|
Post by tontoro2001 on Dec 26, 2007 13:58:10 GMT 7
saya masih baru kumpul sp seperti tanduk rusa dan Hoya.. kalau ada sesiapa yang sudi memberi sedikit tunjuk ajar cara pembiakan melalui kaedah spora...adalah sangat dialukan...boleh la kita kongsi maklumat bersama....harap sifu khairi dapat bantu... ;D
|
|
|
Post by khairimhd on Dec 26, 2007 14:40:59 GMT 7
ni ilmu tok guru ni..tak bleh cerita dengan orang lain..nanti anak murid derhaka susah tok guru. mu ha ha ha ha ha ha
tunggu je la artikel pasal fern drp aku no..akan siap tak lama lagi..
|
|
|
Post by tontoro2001 on Dec 27, 2007 9:26:28 GMT 7
hehehe...tak semua murid yang durhaka....guru durhaka pun banyak juga..
|
|
|
Post by pdox on Dec 27, 2007 9:28:49 GMT 7
|
|
|
Post by Shaifuls on Dec 27, 2007 11:07:51 GMT 7
|
|
|
Post by tontoro2001 on Dec 27, 2007 15:01:17 GMT 7
|
|
|
Post by demang on Dec 29, 2007 20:53:24 GMT 7
Hello Tontoro dan member sekalian, ;D Benarkan saya utk cuba membantu..kalau ada yg saya terlupa betulkan lah... Kaedah Propagation Staghorn menggunakan SporaKaedah ini agak mencabar tetapi member2 semua boleh cuba.Seperti kita ketahui spora terbentuk didalam pod atau bekas yg dipanggil sporangia. Kemudian terkumpul didlm susunan yg dipanggil sori.Kumpulan sori ini pula digelar sorus.Setiap sorus ini pula dilindungi oleh satu perisai istimewa yg digelar indisium. Ahli2 taxonomist tumbuhan menggunakan susunan dlm karakter sori utk mengetahui dan mengenalpasti jenis fern. Bila spora telah cukup matang, sporangia akan pecah atau “ burst” lalu spora akan tersebar utk percambahan atau germinate.Jadi kutip habuk spora yg telah matang dan simpan didalam envelope. Sterilkan sphagnum moss yg baik seperti sphagnum dari chile dengan air panas mendidih.Letakkan sphagnum moss didalam bekas styrofoam yg berbentuk mangkuk dan biarkan sejuk, jgn lupa tebuk satu lubang dibawah mangkuk itu. Letakkan sphagnum moss itu 2 cm dibawah kolar mangkuk. Taburkan spora tadi diatas sphagnum moss yg telah sejuk itu dan tutup mangkuk itu dengan plastik nipis wrapper makanan yang transparent.Pastikan plastik tidak tersentuh pada spora dan sphagnum moss tersebut. Bila spora dah germinate ia akan membentuk satu bentuk tumbuhan yg kecil dan halus berbentuk jantung “ Heart – Shape” yg digelar prothallis. Generasi spora yg germinate inilah yg akan akan membentuk sperm dan telur.Percantuman antara dua sel2 ini akan membentuk embrio yg kemudian menjadi pewaris generasi staghorn tertentu. Prothallis ini perlukan keadaan atmosfera keliling yg lembap.Kemudian dari prothallus ini akan tumbuh daun2 halus.Bila anak dah agak besar pindahkan kedalam pasu2 kecil. Selamat Mencuba! Demang Lebar Daun
|
|
|
Post by alangbidara on Dec 29, 2007 23:12:01 GMT 7
Tuan Demang,
Spora itu didapati di bahagian mana pokok tanduk rusa ni?
Di bawah daunnya kah atau di mana?
Terima kasih.
-Alang-
|
|
|
Post by demang on Dec 30, 2007 8:19:42 GMT 7
Saudara Alangbidara, Selalunya famili fern ni sporanya dibawah daun.Selalunya staghorn meliang liuk tanduknya, depan jadi kebelakang,dan belakang jadi kedepan.Jadi untuk kepastian sila lihat gambar di bawah: Selamat mencuba! Demang Lebar Daun
|
|
|
Post by tontoro2001 on Dec 30, 2007 8:43:14 GMT 7
terima kasih Demang....saya akan cuba kaedah yang demang bagitau tu..harap2 jadi la.. ;D
|
|
|
Post by demang on Dec 30, 2007 16:41:30 GMT 7
Member OPM semua, Saya ingin berkongsi dan memaparkan cara2 yg digunakan oleh Fern Factory di Anaheim Hills, California. Sebelum menabur spora pastikan medium di steril dengan air panas takat didih.Gunakan peat moss sebagai medium.Sebelah bawah bekas plastik empat segi,isikan satu hingga 2 inci perlite dan satu inci peatmoss diatas ( pastikan peat moss betul2 telah disterilkan seperti diatas ).Jgn biarkan peat moss contiminated. Taburkan spora diatas peat moss yg telah disterilkan. Kemudian tutup atas petak dengan plastik atau kaca transparent.Dalam masa 3 hingga 9 minggu prothallis atau prothallia akan muncul.Siram dengan mist spray selang beberapa hari bagi membolehkan sperm jantan prothallia mengawan dengan telur prothallia betina. Bila dah wujud embrio dari prothallus yg kemudian jadi anak fern staghorn.Pindahkan kedalam pasu bila anak2 fern sebesar daun rumput. Sila lihat gambar dibawah: Spora masak dibawah daun tanduk rusa Tahap pertama prothallia ( lebih kurang 3 bulan ) Anak staghorn berumur lebih kurang setahun Artikel diolah dan dialih bahasa dari artikel fern factory.Selamat bereksperiment dan perbetulkan saya jika ada kesilapan;D Demang Lebar Daun
|
|
|
Post by alangbidara on Dec 30, 2007 23:05:10 GMT 7
Sdr Demang,
Terima kasih dengan penerangan saudara, dan kerana itu saya meresa semakin bersemangat untuk menyemai spora pertama tanduk rusa saya. Wah... pembiakan pakis tanduk rusa tentunya tidak kurang exciting kalau dibandingkan dengan benih orkid.
-Alang-
|
|
|
Post by tontoro2001 on Dec 31, 2007 8:29:37 GMT 7
thanks Demang... maklumat tu memang berguna sangat....saya pun dah mula berminat jenis2 fern ni..
|
|
|
Post by Shaifuls on Dec 31, 2007 8:36:29 GMT 7
Fuhh.... wa TB la lu demang.
|
|
|
Post by tontoro2001 on Dec 31, 2007 15:44:25 GMT 7
Demang memang best..banyak ilmunya..dan sudi berkongsi maklumat lak tu...thanks demang!
|
|
|
Post by khairimhd on Jan 7, 2008 10:53:14 GMT 7
Kengkawan
apa yang tuan demang explain tu dah complete 100%. tak perlu dah wa nak tokok tambah kecuali satu
apa apa cara penanaman pun mesti ambil kira iklim cuaca setempat khususnya dan iklim malaysia amnya...iklim mempengaruhi prestasi pertumbuhan anak semaian.
kelebihan pembiakan spora ialah dapat hasilkan kuantiti pokok yang banyak tetapi masa yang diambil untuk pokok membesar adalah lama.
platycerium ridleyi, platycerium wandae, platycerium grandae dan platycerium walichii adalah spesis yang HANYA boleh di biakkan secara semaian spora..
yang lelain pembiakan secara belahan anak pokok adalah lebih mudah berbanding dgn pembiakan spora.
tak lama lagi wa ada spora platycerium holtumii, spora platycerium elephantotis ( VERY RARE ) daripada madagascar
wa nak cuba buat hybrid platycerium plak lepas ni...
|
|