan 8, 2008 10:18:46 GMT 7
Bravo la alifinara.
dah lulus la tu (Moss seelok2nya direndam dlm 10-15 minit dan ditoskan. seterusnya dilekatkan pada btg kayu.
akhirnya dapat juga segulong ijazah sarjanna buah kana.
|
|
|
Post by alifinara on Jan 8, 2008 10:36:46 GMT 7
Bravo la alifinara. dah lulus la tu (Moss seelok2nya direndam dlm 10-15 minit dan ditoskan. seterusnya dilekatkan pada btg kayu. akhirnya dapat juga segulong ijazah sarjanna buah kana. Wooo..kena rendam ye...ambo main jirus2 jerk..ahaks... Ini pun hasil tunjuk ajar dr sifu..
|
|
tteja
Full Member
Posts: 88
|
Post by tteja on Jan 8, 2008 15:38:26 GMT 7
kak alif guna batang kayu apa ek?
sifu shaiful... kayu yg sesuai selain tembusu kayu apa yer?
|
|
|
Post by pdox on Jan 8, 2008 18:30:37 GMT 7
Tahniah Alif! Gambar last tu, mcm tinggal kat apartment atau condo tingkat tinggi, semua orchids letak kat balcony ke?
|
|
|
Post by bicalcarata on Jan 9, 2008 11:29:43 GMT 7
wah alif tak lama lgi boleh jadi pakar. pakar orkid condo. hehehe. itu pokok baru ke?
|
|
|
Post by akira1000 on Jan 11, 2008 9:42:59 GMT 7
SELAMAT MENCUBA & SEMOGA BERJAYA. kalau x gune spagnum moss, bleh gak ker.... just gune serat sabut kelapa & arang & tanam kt dlm pasu
|
|
|
Post by Shaifuls on Jan 11, 2008 11:05:13 GMT 7
Akira1000,
boleh tapi kena la siram selalu, Moss digunakan utk membekalkan air pada pokok. serat kelapa boleh juga, takde hal. tetapi kaedah penggunaan moss lagi efektif.
|
|
|
Post by lapanlapan on Jan 11, 2008 19:20:41 GMT 7
Serat kelapa (sabut kelapa) yg dah jual elok kat nursey tu?... Tak berapa serap air... Moss lagi baik...
|
|
|
Post by pdox on Jan 14, 2008 6:18:11 GMT 7
Pada pendapat saya, phal species paling cantik dan sesuai tanam pada kayu atau batang pakis. phal hybrid taiwan pulak sesuai dan cantik tanam dlm pasu. Jadi minggu lalu saya transfer beberapa pokok phal kepada batang kayu rambutan: start dgn pokok yg perlu diberikan rumah baharu: Kemudian, pilih keratan kayu saiz yg bersesuaian: akhirnya, ikat saja. saya guna tali pancing ikan yg halus supaya nampak kemas. bila dah rooted pada kayu/rumah baru lah potong tali tu. Perhatikan yg saya tidak menggunakan sebarang padding pada pokok ni sebab musim hujan mewujudkan keadaan yg sentiasa lembap dan kelembapan udara pun tinggi. pokok phal cc yg saya ikat bare root tanpa padding pada batang pakis pun dah rooted sebab musim hujan mmg sesuai buat mcm ni. kalau ditambah padding takut pulak terlalu lembap pokok kojol pulak nanti! Apabila kita tanggalkan phal daripada rumah lamanya, perlulah berhati hati semasa menanggalkan akarnya. Apabila dipindahkan ke rumah baharu, kdg kdg akar lama akan mula mati atau nampak seakan akan menjadi kering. Jangan risau, musim hujan dan lembap seperti ini sesuai utk berpindah randah, just make sure pokok2 yg mendapat rumah baru terlindung daripada hujan lebat sehingga akar2 baharu muncul dan melekat pada kayu. Jangan dipotong semua akar2 lama itu kerana sebenarnya masih hidup dan antaranya akan mengeluarkan root tip atau pucuk akar yg baharu. Dan inilah semua phal yg telah mendapat rumah baru: Phal bellina dlm gambar pertama di atas sebelum ini ditanam dlm pasu tetapi pasu tu dah tua sgt dan hampir keseluruhannya dilitupi lumut dan juga kdg kdg ada kulat dan fungus yg tidak membantu. Media dlm pasu pun ada yg menjadi melekit tambahan pula dgn hujan hari2. Jadi sekarang phal tu dah diberi rumah baru iaitu pada sebatang keratan pakis. Phal yg lain tu semua diikat pada batang rambutan (dahan yg mati dikerat).
|
|
|
Post by alifinara on Jan 14, 2008 13:04:51 GMT 7
Pdox & Bical, Terima kasih...saya tinggal kat apartment, ruang memang terhad utk bercucuk tanam, dgn adanya orkid tergantung mcm ni boleh menjimatkan ruang.
Tteja, batang kayu dan fern tu semua beli dr Toke Shaiful... dialah supplier saya sekarang nih..
|
|
|
Post by Shaifuls on Jan 14, 2008 14:10:00 GMT 7
|
|