|
Post by webbiz04 on Aug 28, 2008 21:53:45 GMT 7
Tahniah!
Kalau boleh bagi le peta atau panduan utk rakan2 bertandang.
|
|
|
Post by harris on Aug 29, 2008 5:10:24 GMT 7
Congrats BGREEN! Semoga terus maju dan berjaya.
Teringin nak pi tengok, ada buat opening ceremony tak? Setuju dengan webbiz, kalau ada map n full address, senang nak cari.
|
|
|
Post by abiom on Aug 29, 2008 10:33:17 GMT 7
TAHNIAH BGreen. Moga terus berkembang maju....
|
|
|
Post by khairimhd on Aug 29, 2008 13:19:57 GMT 7
Ni wa quote drp Puan sri Alifinara
Tahniah....tahniah Tiada ucapan selain alhamdulillah, syukur, cita² kalian tercapai.....
Bila nak buat house warming? Memandangkan bulan puasa dah dekat, mungkin tuan kedai boleh anjurkan acara berbuka puasa sempena pembukaan Laman Anggerik Selangor ini, senang cerita kita buat pot luck...he..he..he.....
Kengkawan kat HG ngan OAPM wajib hadir.....
p/s:sbg anak jati S'ngor, saya turut berbangga nursery ini dinamakan Laman Anggerik Selangor...
Part yang text kaler merah tu yang terasa sungguh tu...Nama LAMAN ANGGERIK SELANGOR juga diminati oleh Puan Sri Alifinara.
|
|
|
Post by pdox on Aug 29, 2008 14:11:08 GMT 7
Erm, jadi bila nak buat parti sempena opening ceremony? ;D
|
|
|
Post by webbiz04 on Aug 29, 2008 15:41:26 GMT 7
Wah bagus ni ada buat potluck cam masa g gathering TF tak sabar nak nengok muka warga OPM .... ;D ;D
|
|
|
Post by khairimhd on Aug 29, 2008 23:07:34 GMT 7
Erm, jadi bila nak buat parti sempena opening ceremony? ;D Kena tanya Pengurus Operasi LAMAN ANGGERIK SELANGOR ni...
|
|
|
Post by harris on Aug 31, 2008 12:13:19 GMT 7
Baru perasan part ni:
"BGREEN Fertiliser Resources dengan rasminya pada 28 OGOS 2008 telah mengambil alih Nurseri Orkid yang di punyai oleh Sifu Lim Mok Hai yang bertempat di Sungai Buloh"
28 OGOS 2008 = 28-08-08
Manyak ong looo....
|
|
|
Post by khairimhd on Sept 1, 2008 18:45:53 GMT 7
Baru perasan part ni: "BGREEN Fertiliser Resources dengan rasminya pada 28 OGOS 2008 telah mengambil alih Nurseri Orkid yang di punyai oleh Sifu Lim Mok Hai yang bertempat di Sungai Buloh" 28 OGOS 2008 = 28-08-08 Manyak ong looo.... he he he ...feng shui manyak bagut ooo .. ni nak tambah lagi ni...berita baik buat penduduk Kuantan Pahang sebab kami telah mempunyai agen di sana.. (1) Exotic Matahari Nursery Pusat Pertanian Bukit Ubi 25300 Kuantan Pahang Darul Makmur Kak Aishah (019-9189023) ha satu lagi penduduk sekitar Sri Petaling.. produk BGREEN juga boleh didapati di (2) Lum Chin Orchid Nursery Jala Selesa 9 Taman Gembira 52800 Sri Petaling Kuala Lumpur Hah? Lum Chin yang famous tu ke? ...ya la...Lum Chin yang tu ler lagi...yang mana lagi... Syukur..syukur ...
|
|
|
Post by webbiz04 on Sept 2, 2008 7:26:55 GMT 7
Kak Aishah ni satu comp ngan aku tak tahu lak dia ada nursery ..... hheheheheh Anyway tahniah ler kerana menjadi pengedar Bgreen.
|
|
|
Post by kk on Sept 2, 2008 17:28:45 GMT 7
Congratulations!
Kalau dapat SIOP (8 juta tu) lagi bagus.............. ;D
|
|
|
Post by khairimhd on Nov 6, 2008 22:44:59 GMT 7
Kepada sesiapa yang bertanyakan testimoni baja CAP X, ni salah satunya..merayau rayau kat internet malam ni..terjumpa le .. PENAJA KURSUS November 4, 2008 Saya bersyukur dan amat gembira BGreen Fertilizer Resources, syarikat pengeluar baja berasaskan neem sudi menaja bahan mentah dan baja berupa 4 botol neemcake dan 46 botol baja foliar, terdapat 2 jenis iaitu BGreen Neem Oil dan BGreen Seaweed. Terima kasih kepada Cik Shaiful, ‘orang besar’ disana, Cik Khairi, pegawai technical dan cik othman yang sudi hantar barang tajaan sampai ke rumah. Penajaan tersebut adalah eksklusif memandangkan neemcake bukanlah mudah diperolehi. neemcake merupakan antara bahan asas yang boleh dimasukkan ke dalam baja organik untuk menguatkan fungsi pertahanan dan meninggalkan kesan yang lebih nyata pada baja. Neemcake sukar diperolehi dewasa ini, tambahan lagi apabila nilainya dari segi perubatan amat tinggi. Kini neemcake bukan lagi dijual dalam status bahan mentah pertanian, tetapi bahan farmaseutikal, menjadikannya lebih eksklusif. Saya tidak tahu harga neemcake tersebut, tetapi saya mengganggarkan penajaan ini melebihi RM400. Sesuai dengan tema kursus ini, untuk mendedahkan kepada peserta ‘rahsia reblending’, maka kami berusaha mendapatkan bahan2 yg eksklusif seperti bat guano, zeolite, molasses. Harga sekilo guano boleh mencecah RM30 untuk guano yang asli dan bermutu tinggi. Saya telah bertemu wakil BGreen di MAHA2008. waktu itu saya menjadi jurucakap produk baja kompos berasaskan EM dan cacing. cacing kami bermasalah kerana banyak hama, jadi saya telah ke booth bgreen dan beli sebotol neem oil. Neem sangat efektif untuk membunuh hama. Hama vermikompos ni masalah nya terlalu nakal, dia akan makan cacing sampai bengkak2 dan putus badan. Tak eloklah scene tersebut untuk cacing pameran kami, jadi saya cari neem. Saya apply setiap hari pada sebahagian medium dan pada bhagian tersebut tiada hama yg naik sehingga gatal2 tangan. hama bkurangan. saya sembur juga pada anak pokok anggur saya yg diberikan saudara dol malek, daun baru tumbuh lebih cepat. anak anggur ni manja, tak blh foliar yg pekat sangat, jadi produk mereka serasi dan memang baik. di MAHA tempohari saya bertemu dengan mereka kerana ada seorang pelanggan saya bagi testimoni yg baik tentang mereka. Tapi saya tak perkenalkan diri waktu itu, setakat berbual kosong shj. Satu lagi penaja kami ialah syarikat penerbitan buku-buku panduan pertanian, S. Abdul Majid & Co. Mereka bersetuju menaja voucher 10% diskaun setiap pembelian buku Penghasilan Baja Kompos oleh Ir Norizan dan akan membuat penghantaran pos percuma. ( Artikel di atas di ambil daripada blog Melor, IMPAX MELOR ENTERPRISE LOT 521, KG KUBANG JAMBU 33 400 LENGGONG, PERAK impaxbokashi.wordpress.com019-462 9903 / 019-462 9908 supplier of organic fertilizers and NF consultancy)
|
|