|
Post by khairimhd on Dec 17, 2007 10:36:35 GMT 7
Kengkawan
Sedikit sumbangan dariku ..
1. HIGHLAND OR LOWLAND?
Bagi yang duduk di kawasan tanah rendah, sila pastikan orkid yang anda beli bukan dari jenis orkid yang hidup subur di tanah tinggi.
Jika anda membeli, ia boleh hidup tetapi TIDAK akan berbunga kecuali anda mempunyai bilik hawa dingin untuk orkid jenis ini.
Ada nurseri yang menual orkid dari tanah tinggi yang sedang berbunga. Ini kerana mereka mempunyai bilik berhawa dingin.
Cara mengatasi : 1. TINGKATKAN PENGETAHUAN ANDA TENTANG ORKID. 2. Jangan beli dulu. Tanya nama orkid tersebut balik buat 'self research' dekat internet untuk dapatkan growing tips. Jangan terburu-buru membeli orkid.
2. PENJUAL MENIPU Hati hati.. pastikan orkid yang anda beli mempunyai TANDA NAMA orkid yang BETUL. Ini kerana terdapat beberapa kes penjual yang menipu pembeli dengan meletakkan nama yang salah semata mata untuk naikkan harga jualan. Contoh-contoh kes yang pernah saya dengar ( betul atau tidak, tidak dapat dipastikan kesahihannya)
KES 1 - Seorang penjual telah menjual orkid spesis dari jenis Bulbophyllum girl thingytum tetapi telah menjual atas nama Bulbophyllum medusae. Kenapa? ini kerana harga Bulbophyllum medusae di pasaran orkid adalah [glow=red,2,300]lebih tinggi daripada [/glow]Bulbophyllum varginatum
KES 2 - Seorang penjual telah menjual orkid spesis dari jenis Phalaenopsis sumatrana tetapi telah menjual atas nama Phalaenopsis zebrina. Kenapa? Alasan yang sama seperti KES 1
KES 3 - Seorang penjual telah menghantar kepada orang tengah untuk agar tolong jualkan orkid spesis Bulbophyllum longisepalum tetapi telah di IDkan sebagai Bulbophyllum arfakianum 'BIG'. Kenapa? Alasan yang sama seperti KES 1
Cara mengatasi:- TINGKATKAN PENGETAHUAN ANDA TENTANG ORKID.
3. Beli orkid yang dah 'established' Bagi anda yang baru berjinak jinak dengan orkid. Sila pastikan orkid yang anda hendak beli telah hidup dengan stabil pada medianya. Ini kerana terdapat penjual yang menipu dengan cara
(i). menghimpit akar orkid secara ketat di dalam pasu apabila anda ingin menguji (secara menarik pokok).
(ii) menutup akar pangkal orkid dengan media penanaman seperti moss atau serbuk kayu supaya anda tidak dapat melihat akarnya.
Tetapi jika anda yakin untuk menanam dengan orkid yangmasih tidak stabil .. SILAKAN
|
|
|
Post by Shaifuls on Dec 17, 2007 10:52:34 GMT 7
Seribu peratus saya bersetuju dgn apa yg dikatakan oleh Khari diatas ini.
Pernah Seorang pembeli yg kurang pengatahuan tentang orkid di ofer dgn Bulbophyllum madusae "Red Spot" dgn harga yg meletup mahal. tak sampai sebulan orkid tersebut berbunga dan didapati Bulbophyllum varginatum.
Berasap2
|
|
|
Post by khairimhd on Dec 17, 2007 11:25:39 GMT 7
tips membeli orkid ini saya akang sambung lagi di masa hadapan ..ia ada diantaranya berdasarkan pengalaman saya dan sahabat2.
|
|
|
Post by pdox on Dec 17, 2007 11:55:14 GMT 7
berbunga dan didapati Bulbophyllum varginatum. Berasap2 maaf ya kalau hamba tergelak besar tadi... hahahahahahahahahahahahahahahahahaha sampai hati dia tipu dgn jual bulbo yg setaraf orkid merpati common ni pada awak dgn harga meletup ye... oh my kenapa tak bawak tank pergi ratakan tempat tu? saya pun kena tipu dulu... dan skrg pun kdg kdg tertipu (dimakan kerakusan sendiri, tak check btl dulu). contohnya, terbeli C. asperata yg banyak mcm lalang sebab ingatkan C. pandurata padahal jauh berbeza hahahaha.
|
|
|
Post by khairimhd on Dec 17, 2007 12:16:48 GMT 7
Alang alang dah bukak cerita kena tipu ni..sesaper ada pengalaman kena tipu masa beli orkid, boleh le berkongsi di thread ni.. kerana ia boleh di jadikan antara tips yang berguna.
Betul tu pdox.. bulbo varginatum memang setaraf dendrobnium crumenantum iaitu orkid merpati kerna distribution dia memang luas di Malaysia ini.
Macam sia, pun dah berhati hati semasa membeli orkid, sesuatu yang tak pasti tidak lagi dibeli, mana mana penjual yang menipu telah saya black list dalam file peribadi saya.
|
|
|
Post by khairimhd on Dec 17, 2007 12:43:41 GMT 7
Pengalaman sia di tipu membeli orkid. 1. Pamer pokok lain , jual pokok lain. Ni kisah masa baru berjinak dengan orkis spesis. Masa pergi nurseri X tu, giler tengok Coelogyne rochusseni tengah berbunga lebat, Bila tanya nak beli cutting dia dok tunjuk anak dalam pasu lain. Sia caya je le, la ni dah 4 tahun tak pernah berbunga. Hasil info dari kengkawan ada vareity cologyne rochussenii yang payah berbunga. Nak kena bawak Cameron gamaknye. MORAL : Mintak beli cutting pokok yang dah berbunga atau beli yang dah terbukti berbunga. 2. Beli orkid secara pos Masa beli tu lupa lak nak tanya pokok saiz apa, berapa bulb dia ada..maklumla dok teruja tengok gambor sipenjual anto..sekali sampai pokok kecik giler, dah la teruk keadaan dia...akhrinya mati..rugi sia rm90 ...masuk duit pos rm10 dah rm100 MORAL : Tanya spesifikasi pokok duldu sebelum beli. Saiz macam mana? Berapa Bulb? 3. Duit dah bagi tapi pokok tak dapat lagi Ni kisah awal tahun ni, sia telah kirimkan duit pada seorang kawan si S untuk belikan orkid spesis Cymbibium finlaysonianum flava di sebuah nurseri yang menjual pokok ini ( nama nurseri di rahsiakn). Dia kata dia boleh dapat murah daripada harga yang sia dapat. Setelah menunggu sehingga ke hari ini sia masih tidak dapat lagi pokok Cymbidium Finlaysonianum flava tu. Jumlah duit yang lesap ialah RM125. MORAL : Pergi beli sendiri. Jangan harap orang dah. Ada lagi beberapa pengalaman sedey beli orkid ni...cukup je le 3 kes ni kot.
|
|
|
Post by pdox on Dec 17, 2007 12:56:20 GMT 7
hmmm teruk juga kes awak... esp yg kena burn kawan sendiri. kes coelogyne saya bukan sebab penjual tipu tapi sebab saya sendiri tak check betul2 dulu sebab masa beli terlalu rakus tgk orkid kiri kanan
|
|
|
Post by Shaifuls on Dec 17, 2007 13:20:57 GMT 7
Talk about tipu ni macam2 dah kena, dah naik tengit dah kena kencing. tak pe la.... dunia orkid ni bukannya luas sangat. sekali kita kena kencing, 10 kali org kencing dia balik.
** tak mampu nak beli Kereta Tank, kalau ada nak sewakan kat sia, lama dah sia letupkan.
|
|
|
Post by nurkaseh on Dec 17, 2007 14:49:27 GMT 7
boleh tak kaseh nak bertanya..
3. Beli orkid yang dah 'established' Bagi anda yang baru berjinak jinak dengan orkid. Sila pastikan orkid yang anda hendak beli telah hidup dengan stabil pada medianya.
ok jika kaseh ada beli oked yg dah stabil, dah berbunga...then kaseh suruh tokey nursery tu transfer oked yg dah stabil tu pada kayu gantung...boleh tak.. mati tak oked tuh.
|
|
|
Post by khairimhd on Dec 17, 2007 15:10:34 GMT 7
Kaseh,
Jawabnye bole tak dak masalah dengan syarat penanaman yang dilakukan oleh tokey tu tidak merosakkan akar secara melampau. Sebab ingat petue ni.
ROOT GOOD, GROWTH GOOD and FLOWER ALSO GOOD.
|
|
|
Post by demang on Dec 17, 2007 15:29:10 GMT 7
Saudara Khairimhd, Saya tertarik dgn penerangan saudara mengenai tips beli orkid tu,so bagaimana pula nak tahu bahawa pokok tu betul2 spicis dan bukannya hibrid.Kebanyakkan penjual mengaku pokoknya spicis tapi hibrid.Sbb bila spicis penjual akan jual dgn harga mahal.Paling mengelirukan ialah pokok dendrobiam. ingin tahu..... Demang
|
|
|
Post by demang on Dec 17, 2007 15:42:21 GMT 7
selain drp tips diatas ada tak sesiapa tahu tips tanam lumut,propagation dan fertilizer. demang
|
|
|
Post by nurkaseh on Dec 17, 2007 15:43:26 GMT 7
tq kairi.... tp kan nak tanya lagi.. ;D abg saya ada bg oked bulbophyllum...tp memandangkan nak nampak cantik, saya suruh dia pindahkan ke batang kayu tembusu yg dibeli.. stlh seminggu (abg memang biasala dgn oked ni berbanding dgn saya), pseudobulb dia bertukar kekuning2an dan nampak x sehat.. adakah pokok tu terkejut kalu begitu, nak buat mcmana?
|
|
|
Post by Shaifuls on Dec 18, 2007 13:15:09 GMT 7
Emmm perkara ni rasanya dah ramai dah jawab.tapi tak per nanti jumpa saya di Air Keroh akan saya tunjukkan cara sebenar nak tanam pokok atas batang kayu.
|
|
|
Post by khairimhd on Dec 18, 2007 13:36:21 GMT 7
Demang? ;D : Saya tertarik dgn penerangan saudara mengenai tips beli orkid tu,so bagaimana pula nak tahu bahawa pokok tu betul2 spicis dan bukannya hibrid.Kebanyakkan penjual mengaku pokoknya spicis tapi hibrid.Sbb bila spicis penjual akan jual dgn harga mahal.Paling mengelirukan ialah pokok dendrobiam. JAWABNYE : Walaupun koi raso awok pun dah tahu, tapi koi jawab jugak la soalan test ni. Pertama kita dengar dahulu cerita KES ... dengar dengar cerita ada seorang pembekal orkid telah menghantar pokok kepada Nurseri Mambau untuk di jual dengan sipenghantar claim ia adalah dendrobium cruentum...Tuan punya nurseri terus beli,, bila keluar bunga aje...ropa-ropanya dendrobium hybrid cruentum. Maka, daripada cerita kes di atas...SATU SATU CARA YANG 100% PASTI untuk kenal species atau hybrid adalah melalui bunga sahaja. Kalo lepas berbunga tak pasti juga, anto je gambor tu dalam forum forum orchid untuk di ID kan oleh otai2 orkid antarabangsa. Tidak dinafikan ada species yang boleh dikenali hanya melalui struktur pokok sahaja. Macam koi, koi tak kisah, asal bulbophyllum atau phalenopsis tapi janji bunga dia cantik koi beli ajer.. Nak bersin jab ha ha ha ha ha haworiensis lah Demang? : selain drp tips diatas ada tak sesiapa tahu tips tanam lumut,propagation dan fertilizer. JAWABNYE : Dijemput datang ke kampung koi di Triang untuk melihat moss koi yang diatanam di dalam ladang kelapa sawit yang koi usahakan secara kecilan kecilan untuk kegunaan sendiri. Propogation orkid boleh rujuk di laman ini bgreenfertilizer.googlepages.com/ cari di sub-laman artikel dgn tajuk teknik tanam orkid di Malaysia Beberapa artikel tentang fertilizer oso boleh dirujuk di laman ini bgreenfertilizer.googlepages.com/ cari di sub-laman artikel. Nak bersin lagi ha ha ha ha ha haworiensislah NURKASEH plak : tp kan nak tanya lagi.. abg saya ada bg oked bulbophyllum...tp memandangkan nak nampak cantik, saya suruh dia pindahkan ke batang kayu tembusu yg dibeli.. stlh seminggu (abg memang biasala dgn oked ni berbanding dgn saya), pseudobulb dia bertukar kekuning2an dan nampak x sehat.. adakah pokok tu terkejut kalu begitu, nak buat mcmana? JAWABNYE : Agak sukar menjawab jika tiada foto untuk di lihat. Adakah bulb itu membusuk - itu tanda jangkitan kulat atao bakteria. kalao ia masih keras macam biasa mungkin pokok itu stress kot..terkejut. just biar aje le ...dgn harapan dia akan boleh adapt nurkaseh punya climate slowly. Nak bersin lagi ha ha ha ha ha...alamak tak jadi la pulok ;D
|
|
|
Post by pdox on Dec 18, 2007 13:45:30 GMT 7
demang ni kan... kejap pura2 cencorot, kejap expert dgn pengetahuan mengalahkan buku orkid... mmg dia tgh menguji level member2 kat sini kot... ;D
|
|
|
Post by Shaifuls on Dec 18, 2007 13:46:32 GMT 7
Koi nok melawat tempat awok lah khairi, nak pau sikit lumut awok tu nak tanam kat Paphio yg koi dapat dan bahagi2kan dari pembekal yg jual dendrobium tu
|
|
|
Post by khairimhd on Dec 18, 2007 15:33:35 GMT 7
Pdox, sia gelak je ..opps jap nak terbersin lagi ha ha ha ha ha haha haworiensislah ... he he he he jangan mara aaa... nanti kena TB ;D
|
|
|
Post by pdox on Dec 18, 2007 15:50:30 GMT 7
bersambung balik kes kena tipu... tapi bukan kena tipu la cuma taken advantage of, kes penjual menangguk di air keruh. mentang2lah kita ni masih green dan naive masa mula mula beli orkid dulu: www.flickr.com/photos/sarawaklens/2119189469/Tgklah pokok coelogyne ni... keadaan yg sungguh kesian. saya beli pada harga RM5 daripada penjual kat bandar satu bulb yg nak kiok ni, dah kering dan bulbnya pun dah kehabisan makanan... saya tak sampai hati nak membuangkannya jadi biar saja hidup sorang diri dlm pasu asalkan dia tidak betul2 mati lagi. satu hari nanti harap2 dapat kumpul tenaga cukup utk kuarkan anak baru. saya pun ada beli coelogyne rochuss (dilabel sebagai swan) satu bulb saja pada harga sama... at least that one dah kuarkan anak baru... jadi moral of the story: make sure you do banyak2 research dulu berkaitan sellers kalau masih green dan jangan naive sangat atau compulsive sangat, nampak terus nak...
|
|
|
Post by Shaifuls on Dec 18, 2007 15:55:59 GMT 7
Lagi satu, Moral of the story......
JGN BELI ORKID 1 BULB/UBI.... minima 3 ubi sebab ubi yg last sekali akan supply food utk keluarkan anak baru. idak gitu koh koh koh batuk lak aku, takut TB lak
|
|