|
Post by pdox on Sept 25, 2008 12:02:29 GMT 7
Dengan harga barangan dan besi yg melambung, terpaksalah saya mencari alternatif utk membuat dawai gantung secara DIY (do-it-yourself). Saya beli dawai sendiri dan perhatikan cara dawai ready-made dibuat dan kemudian cuba buat sendiri. Harap langkah2 berikut bermanfaat kepada warga HG dan OaPM. Barang2 yg diperlukan: Segelung dawai bersalut, saiz yg bersesuaian - RM8 sekilo 2 pasang plier 1 pemotong dawai Dawai yg sedia dibuat seperti yg berwarna hitam sebelah kiri: Mula mula, potongkan tiga utas dawai seperti berikut, A -1 panjang dan dibengkokkan menjadi dua sama panjang; B - satu lagi lebih panjang sedikit dan dibengkokkan di bahagian atas (panjang ikut keperluan masing masing); C - dan satu lagi berukuran lebih kurang 10 inci dan dibengkokkan menjadi satu "loop" di satu hujung. Lihat gambar berikut: D - Masukkan dawai2 panjang melalui "loop" pada dawai 10 inci tadi seperti berikut: E - Genggam dgn plier, gunakan kain supaya plier tidak menyebabkan plastik dawai koyak: Kemudian, ambil hujung yg lebih pendek dawai dlm step B di atas dan lilitkan keliling seperti berikut: Siap! Nak tau total cost? Segelung dawai bersalut (pakai timbang iaitu RM8 per kilo) - RM6 Jumlah dawai DIY yg diperolehi? 12 utas dan masih ada dawai lebihan! This means 50 sen only per piece compared to RM1.50 for the readymade ones! This is a savings of RM1.00! So imagine kalau buat 10 utas, cuma RM5 dan jimat RM10! Selamat mencuba!
|
|
|
Post by abiom on Sept 29, 2008 10:24:41 GMT 7
pdox,bagus idea ni...boleh cuba boleh jimat nanti
|
|