|
Post by sarahaisyah on Nov 2, 2008 10:27:54 GMT 7
salam sejahtera akak baru kat sini, kalau salah cara buka thread ni, maaf ye, mod boleh deletakan akak tak sure adakah betul jenis orchid ini, akak cuma buat reference dari google untuk cari namanya. masa beli, orchid ni daunnya agak kuning dan nampak mcm tak cukup penjagaan.akak tak sure cara penjagaannya, minta forumer kat sini bagi nasihat. 1. pasu besar mana cukup untuk pokok ini 2. media apa yang patut digunakan 3. nak transfer satu bulb/cane, bagaimana ye, boleh ke 4. bercadang nak guna baja cap X, khairi/shaiful tahu kot, so nak start yang mana dulu 5. ada cane yang sudah tiada daun, perlukah di buang atau dibiarkan inilah pokoknye yang ini hendak di ubah, satu je adakah canenya sihat? perlukah dibuang cane yang sudah tidak berdaun ini
|
|
|
Post by pdox on Nov 2, 2008 16:28:51 GMT 7
hi kak sarah, welcome on board! is this the plant you were talking about in HG? hmmm boleh tahan besar rumpunnya. hopefully otai yg bnyk pengalaman dgn speciosum boleh membantu.
|
|
|
Post by sarahaisyah on Nov 2, 2008 17:48:03 GMT 7
thanks Pdox. Ya, this is the one I posted in HG. I am so excited, thus really looking forward for any of the sifus to reply.
|
|
|
Post by pdox on Nov 2, 2008 20:02:29 GMT 7
harum juga bunga dia, tak sangka. pokok bukan saya punya
|
|
|
Post by theoman on Nov 3, 2008 12:27:22 GMT 7
salam sejahtera akak baru kat sini, kalau salah cara buka thread ni, maaf ye, mod boleh deletakan akak tak sure adakah betul jenis orchid ini, akak cuma buat reference dari google untuk cari namanya. masa beli, orchid ni daunnya agak kuning dan nampak mcm tak cukup penjagaan.akak tak sure cara penjagaannya, minta forumer kat sini bagi nasihat. 1. pasu besar mana cukup untuk pokok ini 2. media apa yang patut digunakan 3. nak transfer satu bulb/cane, bagaimana ye, boleh ke 4. bercadang nak guna baja cap X, khairi/shaiful tahu kot, so nak start yang mana dulu 5. ada cane yang sudah tiada daun, perlukah di buang atau dibiarkan inilah pokoknye Selamat datang Sarah Aisyah. Orkid gramma ni senang dijaga tapi susah nak control bunga dia. Dia akan berbunga bila dah cukup syarat-syarat sah aja dan syarat-syarat sah tu mestilah datang dari alam sekeliling yang semulajadi. Kalu kita cuba try buat tak ada jaminan yang dia akan berbunga. Antara syarat-syarat sah nya... 1. Cahaya matahari mesti cukup. Kadar matahari antara 70 hingga 90 peratus. 2. Peredaran udara yang memuaskan. Orkid gramma ni adalah pokok menumpang. Jadi, akar dia mestilah sentiasa di udara atau berangin. Kalaupun pernah terjumpa di atas batu dan tanah, tetapi pada asal dari pokok. 3. Air yang cukup. Hok ni biasalah untuk semua pokok orkid di Malaysia. Tapi terlebih air pun tak elok. Dia akan sihat tapi tak nak berbunga. 4. Baja... boleh try baja yang tinggi kandungan P dan K sebab unsur-unsur ini lah yang akan meransang pokok berbunga. Cuba try baja buah untuk pokok mangga... try aje leee... 5. Akhir sekali, penjagaannya. Bab ni yang paling senang sekali. Letakkan aja dia kat satu tempat dan biorkan aja dia sesorang kat situ. Siram dan baja mengikut keperluan... Kalu dibelek setiap hari lagilah malas dia nak berbunga... biorkan dia buat hal dia. Macam mana nak transfer kepasu lain? Senang aja... 1. Tanggalkan dari pasu asalnya (kalu nak senang, pecahkan aja) 2. Cari pasu yang besor skit. Isikan hampir penuh dengan arang + batu bata yang dah dipecahkan. 3. Letakkan aja pokok tu atas arang + batu bata tadi. Jangan dibenamkan akar dia sebab akar orkid gramma perlukan udara dan peredaran angin yang banyak. 4. Kalu tak mau pokok tu tumbang, buat tiang dan ikatkan dia. 5. Kat pangkal pokok tu letakkan skit sabut kelapa yang dah lama sebagai pelembab. Siram setiap hari mengikut cita rasa. Kalu nak dipecah-pecahkan dia pastikan sekurang kurangnya 3 batang setiap satu rumpun. Potong pada rizome dia yang sudah berakar dan tanam seperti di atas. Untuk batang yang dah tak berdaun, biorkan aja dia. Potong cuma yang kering aja... Itu aja lah serba sedikit yang ambo tau... DISCLAIMER: SEMUA KENYATAAN DI ATAS HANYALAH SEBAGAI PANDUAN SAHAJA. INSYA'ALLAH POKOK TU IDOP TAPI TAK GERENTI DIA AKAN BERBUNGA SEBAB ORKID GRAMMA NI LAIN PESEN SKIT ;D
|
|
|
Post by harris on Nov 3, 2008 22:40:11 GMT 7
How Big Can It Grow? Saya nak share gambar2 dua giant clump Gramma speciosum yang pernah saya tengok. Clump 1 Yang ni terletak sebelah satu restoran di area Nibong Tebal ni. Umur pokok ni tak berapa sure, tapi first time dating waktu Form 3 pokok ni dah tengok. 14 years later, dah semakin besar dan grand. Time tangkap gambar hari ni, ternampak la bunga dia. Rezeki sayalah dapat tengok... Clump 2 Yang ni di salah satu nursery di Nibong Tebal jugak. Owner pernah nak jual pada satu Dato' for RM2000 tapi tak jadi sebab terlampau berat dan forklift tak boleh masuk sebab jalan sempit.
|
|
|
Post by nazurahshahril on Nov 4, 2008 19:39:00 GMT 7
macam disuruh-suruh pula untuk jenguh pokok rimau ni kat hutan bandar, harap depa tak cabut buang lerrr...
nurseri kat depan starhill golf ada jual pokok rimau ni, bila ditanya...harganya macam nak pengsan dengar...
|
|
|
Post by pdox on Nov 4, 2008 20:16:05 GMT 7
naz, since tak pengsan (mcm nak pengsan tapi tak), ertinya masih mampu beli tu... tunggu apa lagi huhuhuhu
|
|
|
Post by nazurahshahril on Nov 4, 2008 21:18:22 GMT 7
aiyoh... mana mau taruk?
umah saya yang sekangkang kucing ni....kalo beli pokok rimau ni, alamatnya jadi hutan rimba laaaaa...
tp sy amat kagumi bunganya yg besar dan panjang dan banyaaaaaaaakkk...
|
|
|
Post by webbiz04 on Nov 4, 2008 22:52:29 GMT 7
Pehhh .... puas hati ler walaupun sekadar nengok gambo je. Bila le aku punya nak jadi besor cam nie ..... ??
|
|
pat
New Member
Posts: 18
|
Post by pat on Mar 21, 2009 15:42:11 GMT 7
just nak share...my aunt ade dlm 6 rumpun nih sekeliling rumahnya..dh lma die bela pokok nih slaluny orkid die akan bloom stiap bln 8 every year..cantik sgt..tp klu die pecahkan rumpun orkid ni..dia akn amik mse nk berbunga smula..cm merajuk.....
|
|
|
Post by chekamala on Jun 28, 2009 13:57:17 GMT 7
nurseri kt Mantin byk jual pokok ni, sepasu RM50.
x sempat nk snap gambar last p sana....bateri kong pulak...
saya punya baru tanam depan umah, dekat sebulan....
sy tanam dlm tanah, pastu letak sabut, ikut tunjuk ajar master oman...tqvm..
ada dua induk, satu anak yg setinggi 35cm.
|
|
pat
New Member
Posts: 18
|
Post by pat on Feb 14, 2010 15:06:04 GMT 7
|
|
pat
New Member
Posts: 18
|
Post by pat on Feb 14, 2010 15:07:33 GMT 7
|
|
|
Post by alifinara on Jun 2, 2010 12:32:13 GMT 7
Wah, cantiknya...pokok Pat sendiri ker?
|
|
pat
New Member
Posts: 18
|
Post by pat on Sept 20, 2010 23:04:47 GMT 7
alif pokok ni aslnye mak cik sy pnye die bg sye..bru lg brtukar milik
|
|