|
Post by pdox on Nov 20, 2007 12:26:18 GMT 7
Aphyllorchis pallida Hidup sepenuhnya bawah tanah kecuali semasa berbunga. gambar ditangkap berdekatan sebuah air terjun.
|
|
|
Post by alycia on Nov 20, 2007 13:26:00 GMT 7
uihhhhhh, peliknya hidup bawah tanah.. cannot imagine lah hehe.. tp sayang lah pdox sbb semua image yg pdox post alycia tak boleh view.. maybe web tu kena blok dekat ofis nie..
|
|
|
Post by bicalcarata on Nov 20, 2007 15:13:03 GMT 7
alycia, mungkin setting di internet options tu yg kena baiki, cuba klik ke advanced -> multimedia -> klik semua kotak dibahagian itu.
|
|
|
Post by alifinara on Nov 21, 2007 7:52:36 GMT 7
Apakah yg dimaksudkan dgn bawah tanah, adakah sebab hidup atas tanah? Tolong, hamba tak berapa paham.
|
|
|
Post by pdox on Nov 21, 2007 8:17:01 GMT 7
Bawah tanah maksudnya dia hidup mcm bunga raflesia iaitu seluruh "badan" di bawah tanah. Orkid ni jenis saprofit, dia bukan parasit tetapi hidup dgn bergantung pada nutrien yg dibekalkan oleh mikroorganisma yg mereputkan bahan bahan mati atau sedang mereput.
|
|
|
Post by alycia on Nov 21, 2007 9:11:39 GMT 7
ni gambar yang alycia search kat Internet.. batang keluar dari tanah... bunga tengah kembang
|
|
|
Post by pdox on Nov 21, 2007 9:12:59 GMT 7
Alycia itu lah gambar2 saya hahaha ;D
|
|
|
Post by alycia on Nov 21, 2007 9:16:00 GMT 7
ye ekkkk... alah malu ajer.. sbb alycia kan xboleh tgk gambar yg pdox letak hahaha.. sorry yer pdox.. xpelah, alycia letakkan bg yg senasib dgn alycia hehe (cover malu...)
|
|
|
Post by pdox on Nov 21, 2007 9:20:09 GMT 7
hehe rasanya takda gambar orkid penuh yg mcm saya tangkap di internet. Dulu saya nak cari identitinya pun saya kena tanya kat forum Indonesia. Mujurlah ada orang yg pernah nampak dan kenali bunga ni. Lepas tu bila cari lagi di internet dapat gambar bunga saja yg mmg sebijik mcm dlm gambar yg saya tangkap. So agak yakin ni spesis pallida.
|
|
|
Post by Shaifuls on Nov 22, 2007 10:03:26 GMT 7
Saya tak la pakar sangat dalm bab2 orkid ni. Tapi apa yg selalu saya dapat lihat dari tinjauan saya semasa pi hunting dlm hutan, Malaysia kaya dgn berbagai jenis orkid dan tak kurang hebat juga orkid yg Negara kita ada. Dari bawah tanah (jenis Ubi) hinggalah yang tinggal dia atas pokok. Biasanya saya panggil jenis berubi ni Ghost Orchid sebab bila tiba masa yg sesuai ai akan berdaun dan berdahan utk berbunga. habis bunga akan mengeluarkan biji benih. Selasai biji benih Ghost Orchid ini akan membatukan diri semula. Jika nak cari amat susah selagi ianya tak berbunga. Sekian dulu buat sementara waktu. Maaf Boss, celoteh panjang sangat. Shaifuls www.flickr.com/photos/bhippo001picasaweb.google.com/bluehippo2020bgreenfertilizer.googlepages.com/
|
|
|
Post by alycia on Nov 22, 2007 11:32:24 GMT 7
shaifuls, satu info yang menarik..... kalau ada lagi info2 yg menarik mcm nie dialu-alukan... kita nak org2 mcm ni lah yg dapat memeriahkan forum kita nie.... so, boleh tambah ilmu bg peminat-peminat orkid amatur mcm saya nie...
|
|
|
Post by webbiz04 on Jan 3, 2008 16:16:38 GMT 7
Saya ada sepasu pkk cam ni kalau tak silap lerr!
|
|
|
Post by lapanlapan on Apr 21, 2008 20:44:44 GMT 7
pernah jumpa 3 kali orkid jenis ni... kat tepi jalan masa on the way naik gunung, kat bawah kanopi di bawah pokok kat kawasan air terjun dan bersama sama s_annuar masa jumpa lasiantum, kat tebing sungai... semuanya in situ...
|
|
|
Post by pdox on Apr 21, 2008 21:05:35 GMT 7
Saya ada sepasu pkk cam ni kalau tak silap lerr! web, ko ada satu pasu pokok ni? cemana ko tau dia idup ke idak kalau dia dok dlm tanah memanjang?
|
|
|
Post by webbiz04 on Apr 22, 2008 7:22:26 GMT 7
Aku nyer pkk bunga dia lain skit ler .... tapi pkk dia nampak ok jer kalau tak silap nama dia Eulophia graminea Lindl
|
|
|
Post by pdox on Apr 22, 2008 9:58:42 GMT 7
Web lorrr manada sama. Sudu dgn garpu huhu. Eulophia tu bukan saprofit, aku pun ada. Palida kat atas tu tumbuh sepenuhnya dalam tanah, takda daun etc cuma masa bunga dia kuarkan tangkai above ground.
|
|