|
Post by pdox on Dec 18, 2007 16:04:30 GMT 7
ya tepat skali! NEVER EVER buy single bulb!
|
|
|
Post by demang on Dec 18, 2007 19:31:48 GMT 7
Hmmm Saudara Khairimhd, Bukan saya just nak tahu sbb kebelakangan ini dendrobium sp. banyak yg flask jd susah nak kenal pasti. Jadi aku nak beli Den.Sutiknoi atau cocholide pun tak jadi, sbb takut kena hybrid. Al maklum ramai kekawan dah terkena.Harga mahal macam species tapi hybrid. Demang ; ;D
|
|
|
Post by alangbidara on Dec 18, 2007 21:51:10 GMT 7
Tuan Khairimhd,
Terima kasih sudi beri tip membli orkid.
Wah, semasa saya mula-mula kenal dan berjinak dengan hobi orkid ini, memang terkena beberapa kali terbeli orkid yang sudah hampir 'expire' (berbunga sekali lepas tu..mati) dan juga beli pokok yang dalam pasu diisi dengan media serpihan habuk kayu...bila bawa balik, em dia baru semai rupanya dalam pasu itu, ada yang hidup tetapi ada juga yang mati.
Kini saya kurang membeli tetapi lebih kepada membiak dari anak-anak orkid dan kutip orkid dari pokok (orkid liar).
-Alang-
|
|
|
Post by Shaifuls on Dec 19, 2007 7:51:23 GMT 7
Emmm... Den pun kena kencing pasal Den. sutiknoi nih.
Malu... malu...
|
|
|
Post by khairimhd on Dec 26, 2007 13:56:45 GMT 7
Pengalaman mengajar kita..maka adalah mnenjadi tenggungjawab orang yang pernah kena untuk share dgn kengkawannya supaya kengkawan tidak teraniaya pada masa hadapan
|
|
|
Post by tontoro2001 on Dec 26, 2007 14:04:10 GMT 7
betul tu khairi...kita kalau tak tahu...mengaku tak tahu dan bertanya pada yang tahu...jangan memandai taruk nama...hehehe
|
|
pilut
New Member
Posts: 16
|
Post by pilut on Dec 30, 2007 9:14:00 GMT 7
huhu.... bnyak nak kena amik tahu... sp tu hapa, hybrid tu hapa... daku cuma blasah jek beli asal cantik , mana ku tahu value okid nih...
|
|
|
Post by Shaifuls on Dec 31, 2007 8:18:16 GMT 7
Alamak, cian lak bila dgr pilut tanya apa tu dan apa ni. tak per lah baik berlagak bodoh dari berlagak pandai.
BTW, Pilut.
Sp = Species = Spesis = Original (Tak kira la Hutan mali ke atau tidak) Hybrid = Klon (dah kawin campur la)
Hope Pilut faham sedikit sebyk apa itu dan ini... maybe Otai2 lain nak tambah.
|
|
|
Post by khairimhd on Jan 4, 2008 9:49:08 GMT 7
pilut atau tulip ;D
Pengetahuan amat penting sebagai panduan untuk kita membeli. Sebab
1. Tak tersalah beli pokok - bak kata tuan demang, pokok hybrid tapi tuan jual kata spesis.
2. Tahu harga pasaran - supaya kita tak beli dengan penjual yang jual mahal TETAPI harga orkid bergantung kepada banyak faktor : SAIZ, KUALITI BUNGA, STATUS ORKID ITU SENDIRI.
3. Supaya dapat menjaganya dengan baik
Sesama le kita meningkatkan pengetahuan tentang orkid ye..JOM NGAJI he he he he
|
|
mas
Junior Member
Posts: 20
|
Post by mas on Jan 24, 2008 13:31:15 GMT 7
saya beli orkid tanpa tip....asal bunga cantek, rega bole tahan...beli saja.. almaklum la beginner....
|
|
|
Post by Shaifuls on Jan 24, 2008 13:54:39 GMT 7
Betol la tu asal rege boleh tahan & bunga cantek.... But basic thing kena tau juga perlu shade tak pokok yg dibeli and so on. takut2 beli pokok yg dok dlm peti ais, habis bunga, pokok hidup segan mati pun tak mahu.
|
|
mas
Junior Member
Posts: 20
|
Post by mas on Jan 24, 2008 14:06:19 GMT 7
Betol la tu asal rege boleh tahan & bunga cantek.... But basic thing kena tau juga perlu shade tak pokok yg dibeli and so on. takut2 beli pokok yg dok dlm peti ais, habis bunga, pokok hidup segan mati pun tak mahu. hehhee..sebab tu ada jugak pokok bawah jagaan saya yg kiok....
|
|
|
Post by Shaifuls on Jan 24, 2008 15:06:16 GMT 7
Hau hau hau hau... ada baik beli kat nursery yg biasa kita beli kalau boleh dptkan seberapa byk maklumat tentang pokok yg hendak dibeli.
|
|
|
Post by camillenoir on Jan 24, 2008 16:57:48 GMT 7
Emmm... Den pun kena kencing pasal Den. sutiknoi nih. Malu... malu... den ni pulak kena kencing ke tidak? hahaha.. ;D
|
|
|
Post by Shaifuls on Jan 25, 2008 7:30:35 GMT 7
Shamsul jgn risau, you punya pasti betoi punya
|
|
mas
Junior Member
Posts: 20
|
Post by mas on Jan 25, 2008 10:16:23 GMT 7
Hau hau hau hau... ada baik beli kat nursery yg biasa kita beli kalau boleh dptkan seberapa byk maklumat tentang pokok yg hendak dibeli. masalahnya, nursery area umah saya ni jual pokok campur2....tadak langsung yg jual orkid saja....dan saya rasa derang pun x berapa tahu sgt....
|
|
|
Post by Shaifuls on Jan 28, 2008 11:33:28 GMT 7
masalahnya, nursery area umah saya ni jual pokok campur2....tadak langsung yg jual orkid saja....dan saya rasa derang pun x berapa tahu sgt.... kalau camtu kena la berjalan2 mcm En. Khairi kita ni. kat Utara byk nursery yg terkenal, Bawah sikit byk juga.
|
|
|
Post by khairimhd on Feb 18, 2008 8:13:29 GMT 7
Lagi..ada kawan wa mengadu dia tertipu...nak beli bulbophyllum medusae tapi ropanya bulbophyllum varginatum...lalu wa kata dengan dia.. HAAA tu la, beli tak mao consult dengan aku dulu... Last last wa cakap dengan dia. join OPM, tengok kat dalam tu, aku ada bagi perbezaan dua spesis ni. ( Apa pendapat korang ..ada orang jual Bulbophyllum medusae RM50 untuk 1 pseudobulb?) Perbezaan Bulbophyllum medusae dengan Bulbophyllum varginatum1. Bulbophyllum medusae mempunyai bunga lebih besar daripada Bulbophyllum varginatum 2. Bulbophyllum medusae bunganya berwarna putih. Bulbophyllum varginatum bunganya berwarna kuning cair. 3. Pseudobulb bulbophyllum medusae warna coklat cair Pseudobulb bulbophyllum varginatum warna hijau muda 4. Pokok bulbohyllum medusae lebih besar daripada bulbophyllum varginatum Lihat foto di bawah untuk lebih jelas. Bulbophyllum medusae Bulbophyllum varginatum
|
|
|
Post by Shaifuls on Feb 18, 2008 16:24:42 GMT 7
Huhuhuhuhu masih ramai lagi ker mangsa Bulbo madusae yg keramat ni.
[glow=red,2,300](Pendapat Den; pakcik kayooo....la)[/glow]
|
|
|
Post by lapanlapan on Feb 19, 2008 10:25:34 GMT 7
Saudara khairimhd,
terima kasih kerana post gamabr vaginatum dgn meduse, ... itu kalau pokok tgh bunga jugak dapat dah dibezkan, kalau dapat post gambar bulb kedua-dua spceices, lagi baik, dan mungkin dgn sedilkit penerangan, macam:
1. warna bulb bulbo vaginatum dgn warna bulbo meduse, (vaginatum tu hijau, meduse tu keperangan sikit) 2. bentuk bulbnya - meduse tu berketak sikit (bersegi) 3. daunnya?.. (vaginatum tu pendek dan keras, meduse tu panjang dan sikit lembut) 4. ada yg lain?..
dan kalau jumpa yg ,macam dia atas, tapi ada kesemuanya dalam satu clump, apa pulak?.. salam 88
|
|