|
Post by Shaifuls on Apr 16, 2008 14:05:28 GMT 7
Hari Sabtu yg lalu member ada belikan orkid untuk saya, Grammatophyllum martae. Saya tak la pernah tgk bagaimana rupa sebenar orkid ni. Disini saya nak sharekan dgn kawan2 semua pokok orkid yg dibelikan oleh member saya ni. Thanks Mr. Teo. Berasal dari Philippina, dikatakan memerlukan 100% cahaya matahari. berada ditahap ketinggian lebih 300 meter dari aras laut. Lebih dari 20-80 kuntum bunga pada satu-satu masa dan anggaran tangkai bunga lebih dari 5 kaki pangjang. Plant Bunga Siapa tahu kenapa setiap bunga Grammatophyllum martae ni titisan air dibelakang bunganya? Lihat gambar, saya cuba rasa titisan air tersebut. Manis.. Risau juga kerana akan mengundang semut... sama ada semut hitam atau semut api. bahaya ni.
|
|
|
Post by khairimhd on Apr 17, 2008 8:19:19 GMT 7
Alaaaa nko ni buat buat tak tahu plak....nko kan dah kahwin...
tu tandanya dia dah ready tu...untuk apa? lu fikir la sendiri...
banyak bunga bunga yang bila dah ready untuk dipollinatekan akan keluarkan air ni...sebagai tanda sudah bersedia...
|
|
|
Post by webbiz04 on Apr 18, 2008 18:40:30 GMT 7
Menarik species nie ... akan masuk dalam must have item.
|
|
|
Post by norfeiziah on Apr 24, 2008 14:57:31 GMT 7
saya ada terjumpa species ni kt taman orkid kuala lumpur.yg baru nkberbunga rm 120
|
|
|
Post by khairimhd on Apr 30, 2008 8:09:20 GMT 7
Gambar kat bawah ni ialah gambar Black Orchid... dalam dunia orkid yang orang dok kecoh black orchid - black orchid.... ni la dia bungannya... Nama sebenar dia Grammangis stepiliflorum.... yang Malaysia nye lagi cantik berbanding indonesia.. Pokok ni pernah menimbulkan kekecohan di kalangan peminat orkid negeri sembilan pada tahun lepas... Isunya ialah terdapat seorang poacher yang telah menebang pokok kayu balak semata mata nak ambil orkid ini... BAYANGKAN BETAPA RAKUSNYA SI POACHER ITU... Harga jualan pokok ni yang pernah diketahui ialah sebanyak RM1500 untuk 5 pseudobulb. Itulah serba sedikit cerita menarik disebalik Grammangis stepiliflorum.
|
|
|
Post by pdox on Apr 30, 2008 9:50:57 GMT 7
cun. saya pun ada black okid huhhu bukan photoshop punyer. nanti tepek gambar.
|
|
|
Post by pdox on Apr 30, 2008 17:35:26 GMT 7
|
|
|
Post by Shaifuls on May 16, 2008 10:15:45 GMT 7
Lagi Black Tiger Orchids, yg menjadi buruan org. Huhuhu pagi2 buta ada org hantar sms, minta tlg carikan. Kusut, kepala nak tunaikan. Grammangis stapeliiflora
|
|
|
Post by Shaifuls on May 16, 2008 10:20:44 GMT 7
Versi Lain Black Tiger Orchid,
|
|
|
Post by khairimhd on May 16, 2008 11:02:26 GMT 7
Lagi Black Tiger Orchids, yg menjadi buruan org. Huhuhu pagi2 buta ada org hantar sms, minta tlg carikan. Kusut, kepala nak tunaikan. Ada 2 orang yang pernah aku nampak jual spesis ni. 1. Richard Seremban - tuan punye Seremban Orchid Nursery. Dia punya variety dari indonesia katanya. Satu bulb dulu dia jual rm10. 2. Syakir Damai Landskap - tetapi dulu katanya Damai Landskap telah dibeli oleh Alam Mayang Selida. dia kata juga mendakwa ada Phalaenopsis viloacea jungle dengan bunga 6 inci...korang percaya ke? Dulu dia jual rm80 untuk 3 bulb... ( Bak kata pdox - nak dapat bunga 6 inci kena tarik guna photoshop le, kah kah kah kah..tergelak aku baca msg pdox ) Nko boleh kontek 2 2 orang ni tanya le...kot depa ada stok melampuh lagi..
|
|
|
Post by Shaifuls on May 16, 2008 12:54:13 GMT 7
Mana dapat 1 ubi RM10 skrg ni last 2 years, 5 ke 8 ubi RM750....giler baik tebang balak sendiri......
|
|
|
Post by kk on May 16, 2008 16:51:51 GMT 7
Mana dapat 1 ubi RM10 skrg ni last 2 years, 5 ke 8 ubi RM750....giler baik tebang balak sendiri...... Jangan..... balak tu mukin berribu-ribu satu pokok........
|
|