|
Post by Shaifuls on Jan 24, 2008 12:19:15 GMT 7
Sahaja nak ambil kesempatan ni, Bagi pengguna Baja semburan & serbuk, Keluaran BGREEN, Agen baru dilantik di sekitar S. ALAM
1) Giant Hypermarket, Seksyen. 13, 40000 Shah Alam (Lot berada sebelah pintu masuk berdekatan dengan Starbuck Coffee) (2) En. Sabri Saat ( 012-299 3563) Rimba Flora Enterprise ( 001473843-V) Lot 30226, Jalan Hj. Md Yudin, Kg. Setia Baru, Johan Setia 42450 Klang. atau di Lot 589, Bazareena Stadium Shah Alam pada setiap hari Ahad. (3) Mohamad Ryzal Abd Rahman ( 019-300 4417) Faryz Enterprise (SA0018610-K) N0.12, Mazzenie Floor Jalan Zirkon E7/E Seksyen 7 40000 Shah Alam atau pada setiap hari Khamis - di Pasar Tani Subang Jaya Sabtu - di Pasar Tani Kelana Jaya Ahad - di Bazareena Stadium Shah Alam
So, jgn lepaskan peluang ini, thanks
|
|
mas
Junior Member
Posts: 20
|
Post by mas on Jan 25, 2008 12:48:30 GMT 7
bila BGREEN nak masuk Giant kat Penang..
|
|
|
Post by khairimhd on Jan 25, 2008 14:03:47 GMT 7
Saya selalu gak pi Penang. Lawat Abang Ipar di Bandar Baru Ayer Hitam. Lepas tu jalan jalan kat Taman Botanikal lepas tu pi lak jalan jalan Padang Besar..eh Padang Besar kat Perlis kan? Orkid punye pasal..tak sedor dah terlajak ke sana
|
|
|
Post by khairimhd on Jan 25, 2008 14:29:54 GMT 7
bila BGREEN nak masuk Giant kat Penang.. Soalan ni En Saiful boleh le jawabkan.
|
|
|
Post by Shaifuls on Jan 28, 2008 9:55:32 GMT 7
bila BGREEN nak masuk Giant kat Penang.. Soalan ni En Saiful boleh le jawabkan. Soonnn................ Tungguuuuuu...............
|
|
mas
Junior Member
Posts: 20
|
Post by mas on Jan 28, 2008 10:01:47 GMT 7
Saya selalu gak pi Penang. Lawat Abang Ipar di Bandar Baru Ayer Hitam. Lepas tu jalan jalan kat Taman Botanikal lepas tu pi lak jalan jalan Padang Besar..eh Padang Besar kat Perlis kan? Orkid punye pasal..tak sedor dah terlajak ke sana gagah sungguh tuan khairi ni..larat BERJALAN sampai ke Padang BEsaq.. ;D
|
|
|
Post by khairimhd on Jan 28, 2008 10:40:25 GMT 7
Saya selalu gak pi Penang. Lawat Abang Ipar di Bandar Baru Ayer Hitam. Lepas tu jalan jalan kat Taman Botanikal lepas tu pi lak jalan jalan Padang Besar..eh Padang Besar kat Perlis kan? Orkid punye pasal..tak sedor dah terlajak ke sana gagah sungguh tuan khairi ni..larat BERJALAN sampai ke Padang BEsaq.. ;D Alaaaa kang mas, saja je berjalan jalan bawak anak isteri...bilalagi nak sampai ke sana...depa pi shopping pinggan mangkuk, cek pi la shopping pokok pokok...tak le gagah sangat...tapi tongkat ali, misai adam, kulit maggis semua cek balun ...
|
|
|
Post by Shaifuls on Jan 28, 2008 11:07:35 GMT 7
Yg tak tahan tu Berjalan tu, bukan Driving tu.
Jgn risau la, dia ni memang camtu, kui kui kui kui kui
|
|
|
Post by khairimhd on Apr 29, 2008 8:57:39 GMT 7
Untuk lebih mesra pengguna, saya mewakili En Shaiful nak war war kan aktiviti agen - agen BGREEN di sekitar Lembah Klang bagi sepanjang BULAN MEI 2008 ini. DI MANA BGREEN? MEI 2008
1. FLEA MARKET di pintu masuk utama CENTRO Klang, pada 3 & 4 MEI 2008 (Sabtu & Ahad), 11.00 pagi hingga 9.00 malam. 2. FLEA MARKET di Presint 9, Putrajaya, pada 4 MEI 2008 (Ahad) dan 18 MEI 2008 ( Ahad ) , 8.00 pagi hingga 5.00 petang. 3. FLEA MARKET di pintu masuk utama CENTRO Klang, pada 10 & 11 MEI 2008 (Sabtu & Ahad), 11.00 pagi hingga 9.00 malam. 4. FLEA MARKET di pintu masuk utama CENTRO Klang, pada 17 & 18 MEI 2008 (Sabtu & Ahad ), 11.00 pagi hingga 9.00 malam. 5. FLEA MARKET di Presint 9, Putrajaya, pada 18 MEI 2008 (Ahad ) , 8.00 pagi hingga 5.00 petang. 6. FLEA MARKET di pintu masuk utama CENTRO Klang, pada 24 & 25 MEI 2008 (Sabtu & Ahad), 11.00 pagi hingga 9.00 malam. 7. PAMERAN ANGGERIK SHAH ALAM di SACC Mall, Shah Alam, pada 24 MEI 2008 - 25 MEI 2008 (Sabtu dan Ahad ), 10.00 pagi hingga 6.00 petang. 8. FLEA MARKET di pintu masuk utama CENTRO Klang, pada 31 MEI 2008 & 1 JUN 2008 (Sabtu & Ahad), 11.00 pagi hingga 9.00 malam. 9. AGRO BAZAR PUTRAJAYA di Taman Warisan Putrajaya, Putrajaya, pada 29 MEI 2008 - 3 JUN 2008. Kami juga akan mengadakan Klinik Anggerik di pameran tersebut. Khidmat nasihat dan rawatan (jika diperlukan) adalah PERCUMA. P/S : Selain jualan secara langsung melalui Nurseri Alam Mayang Selida, BGREEN memerlukan tambahan agen baru untuk pasaran N9 ( kawasan sasaran - Kuala Pilah, Seremban, Senawang)....Sesiapa berminat boleh le hubungi En. Shaiful - EXCO Sumber Manusia, Pemasaran , Perhubungan Pelanggan dan Promosi.... hu hu hu hu
|
|
|
Post by khairimhd on Jun 19, 2008 19:59:52 GMT 7
PENGUMUMAN PENTING BGREEN Fertiliser Resources telah mempunyai Rumah Operasi sendiri di Taman Putra Perdana. Alamat Adalah seperti berikut: No.1 Lorong Putra Perdana 12/2 Taman Putra Perdana Selangor Kami telah menyewa rumah SEMI-D yang mempunyai 4 bilik dan tanah lapang yang berkeluasan 30 kaki X 60 kaki yang dilengkapi dengan CCTV yang akan berfungsi sebagai: 1. Tempat Mesyuarat Pertemuan bulanan ahli BGREEN. 2. Nurseri Tanah kosong yang besar tu akan mengumpulkan segala koleksi orkid, hoya, platycerium, tillandsia dan beberapa pokok yang unik. 3. Tempat simpanan stok produk-produk BGREEN Sebab sekarang stok produk yang semakin banyak untuk menampung permintaan semasa sudah tak muat di rumah ahli BGREEN. 4. Rumah hinggap kengkawan.. BGREEN juga sudi menawarkan tempat tinggal ( dengan kadar bayaran yang sungguh murah untuk semalaman ) kepada sahabat sahabat yang datang dari kejauhan ( jika tiada tempat tinggal la). Ada 3 bilik di ruang atas . Memang sesuai untuk sekeluarga. Sahabat sahabat yang mahu merasai tinggal di Rumah Operasi BGREEN bolehlah menghubungi saya ataupun Saiful. Sahabat sahabat tertakluk kepada syarat:- a. Tidak dibenarkan membawa arak dan dadah dan seumpamanya. b.Tidak dibenarkan membawa pelacur, gundik, bohsia, perempuan simpanan atau seumpamanya. Jika berlaku akan dilaporkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor. c. Dilarang merosakkan apa apa barangan di dalam rumah. Sekian Terima Kasih.
|
|
|
Post by tontoro2001 on Jun 19, 2008 20:21:51 GMT 7
Dato khairi...
ini berita yang sangat baik...tahniah! tak perlu la aku cari hotel nanti...sewa kat rumah bgreen saja... ;D ;D payment pakai card credit boleh tak..hehehehe ;D ;D ;D
|
|
|
Post by pdox on Jun 19, 2008 20:31:39 GMT 7
syabas syabas! boleh lah buat pertemuan opm yg sudah lama tertunda itu di situ kan kan kan huhuhu
|
|
|
Post by webbiz04 on Jun 19, 2008 21:21:21 GMT 7
Wah! ini sudah bagus, satu kemajuan. Semoga masa launch nanti boleh ler buat jumble sale utk kengkawan. Agar ianya dapat menarik ramai kengkawan hadir dan menjadi ahli. Kagumnya saya dengan perkembangan pesat bgreen. ;D
|
|
|
Post by lapanlapan on Jun 20, 2008 9:16:32 GMT 7
Dato khairi... ini berita yang sangat baik...tahniah! tak perlu la aku cari hotel nanti...sewa kat rumah bgreen saja... ;D ;D payment pakai card credit boleh tak..hehehehe ;D ;D ;D Zul, Hang bayar dgn Orkid je!... sure dia org terima!...
|
|
|
Post by khairimhd on Jun 20, 2008 13:18:58 GMT 7
Dato khairi... ini berita yang sangat baik...tahniah! tak perlu la aku cari hotel nanti...sewa kat rumah bgreen saja... ;D ;D payment pakai card credit boleh tak..hehehehe ;D ;D ;D Zul, hang member aku yang baik dan JUJUR...hang dapat special rate le nanti...he he he he
|
|
|
Post by khairimhd on Jun 20, 2008 13:28:23 GMT 7
syabas syabas! boleh lah buat pertemuan opm yg sudah lama tertunda itu di situ kan kan kan huhuhu Pdox, Bolej aje jawapannya...baguih juga tu...kira kasi meriah le sikit..sebenarnya dalam perancangan pihak pengurusan rumah tu gak akan di jadikan tempat seminar yang BGREEN akan anjurkan... bila telah siap sepenuhnya nurseri nanti...BGREEN merancang nak buat beberapa siri seminar kepada orang ramai yang berkenan...seperti 1. Kursus 'hands on' penanaman orkid bagi mereka yang baru nak mula tanam orkid. 2. Kursus 'teori' dan 'hands on' teknologi pertanian secara organik 3. Kursus applikasi teknologi Effective Mikrob di dalam pertanian dan penternakan. dan beberapa lagi...itupun jika ada sambutan la... Dengan buat kat rumah BGREEN, yuran kursus akan dapat direndahkan lagi untuk peserta berbanding jika buat dekat hotel. Selain itu BGREEN bercadang nak jadikan sebahagian di tingkat bawah sebagai perpustakaan Orkid dan tanaman tanama lain..maka ia boleh dijadikan pusat informasi bagi peminat orkid...sekarang BGREEN sedang mengumpulkan buku buku dari OTAI OTAI orkid Malaysia untuk ditempatkan di library tu nanti.. DOAKAN BGREEN TERUS BERJAYA! HIJAUKAN BUMI BERSAMA KAMI
|
|
|
Post by khairimhd on Jun 20, 2008 13:31:29 GMT 7
Wah! ini sudah bagus, satu kemajuan. Semoga masa launch nanti boleh ler buat jumble sale utk kengkawan. Agar ianya dapat menarik ramai kengkawan hadir dan menjadi ahli. Kagumnya saya dengan perkembangan pesat bgreen. ;D Terima Kasih, kejayaan ni sokongan anda semua dan minat kami terhadap orkid...selepas banyak kenangan pahit BGREEN ( anda sudah tahu pun ) kami cuba bangun kembali untuk kukuhkan kedudukan kewangan kami dan inilah hasilnya pada hari ini..Syukur pada Allah
|
|
|
Post by khairimhd on Jun 27, 2008 14:15:55 GMT 7
Kawan-kawan, BGREEN Fertiliser Resources akan menyertai 2 ekspo besar pada Julai dan Ogos ini. Berikut adalah maklumannya:- FLORA BAZAAR 2008 26 - 28 JULAI 2008 Danga Bay, Johor Bahru Anjuran : Kementerian Pelancongan Malaysia MAHA 200811 - 23 OGOS 2008 Tapak Ekspo Pertanian Serdang Anjuran : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani & FAMA Malaysia Lokasi BGREEN: No. C168, MAEPS Hall C - Corporate & Private Sector Klik di www.mahaexpo.com/floorplan_hallC.html untuk pelan No. C168, Hall C
|
|
|
Post by khairimhd on Aug 28, 2008 19:22:57 GMT 7
LAMAN ANGGERIK SELANGOR
Ya itulah berita baik buat peminat orkid sekitar Selangor khususnya. Kami mempunyai satu lagi nurseri orkid di Selangor di samping nurseri sedia ada yang berada di perkarangan Rumah Operasi BGREEN di Putra Perdana.
BGREEN Fertiliser Resources dengan rasminya pada 28 OGOS 2008 telah mengambil alih Nurseri Orkid yang di punyai oleh Sifu Lim Mok Hai yang bertempat di Sungai Buloh.
Dengan itu juga dengan rasminya nama nurseri sebelum ini Orchidaceae Inc telah dilakukan pemurnian dengan nama baru. Mulai tarikh tersebut nurseri ini akan dikenali dengan nama LAMAN ANGGERIK SELANGOR.
Di LAMAN ANGGERIK SELANGOR, kami mempunyai bilangan orkid yang dianggarkan seperti berikut;-
Dendrobium - 3900 pokok Doritis - 493 pokok Cattleya - 503 pokok Oncidium - 1366 pokok Vanda and it allies - 830 pokok
BGREEN Fertiliser Resources juga telah bersetuju sebulat suara melantik Encik Saiful Anuar Sulaiman sebagai Pengurus Operasi di LAMAN ANGGERIK SELANGOR.
BGREEN Fertiliser Resources ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Sifu Lim Mok hai kerana memilih kami untuk kesinambungan nurseri yang diasaskan oleh beliau. Atas cintanya kepada orkid beliau hanya akan menjual nurseri tersebut kepada individu yang cinta kepada orkid juga. Maka BGREEN Fertiliser Resources telah menjadi pilihannya.
Selamat berkunjung ke LAMAN ANGGERIK SELANGOR.
Nota kaki
1. Sifu Lim Mok Hai merupakan Otai orkid di Malaysia. Memang dikenali bagi peminat orkid di Malaysia. Pernah memegang jawatan Presiden Persatuan Orkid Malaysia.
2. Nama LAMAN ANGGERIK SELANGOR dipilih kerana sejajar dengan visi BGREEN Fertiliser Resources untuk sama membantu promosi negeri di mana kami beroperasi. Selain itu dengan harapan LAMAN ANGGERIK SELANGOR akan berkembang menjadi satu entiti yang dikenali ramai dan juga turut menyumbang kepada bidang agro-pelancongan.
3. LAMAN ANGGERIK SELANGOR juga merupakan satu kesinambungan cita cita BGREEN Fertiliser Resources yang terbengkalai di Melaka dahulu atas sebab 'kecuaian kami melakukan perancangan dengan baik' dengan pihak tertentu.
Terima Kasih OAPM kerana menyediakan platform membantu mempromosi BGREEN Fertiliser Resources. Kami sekarang semakin di kenali dan dipercayai oleh pelanggan kami.
|
|
|
Post by pdox on Aug 28, 2008 20:20:34 GMT 7
congrats! semoga terus berkembang!
|
|