|
Post by pdox on Dec 10, 2007 7:41:05 GMT 7
Hello kwn2 semua, baru-baru ini saya masuk ke hutan untuk melihat dan menangkap gambar orkid liar. Betul2 surprise bila jumpa begitu banyak orkid coelogyne asperata, swaniana dan dua tiga species coelogyne yg lain. paling best bila tgk selipar rare, paphiopedilum stonei (sebut stone - eye) di cliff batu tinggi. betul2 breathtaking... saya boleh berdiri tercenggang kat situ tgk pokok2 tu... paling best lagi bila dapat tangkap gambar pokok yg sedang berbunga. inilah nikmatnya masuk hutan melihat orkid2 tumbuh di habitat semulajadi... di samping dapat mempelajari cara hidup/tumbuh dan dapat diaplikasikan pengetahuan itu pada cara menanam di rumah. Bertuah dpt melihat dan menangkap gambar P. stonei yg sedang berbunga: Terpegun melihat P. stonei yg tumbuh di cliff batu tinggi (pakai zoom lens so nampak mcm dekat) dan curam. Harap2 pokok2 rare (jarang dan terancam di habitat liar) ni kekal selamat dari tangan2 yg mangacau atau poachers. Gambar-gambar orkid selipar ni tangkap pakai zoom jadi nampak mcm dekat tapi sebenarnya pada lereng yg tinggi dan hampir2 tegak/vertical. Batu besar yang ditumbuhi C. swaniana: "Hutan" Coelogyne... kebanyakannya asperata: terserempak dgn sekurang-kurangnya 5 ekor ular Pit Viper: Saya berada hanya dua tiga kaki dari ular yg ini sebelum terlihatnya... nasib baik tak terpegang atau terpijak! jadi mmg kena berhati hati bila masuk habitat mcm ni. bukan sahaja batu licin dan tajam, tapi ada ular dan lipan berbisa. Mungkin haiwan2 berbisa inilah yg menjadi penjaga pokok2 orkid khususnya yg terancam dan jarang di sini... mcm cerita Indiana Jones pula. lebih 300 gambar yg saya tangkap, suatu pengalaman yg cukup memuaskan! Banyak lagi gambar, sila berkunjung ke Flickr page saya di : www.flickr.com/photos/sarawaklens/
|
|
|
Post by sopiemohd on Dec 10, 2007 9:43:27 GMT 7
pdok,Betul kata pdok,biasa nya pada habitat semula jadi okid species memang ada penunggu nya. Semasa kami pergi XPDC banyak tempoh dugaan dan gangguan. Jangan terlalu excited selalu berwaspada. sopie
|
|
|
Post by pdox on Dec 10, 2007 10:04:50 GMT 7
uik, pelik betul, gambar pokok selipar dan msg tambahan yg saya edit masuk posting asal semua hilang! terpaksa buat balik...
|
|
La
Full Member
Mantad doho
Posts: 113
|
Post by La on Dec 10, 2007 11:14:20 GMT 7
Makasih lah Pdox & sume kekawan yg sudi post gambar in-situ ni, sekurang2nya kami (yg biasa beli dr penjual saja ni) dapat gambaran macamana nak sesuaikan okid 2 yg di beli ngan habitat asalnya.... so... xlah sedih sangat si okid berpisah ngan kaum kerabatnya.....
Tepi rumah ada hutan tapi tak berani masuk sebab ada lembah, payah kat situ.... Takut ada anaconda. Klu anakhonda tak perlah ... boleh Test Drive trus, heheh...
Dulu teringin nak pegi tapi bila kawan kata klu ada paya biasa ada ular sawa, so ... sia dah x berani pgi.... baik shopping kat tamu jer... Bolih runding maaa.... kena beli banyak skit lor., so boleh minta kureng skitt.
|
|
|
Post by pdox on Dec 10, 2007 19:25:42 GMT 7
La, sama sama. mmg banyak yg boleh dipelajari kalau kita amati gambar2 orkids in situ. anaconda takda kot, sebab anaconda ada di amerika selatan je ;D anakhonda tatau la...
kalau nak masuk area paya atau hutan jangan pergi sorang2.
di sana bukankah ada banyak tempat atau taman orkid yg menarik mcm tenom, kinabalu park etc?
|
|
|
Post by alangbidara on Dec 11, 2007 12:08:25 GMT 7
Tuan pdox,
Terima kasih kerana sudi berkongsi gambar orkid 'in situ' kerana bukan semua daripada kita berpeluang untuk menyertai ekpedisi atau membuat ekpedisi ke hutan rimba atau ke paya-paya untuk melihat dan mengambil gambar orkid di tapak tumbuhnya yang semula jadi.
-Alang-
|
|
|
Post by bicalcarata on Dec 11, 2007 12:09:30 GMT 7
gambar 4 tu cantik ye, suka tengo dia melekat di situ
|
|
La
Full Member
Mantad doho
Posts: 113
|
Post by La on Dec 11, 2007 14:47:44 GMT 7
Yelah... Bicalcarata, sia pun suka tengo jugak. Best nyer....kan (keindahan semulajadi)?
Tapi rasanya elok dia berada nun jauh di situ sbb ianya akan selamat. Kita dapat jugak tengo guna camera (makasih Pdox yer share ngan kami sume) tapi jangan jer ada cicakman...... tergugat plak kedudukannya nanti.
Salam, La
|
|
|
Post by pdox on Dec 12, 2007 8:39:40 GMT 7
La, kalau ada cicakman nanti cicak tu kena makan ular2 kat situ. jgnlah ada tangan mengacau, kalau ada mana ada lagi peluang utk sa tangkap gambar2 ni atau lain2 org melihat dgn mata sendiri. but tu lah kan, susah nak control, some people really greedy and selfish nak sapu semua. drg tak pernah fikirkan kesan longterm perbuatan mereka.
|
|
|
Post by pdox on Dec 12, 2007 8:53:22 GMT 7
Tuan pdox, Terima kasih kerana sudi berkongsi gambar orkid 'in situ' Sama sama. Suka melihat dan suka berkongsi gambar2 in situ. my favorite type of plant pictures!
|
|
|
Post by webbiz04 on Dec 13, 2007 7:49:23 GMT 7
Terpegun saya nengok gambar2 yang dirakam oleh sedara pdox menarik sekali ... saya belum berpeluang lagi nak teroka alam semulajadi ... kalau sorang2 pakat tak pegi ler ... kena ada teman baru rasa selamat. Keep up the good work pdox.
|
|
|
Post by alangbidara on Dec 13, 2007 20:48:41 GMT 7
Tuan pdox, "....Mungkin haiwan2 berbisa inilah yg menjadi penjaga pokok2 orkid khususnya yg terancam dan jarang di sini... mcm cerita Indiana Jones pula.." Teringat pula saya kepada cerita "Anaconda - Hunt for Blood Orchid" mengisahkan sekumpulan pemburu orkid dari bandar yang masuk ke hutan mencari "orkid darah" itu, kerana kononnya orkid itu dapat memberikan penggunanya awet muda dan kekuatan. -Alang-
|
|
|
Post by alangbidara on Dec 13, 2007 20:50:41 GMT 7
Tuan pdox,
Kalau nak ambil gambar orkid liar itu pun sudah bertemu dengan ular dan lipan, mungkin jikalau nak mengambil orkid itu, mungkin diserang oleh haiwan -haiwan tersebut...
-Alang-
|
|
|
Post by alifinara on Dec 17, 2007 15:34:53 GMT 7
memang sungguh unik! bertuahnya Pdox dapat melihatnya face to face...
|
|
La
Full Member
Mantad doho
Posts: 113
|
Post by La on Dec 19, 2007 10:18:46 GMT 7
Ha ah... pdox makasihlah u kongsi ngan kami sume sbb kami ni hunting bawa dompet jer... manalah berpeluang dapat lihat keindahan semulajadi cam ni. So sudi2kanlah post gambar cam gini dr masa ke semasa & sume members yg selalu pi hunting jgn lupa bawa gambar balik yer....
Alang... klu nko nak tau, pasal nengok cite nilah sampai sia takut nak masuk hutan kat tepi rumah tu sbb ada payah & anak sungai. Tapi klu ada kawan hilanglah takut tu.... ni xder kawan tu yg jadi takut. Heheh.....
Dulu... masa sia pi mendaki gunung, byk sangat nampak phal bergayut kat dahan2 pokok & naphenthes sepanjang tepi2 laluan/jalanan. Tapi masa tu tak gila okid lagi so... takderlah ambik gambar okid tapi masa tu gilakan bonsai jer, jadi bila sampai satu tempat "Hanging Rock" sibuk ambik gambar kat situ jer.... sbb byk pokok renek ala-ala bonsai gitu.
Dah 3 kali pi mendaki tapi sebijik gambar okid pun tak ambik.... sekarang ni dah lama tak pii sana, dah masuk 8 tahun dah, ntah macamana dah keadaannya.
So... saper member d Sabah tu, klu ada nak buat XPDC ke Mount Kinabalu khabar2kan lah... yer or yg dah ada gambar postlah kat sini. Sia ada gambar gunung nya jer (pandangan jauh) sbb bila balik kampung selalu ambik gambar dr resort or dr National Park saja... heheh.
|
|
|
Post by bicalcarata on Jan 2, 2008 12:26:15 GMT 7
la, bulan ni kami daki gunung trusmadi, bulan 8 kinabalu pula. trusmadi terhad kpd 16 ja, kinabalu dlm 20-30 org. klu ko mau ekut kc taulah. nanti sa akan poskan gambar2nya di sini utk tatapan semua
|
|
La
Full Member
Mantad doho
Posts: 113
|
Post by La on Jan 3, 2008 13:36:55 GMT 7
okai Boss...
Thanks for your info. Nanti sia bgtau ko. O.K.
|
|
|
Post by khairimhd on Jan 4, 2008 9:55:22 GMT 7
waaa syiokkk nyer.
Ni yang buat nak pindah ke Sabah bah. ;D
|
|
|
Post by theoman on Jan 4, 2008 16:40:39 GMT 7
Kepada semua ahli OPM
Saya nak minta tolong, juga nak mengingatkan supaya JANGAN mendedahkan lokasi/nama tempat di mana orkid liar dijumpai. Ini adalah langkah berjaga jaga, manalah tahu dalam ramai ramai ni ada yang menjadi agent “orchid poacher”.
Orchids poacher ni kerjanya cari orkid dalam hutan, dibawa keluar dan dijual ke nurseri-nurseri. Masaalah problemnya, bila dia jumpa orkid di satu kawasan, habis semua dia harvest. Anak cucu cicit nonet pun tak ditinggalkan.
Di sini saya nak ceritakan betapa bahayanya orchids poacher ni, dan saya kenal dia. Dia tinggal di Negri Sembilan dan menggunakan kereta 4x4 Storm. Setiap kali keluar dari hutan, pastinya penuh storm dia dengan orkid.
Kes petama yang dilaporkan dari renger hutan Terangganu, dia dilihat memasuki satu kawasan hutan simpan dan waktu keluar stormnya penuh dengan orkid. Bila disiasat kawasan yang dimasuki, habis semua orkid dia ambil.
Kes kedua, dari pengakuannya sendiri, dia menebang pokok balak setinggi 40 meter hanya kerana nak ambil satu clump pokok orkid yang mengandungi tak lebih dari 15 bulb.
Bayangkanlah, hanya kerana nak ambil orkid 15 bulb, sebatang pokok balak dan pokok pokok di sekelilingnya musnah. Orang asli pun tak buat macam tu. Orang asli kalu nak ambik orkid dari pokok yang tinggi, diorang tak tebang pokok tapi diorang panjat dan anak anak pokok diorang tak usik. Diorang pun tahu simpan khazanah hutan untuk masa depan.
Dua kes di atas ni adalah antara kes kes orchids poacher yang patut diteladani. Banyak lagi kes kes seumpama yang berlaku di Cameron Highland, Banding, Jelebu, Kota Tinggi dan Gunung Ledang.
Jadi saya berharaplah sangat supaya dirahsiakan lokasi/nama tempat di mana orkid liar dijumpai. Jangan sampai anak cucu kita nanti melihat orkid hutan hanya pada gambar sahaja.
**** errr… panjang skit leteran saya ni… maklumlah otai… ;D
|
|
|
Post by alangbidara on Jan 5, 2008 0:43:25 GMT 7
Sdr Theoman, Bagus panjang leteran tidak megapa asalkan berguna dan informatif. Banyak-banyakkanlah posting sebegini... Terima kasih. -Alang-
|
|