Post by khairimhd on Feb 21, 2008 10:28:35 GMT 7
Gempa di Sumatera, bergegar di Semenanjung
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Beberapa bangunan tinggi di kawasan pantai barat Semenanjung bergegar ekoran kesan gempa bumi di Utara Sumatera hari ini.
Antara negeri yang terlibat ialah Kedah, Selangor, Johor dan tidak terkecuali Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, gempa bumi pada pukul 4.08 petang itu berukuran 7.2 pada skala Richter.
Katanya, pusat gempa bumi itu terletak di latitud 2.8 utara dan longitud 96.0 timur, kira-kira 13 kilometer dari timur laut Simeulue dan 500 kilometer dari barat daya Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Di Indonesia, dilaporkan setakat ini sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 25 cedera dalam kejadian tersebut.
Namun, di Malaysia, hasil pemantauan mendapati tiada kejadian ombak tsunami berlaku tetapi tiga gempa susulan berterusan sehingga pukul 5.28 petang, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia.
Jurucakap bilik gerakan balai bomba dan penyelamat Kuala Lumpur pula memberitahu, orang ramai cemas apabila sebuah bangunan cawangan Ambank di Jalan Pudu di sini mengalami gegaran kecil.
Di Selangor pula, dilaporkan sekurang-kurangnya tiga bangunan mengalami gegaran ekoran bencana alam itu.
Jurucakap bilik gerakan bomba dan penyelamat negeri itu berkata, bangunan terlibat ialah Menara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Bangunan MCIS, Wisma Sime UEP dan Kompleks Tower di Seksyen 15, Subang Jaya.
Kira-kira 100 pekerja di Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kedah juga cemas apabila bangunan itu bergegar kira-kira pukul 4.15 petang.
Di Johor Bahru, bangunan MAA di Jalan Abdullah Tahir dan Landmark di Jalan Trus bergegar serentak dengan tiupan angin kencang kira-kira pukul 3 petang.
Sementara itu, lebih 2,000 kakitangan awam di Blok C1, kompleks pentadbiran kerajaan Persekutuan di Putrajaya gempar apabila bangunan di situ turut bergegar pada pukul 4.20 petang.