|
Post by bicalcarata on Dec 5, 2007 9:25:11 GMT 7
Baru2 ni sa sempat pergi melawat kawan lama di Ranau, cuba nak lihat klu2 koleksi orchidnya bertambah tpi malang bukan bertambah tpi makin berkurang . Ni dia gbr yg sa ambik buat tetapan semua ; orkid ular atas tu pun dah nak mati dah.. saya sangat kagum jga dgn org ni, dia boleh cerita dri a-z tentang orchid sbb dia pernah kerja dgn taman orchid Sabah. Koleksi dia dulu adalah yg jarg2 boleh dapat.
|
|
|
Post by Shaifuls on Dec 5, 2007 9:38:26 GMT 7
Kawan tu Mr. Ng ker? wah saya kagum dgn orkid Paraphal. berapa RM ye kalau boleh saya beli dari sana?
|
|
|
Post by bicalcarata on Dec 5, 2007 9:55:13 GMT 7
Bukan Mr Ng. orkid Paraphal tu yg mana satu? Baru2 ada yg yg jual phalaenopsis gigantea dlm 5" panjang dlam RM120, panjang 10" dlm RM700. sa tak beli tak mampu.
|
|
|
Post by sopiemohd on Dec 5, 2007 9:57:48 GMT 7
bicalcarata,kalau kita amati gambar tersebut pokok okid kawan saudara sudah hidup cara semulajadi dan perlu jagaan yg minimum.
|
|
|
Post by Shaifuls on Dec 5, 2007 10:04:32 GMT 7
Owhh... Paraphal. labukensis dll. disini Phal gigantea boleh didapati dgn RM180-RM200 dlm 18"-20" -Original dari Kalimantan.
|
|
|
Post by bicalcarata on Dec 5, 2007 10:32:07 GMT 7
Wah murahnya, setahu saya sebelah kalimantan memang banyak, yg dijual di sabah pun dtg dri berdekatan sempadan kalimantan-sarawak-sabah. jenis ni yg termahal di sabah dlm gambar saya tu pemiliknya mau jual Rm1000++ Paraphal. labukensis tu tak tentu harga, pernah dapat RM18 satu pokok, mgu lalu jumpa lgi hampir Rm30, ada jga jual RM80 pd 2 bulan lalu.
|
|
|
Post by pdox on Dec 5, 2007 10:37:11 GMT 7
wah menarik betul gambar2 ni, mcm very natural tapi sedih jugak tgk kayu2 yg dah patah dan pokok2 ada yg mcm nak mati.
bica pinjam gambar2 ko blh? nak tunjuk kat kwn2. sa pakai link.
er...tuan punya orkid tak kisah ke gambar2 pokok2 dia ditayang di internet?
|
|
|
Post by bicalcarata on Dec 5, 2007 10:37:39 GMT 7
sopie, gambar yg ada tu tgl 10% dri dulu. yg terakhir saya pergi sblm baru2 ni saya terpaksa mencela masuk ke dalam sbb penuh dgn pokok yg dewasa, terdapat ratusan sp. Tu yg besar hati nak tengo lgi. Saya tak sempat jumpa tuannya sbb sibuk di ladang. Ada kemungkinan jga dia jual.
|
|
|
Post by pdox on Dec 5, 2007 10:38:34 GMT 7
Owhh... Paraphal. labukensis dll. disini Phal gigantea boleh didapati dgn RM180-RM200 dlm 18"-20" -Original dari Kalimantan. saya tak pernah jumpa p. gigantea di sini kecuali di taman orkid. orkid ni nampak mcm besar sgt, tak berani saya nak mencuba. dah la mahal!
|
|
|
Post by bicalcarata on Dec 5, 2007 10:40:03 GMT 7
Ok pdox ambik saja, kita punya jga tu. nanti saya nak ke satu tempat lgi berhampiran dgn tmpt ni jga, sana pun dia punya orchid kau-kau mcm dlm hutan.
|
|
|
Post by pdox on Dec 5, 2007 10:42:06 GMT 7
oh ya orkid ular apa nama botaninya, sifu2? Bica, ko mintak atau belilah dari dia, dan kau pulak yg jaga. sedih tgk orkid yg nak mati. kita susah payah nak dapatkan, yg kat sana pulak dibiar mati.
|
|
|
Post by pdox on Dec 5, 2007 10:45:06 GMT 7
kenapa kawan ko dah tak jaga orkid2 dia? tak minat dah atau sibuk atau tak mampu atau?
|
|
|
Post by bicalcarata on Dec 5, 2007 11:13:15 GMT 7
Sebenarnya kwn ni tgl di satu kg yg terpencil, dlm kg ni mungkin terdapat dlm 20-30 buah rumah, setiap rumah ada taman/pondok orchid yg hampir sama/banyak/cantik sp kwn sa ni. pendapatan bergantung pd pertanian dan mungkin jga jualan orchid. Kebun buah, getah, tembakau, halia dll dlm 20-100 ekar/keluarga. Pagi jalan pulan petang mana ada masa lgi buat kerja orchid, lebih2 lgi harga getah bru2 ni melambung naik.
Ada rancangan jga tu nak dapatkan orchidnya, dripada mati kan kan kan...
|
|
|
Post by tontoro2001 on Dec 5, 2007 11:32:13 GMT 7
elok juga tu...sayang kalau mati terbiar cam tu....
|
|
|
Post by pdox on Dec 5, 2007 12:53:49 GMT 7
ya betul tu, kalau dapat murah bagi bagi la kat kawan2 lain tlg jagakan jugak! ;D
|
|
|
Post by pdox on Dec 5, 2007 23:59:39 GMT 7
Saya sudah dapatkan ID utk orkid ular tu. Paraphalaenopsis labukensis. Dinamakan mengikut nama tempat pertama penemuan spesis ini iaitu lembah Labuk di Sabah. status pokok ni boleh dikatakan sudah kritikal di hutan sabah, dekat extinction atau pupus terus kecuali di taman negara kinabalu. nanti suatu hari kelak, kalau nak tgk orkid in situ kena pergi tmn negara je... atau lebih teruk lagi, tgk kat taman orkid je mcm kat singapore. wah semakin saya mengamati hobby ni semakin saya jadi elbih peka kpd spesis terancam. kalau boleh kita jgn beli pokok2 rare yg diambil daripada hutan oleh poacher atau commercial collector. Kalau stock nursery daripada biji atau cloning dah berlambak bagus beli dari nursery je, sebab nanti cucu cicit kita nak tgk pokok2 ni dlm hutan kita pun dah takda kesempatan. jgn kata cucu cicit, mungkin generasi kita sendiri pun takkan dpt tgk dlm hutan hidup semulajadi lagi dlm masa terdekat kalau masalah poaching rare orchids berterusan. oh ya ari tu kwn saya ckp kat china ada cerita pasal penjual orkid kena pancung kepala sebab didapati bersalah menjual pokok2 yg dikutip daripada hutan sana. betul ke tidak taktau tapi count ourselves lucky we are not in China! nyawa manusia di sana seolah2 hanya setaraf semut. hmm, tgk gambar2 ni buatkan saya berazam tak nak beli bnyk sgt orkid. takut nanti jadi mcm gambar kat atas... bila dah takda masa nak jaga semuanya mula mati. kesian. klu didapati daripada tempat yg dimusnahkan atau ditebang utk projek pembangunan dan tanaman, saya baca kena ada permit untuk tanam, betul ke bical? apa apa pun saya harap pokok2 yg dlm gambar tu tidak dibiarkan mati begitu sahaja, mungkin boleh diserahkan kepada pihak kinabalu park untuk dipelihara. atau suruh petani tu contact drg minta dtg ambik daripada biarkan mati begitu saja. Bical, betul ke orkid ular tu semua nak mati? Links: www.orchidspng.com/discus/messages/2/9708.html (sila baca komen pakar terkenal Peter O'Bryne dlm page ni) dan juga: www.yonggee.name/Notes/Paraphal_labuk.htm
|
|
|
Post by bicalcarata on Dec 6, 2007 8:00:29 GMT 7
entahlah pdox, ada pembeli ada juga penjual susah kita nak menghalangnya.. kita kena merancang dan bertindak dri awal klu nak selamatkan pokok2 ni dri pupus. Klu kita ada kelab yg besar dgn kewangan yg kukuh boleh buat lab keluarkan benih yg banyak dan murah mungkin dpt mengurangkan pengambilan dri hutan.
Di rumah saya ada dlm 2-3 pokok dri sp ni, sudah berbunga sekali. Saya nak ke sana lgi dlm 1-2 bulan ni utk dptkan pokok2 orchid yg terbiar tu.
Di sabah ada peruntukan undang2 perlindungan kepada hidupan liar, permit dikeluarkan utk mengambil di hutan, menjual dan memelihara utk sp tertentu sja. Dua tumbuhan ini iaitu orkid selipar dan N. rajah adalah dilindungi yg lain tu boleh diambil dan di pelihara dgn permit. Permit setahun dlm RM200. Saya dapati kerajaan selalu menguat kuasa undang2 perlindungan h liar ni di Sabah. Setahu saya ada beberapa org yg sdh tertangkap kerana memiliki orchid yg dilindungi sp orkid selipar. N. rajah tidak dapat tumbuh di tanah rata atau di luar dri kwsn g kinabalu so dia selamat.
|
|
|
Post by Shaifuls on Dec 6, 2007 8:57:39 GMT 7
Bercakap tentang Paraphalaenopsis ni, terdapat 4 jenis kesemuanya dimana boleh didapati hanya di Borneo sahaja.
1. Paraphalaenopsis labukensis 2. Paraphalaenopsis denevei 3. Paraphalaenopsis laycockii 4. Paraphalaenopsis serpentilingua
Kesemuanya adalah orkid yg terancam. bagi yg punya peluang untuk membelinya TOLONG beli untuk menyelamatkannya dari terus terancam.
Kalau ada lebih lebih kasi la saya, hehehehehe
|
|
|
Post by pdox on Dec 6, 2007 9:32:11 GMT 7
bical, ye ke. apa yg terjadi pada org yg ditangkap tu? orang biasa tanam yg dibeli daripada nursery pun tak boleh ke? kat sabah ada nursery yg jual selipar clone atau dari flask tak?
shaiful, tapi kalau beli daripada penjual yg kutip daripada hutan simpanan atau hutan yg tidak dikacau (maksudnya bukan yg ditebang utk tanaman) nanti akan create lagi market untuk mereka terus ambil daripada hutan, jadi lebih terancam nanti. lebih2 lagi bila org tu dah kurang minat dan orkid terbiar mcm gambar kat atas.
|
|
|
Post by Shaifuls on Dec 6, 2007 9:38:55 GMT 7
Faham apa maksud u tu, seolah2 kita menggalakkan mereka munjual khazanah hutan sewenang2nya. tetapi jika dibiarkan mati kering juga pkok2 tu.
ada yg telah dibicarakan spt seorg Dr. ni, didenda kalau taksilap melebihi RM80K. sbb cuba seludup pokok2 ni dari Sabah.
|
|