|
Post by pdox on Jan 28, 2008 11:11:15 GMT 7
Saya selalu confuse dgn cara kos pos laju dikira. Kadang kadang murah kadang kadang mahal padahal kotak bih kurang sama. So I did a bit of googling and this is what I found out, harap info ni dpt membantu semua yg selalu bertukar2 pokok atau ingin menggunakan khidmat pos laju. Ada dua cara pengiraan kos, 1. ikut berat pakej dan 2. ikut berat Volumetric (VM) Cara pengiraan berat VM adalah seperti berikut: panjang x lebar x tinggi kotak dalam sentimeter, kemudiannya dibahagikan dgn 6000 = berat Vm dalam kilogram. Sekiranya isipadu kotak adalah besar dan berat VM melebihi berat kotak, maka kos dikenakan mengikut berat VM. contoh: kotak 20 x 20 x 30 = 12000 bahagi dgn 6000 = 2 kilogram. Berat kotak bersama kandungan pula hanya 800 gram. maka kos pos laju akan berdasarkan berat VM 2kg. Sebaliknya, jika berat pakej ialah 3kg, maka kos berdasarkan 3kg dan bukan berat VM. website: www.pos.com.my (pada pendapat saya, website pos malaysia tidak cukup user-friendly atau informative) Hope that helps.
|
|