|
Post by khairimhd on Oct 13, 2008 19:40:12 GMT 7
Minggu lepas balik kampung..ayah dan kawan kawannya nak pergi menjaring ikan di Sungai Triang pada hari sabtu.. Apalagi wa pun bersama kamera ikut sekali le membonceng moto kawa ayah wa..untuk apa? Ish korang ni macam tak tahu plak...wa nak cari orkid le..kan ke orkid suka duduk kat tepi tepi sungai dan air terjun.. Jom kita enjoy orkid secara in-situ di sepanjang Sungai Triang.. Aerides odorata Thecopus secunda Aerides jarckianum Dendrobium lampongense
|
|
|
Post by harris on Oct 13, 2008 19:56:32 GMT 7
uihhhh, cun nyaaaaa... ni yang koi nak kena balik kampung selalu ni hehehe...
|
|
|
Post by khairimhd on Oct 13, 2008 22:23:14 GMT 7
uihhhh, cun nyaaaaa... ni yang koi nak kena balik kampung selalu ni hehehe... Dekat Raub ada satu lagi lata air terjun yang terkenal dikalangan penduduk setempat...pernah berkunjung sekali ke sana sebab ziarah pak cik yang duduk dekat situ... Ni wa boleh bagi tahu tempat dia...ia merupakan kaki cameron highland di sebelah pahang...nak pegi sana ambil arah nama tempat yang dikenali sebagai ulu sungai.... melampuh orkid ada kat sana..tetapi awas..jika kenderaan yang anda tinggalkan didapati rosak masa anda keluar jangan terkejut..itu satu fenomena biasa bagi sesiapa yang masuk ambil hasil hutan secara melampau..sebab memang penduduk situ jaga khazanah hutan..
|
|
|
Post by pdox on Oct 14, 2008 4:09:29 GMT 7
khairi, ni semua u punya ke? atau mmg 100% natural wild? kalau u punya, aerides u tak kena makan ulat dan kumbang perosak? saya punya yg berbunga di pokok akan kena makan dlm masa beberapa hari selepas kembang. kalau yg berbunga dlm pasu dan dibawa ke porch, akan tahan 2 minggu ++ aerides jarckianum tu cun lah, mcm hybrid rupanya. er, ada lebih tak? huhuhu
|
|
|
Post by khairimhd on Oct 14, 2008 9:32:24 GMT 7
khairi, ni semua u punya ke? atau mmg 100% natural wild? kalau u punya, aerides u tak kena makan ulat dan kumbang perosak? saya punya yg berbunga di pokok akan kena makan dlm masa beberapa hari selepas kembang. kalau yg berbunga dlm pasu dan dibawa ke porch, akan tahan 2 minggu ++ aerides jarckianum tu cun lah, mcm hybrid rupanya. er, ada lebih tak? huhuhu 100% memang saya punyalah tuan pdox...aerides jarckianum tu...he he he dulu oman yang bagi saya cutting...masih tak dak keiki lagi..slow growing spesis ni...kalau nak saya cuba mintak LC carikan...mungkin LC boleh bantu..berapa puluh pokok mau? atau cuba try tanya Oman...mungkin dia boleh bagi cutting jika ada spare lagi.. ada gak aerides saya yang kena makan ulat...tapi tak semua la..biasanya yang kena odorata je...saya ada 10 pokok aerides yang berlainan variety..so mungkin ulat dah tak larat makansemua kot..tu yang ada kena makan dan ada yang tak kena sebab ulat tak mampu nak habiskan semua.
|
|
|
Post by harris on Oct 14, 2008 10:38:52 GMT 7
uihhhh, cun nyaaaaa... ni yang koi nak kena balik kampung selalu ni hehehe... Dekat Raub ada satu lagi lata air terjun yang terkenal dikalangan penduduk setempat...pernah berkunjung sekali ke sana sebab ziarah pak cik yang duduk dekat situ... Ni wa boleh bagi tahu tempat dia...ia merupakan kaki cameron highland di sebelah pahang...nak pegi sana ambil arah nama tempat yang dikenali sebagai ulu sungai.... melampuh orkid ada kat sana..tetapi awas..jika kenderaan yang anda tinggalkan didapati rosak masa anda keluar jangan terkejut..itu satu fenomena biasa bagi sesiapa yang masuk ambil hasil hutan secara melampau..sebab memang penduduk situ jaga khazanah hutan.. rasa2nya tahu kat mana sebab shaiful pun bagitau hari tu hehehe... dulu2 dok pegi jugaklah tapi kali ni tak sempat pegi pun sebab sibuk melawat hari raya. kira kampung koi jugal la tu area air terjun ni. kat area ni, ada satu 'lembah' yang banyak pokok bunga kaler kuning wangi2, tapi kena jaga2 sikit sebab menurut orang situ, kawasan ni ada bunian... P/S: kalau kena rosak kereta takpe lagi, jangan kena potong 18 dah le hehehe...
|
|