|
Post by abiom on Jan 5, 2008 10:16:50 GMT 7
|
|
|
Post by webbiz04 on Jan 5, 2008 10:18:32 GMT 7
Broth bila nak buat open house senang bagi gang oapm dtg melawat sedara ngan pkk orkid sekali .... heheheh kot2 leh tapau bawa balik
|
|
|
Post by sopiemohd on Jan 5, 2008 12:04:35 GMT 7
Menjawab soalan saudara Azahar: 1. Amalan kultural saudara yang merendam pokok paphio dalam bekas berisi baja menyebabkan paphio anda kena phyto (lebam dan terbakar) Ini disebabkan air baja tersebut lambat kering di pucuk dan pelepah.Phyto bolih juga disebabkan olih overdose. Pastikan rumah bunga anda ada peredaran udara untuk mengelak serangan kulat. 2. Tukar amalan kultural saudara dengan menyembur baja foliar atau baja organic,mengunakan kadar separuh 1/2 daripada sukatan yang ditetapkan olih label. Kerapkan semburan. 3. Apabila daun telah lebam dan terbakar,ketahanan pokok jadi lemah.Pokok mudah diserang spora spora kulat.Kulat kulat yang selalu menyerang okid adalah daripada kumpulan Colletorichum, phytophtyora dan lain lain. 4. Serangan phytophtyora atau dipanggil crown rot bolih dikawal dengan Ridomil (metalaxy) dengan kadar 10 gm untuk 4 liter air.Racun ini adalah jenis curative dan protective. Sembur 5 hari sekali sehingga sembuh. Sekira nya kulat tersebut daripada kumpulan yang lain,tukar racun kulat. 5. Bagi serangan kulat kumpulan colletorichum saya cadangkan guna racun kulat Score(difenoconazole) dengan kadar 10cc untuk 4 liter air. 6. Cadangan saya gunakan kedua racun secara alternate untuk mendapat kawalan maximum. Sekira kedua didapati tak berkesan saya cadangkan guna racun kulat Amistar.kadar yang digunakan adalah 5cc untuk 4 liter air.Kawalan Amistar lebih broadspectrum tetapi tidak dapat mengawal phytophthora.Pakai amistar secara alternate dengan ridomil. sm
|
|
|
Post by tontoro2001 on Jan 6, 2008 11:59:55 GMT 7
saupi...
terima kasih atas penerangan panjang lebar tu....thanks saupi!
|
|
|
Post by sopiemohd on Jan 7, 2008 8:36:29 GMT 7
Zul,Tolong menolong zul, itu pun setakat apa yang kita tahu..... sm
|
|
La
Full Member
Mantad doho
Posts: 113
|
Post by La on Jan 7, 2008 15:56:28 GMT 7
Webbiz... Penyakit berjangkit yer...? Cepat merebak plak tu.... hahaha..... nanti bila Sopie buat open house, sia duduk dekat2 u lah..... sbb sia ni "malu tapi mau". so bila u tapau, tapaulah byk2 so boleh sia tolong bawakkan tapau u.... tapi TST lah! Muhahaha....
Sopie..., makasih bebanyaklah atas kesudian u berkongsi pengetahuan ngan kami sume... Sia biasanya klu ada maklumat cam ni suka print utk jadikan rujukan kelak (bila perlu). Esp utk spp2 yg sia tanam.
Salam buat sume, La
|
|
|
Post by sopiemohd on Jan 8, 2008 5:35:45 GMT 7
lela & Webbiz,
Terima kaseh ........kita mestilah ada sikap setiakawan dan tolong menolong setakat yg mampu.
sm
|
|
|
Post by Shaifuls on Jan 8, 2008 7:19:16 GMT 7
emmm...
Kami bukan along, kami mau tolong.
|
|
|
Post by pdox on Jan 8, 2008 17:57:24 GMT 7
suka tgk semua gambar2 dlm thread paphio. semuanya menawan, yg paling best bunganya tahan lama.
|
|
|
Post by sopiemohd on Jan 9, 2008 13:21:58 GMT 7
pdok,terima kaseh dengan komen saudara,saya akan update gambar dari masa kesemasa. ;D sm
|
|
|
Post by abiom on Jan 9, 2008 13:34:27 GMT 7
pak sopie. terima kasih banyak2 atas penerangan pak sopie..ni semua pasal ghairah sgt membajalah nie...
|
|
|
Post by sopiemohd on Jan 10, 2008 8:59:23 GMT 7
Azahar,Penerangan yang diberi sekadar yang mampu saya tolong. sm
|
|