|
Post by pdox on May 9, 2008 14:40:40 GMT 7
yg ini sama dgn cutting pokok yg saya bagi alif dan juga somebody else saya pun tak ingat sudah. maaf gambar tak cun sebab saya tangkap dgn henfon saja. pokoknya besar, lebih tinggi daripada manusia dan spike pun panjang lebih kurang satu meter atau lebih. apabila mencapai saiz matang ia akan mula berbunga dua tiga kali setahun. dua tahun yg lalu, ia berbunga sampai 4-6 spike, mengancam sekali. dahulunya, zaman 80an, mmg tak penah nampak pun okid dendro hybrid yg berbagai bagai mcm hari ini, jadi okid arachnis lah yg paling popular dan paling banyak/common di sini. inilah sisa sisa peninggalannya, oleh sebab okid hybrid sudah popular dan sangat murah, maka orkid original mcm ni pun sudah diketepikan dan org pun jarang nak simpan. lebih lebih lagi apabila ia memakan masa bertahun tahun utk capai saiz matang. pokok kami sebelumnya dlm jagaan orang lain, tak pernah berbunga walapun sudah berjanggut lama mereka menunggu, time ia dipasskan kepada kami, ia pun sudah cukup matang jadi kami mmg dpt durian runtuh. memerlukan cahaya direct sun, jika tidak, ia tidak akan tumbuh dan berbunga dengan baik. itu sahaja cerita pendek ptg ptg sambil minum teh.
|
|
|
Post by khairimhd on May 10, 2008 11:46:37 GMT 7
Pdox. ada lagi ke arachnis ni..nak beli sepokok 2...
|
|
|
Post by pdox on May 11, 2008 16:28:22 GMT 7
Pdox. ada lagi ke arachnis ni..nak beli sepokok 2... ada, tapi kena tunggu dan bersabar sebab baru saja buat cutting. lagipun masih berbunga.
|
|
|
Post by theoman on May 12, 2008 10:41:03 GMT 7
Pdox. ada lagi ke arachnis ni..nak beli sepokok 2... Laaa... awat hang tak mai khabaq... saya baru aja mai balik dari grik. bersepah kat sana... tapi tak taulah ori atau hybrid dari thailand... ;D
|
|