|
Post by pdox on Dec 5, 2007 13:34:26 GMT 7
Phaius tankervilleae saya dah banyak seed pod. Bila dah matang nanti saya nak cuba germinatekannya semua untuk dptkan anak yg banyak kemudian tanam semua dlm satu baris buat mcm sempadan taman. Mintak sifu2 yg ada pengalaman dgn species ni atau yg arif dgn cara seed germination kongsi pendapat dan pengalaman... Please share any info mcm apa kah bahan2 yg diperlukan? boleh germinate tanpa kaedah flasking? kalau kaedah flasking susah tak nak buat etc etc. Thank you bnyk2!
|
|
|
Post by Shaifuls on Dec 6, 2007 9:15:07 GMT 7
emmm saya pun kurang arif, tapi apa yg saya perhatikan pada pokok Calanthe triplicata. didlm pasu pemuh dgn anak2 pokok Calanthe, hasil dari seedpotnya. saya rasa mungkin pada pokok induk punya agen pencambahannya yg tersendiri. apa kata kenkawan lain.
|
|
|
Post by pdox on Dec 6, 2007 10:18:58 GMT 7
emmm saya pun kurang arif, tapi apa yg saya perhatikan pada pokok Calanthe triplicata. didlm pasu pemuh dgn anak2 pokok Calanthe, hasil dari seedpotnya. saya rasa mungkin pada pokok induk punya agen pencambahannya yg tersendiri. apa kata kenkawan lain. wah banyak anak ye? mintak satu? hehehe ;D
|
|
|
Post by demang on Dec 6, 2007 14:39:24 GMT 7
Hi Pdox,
Pada pangkal pokok phaius tankerville yg dewasa dan matang selalunya ada mycorrhizae yg membiak secara semulajadi,asalkan pokok itu tidak dibaja menggunakan chemical fertilizer dan fungicide yg ada copper atau aluminium yg boleh membunuh mycorrhizae.Jika mycorrhizae sudah simbiosis dgn akar dan pangkal pokok tankerville...taburkan biji benih yg sudah masak dipanggkal dan akarnya....cukup masa biji benih akan simbiotik dgn mycorrhizae utk keluarkan protein baru pokok baru boleh bercambah.Pastikan waktu penyemaian air tidak disiram kuat nanti biji hanyut atau musnah.Selamat mencuba.
;Ddemang lebar daun
|
|
|
Post by pdox on Dec 6, 2007 15:15:40 GMT 7
thanks demang, info yg bnyk membantu. pernah cuba cara ni tabur sekitar akar orkid dgn dendro crumenatum tapi hasilnya tak memuaskan hehe. tapi sebab tak reti buat flasking atau takda facility bersih, jadi terpaksa juga pakai cara ini. ada sesiapa pernah cuba dgn kaedah masukkan biji2 dlm botol berisi air kelapa dan sedikit lumut atau akar lama orchid? ingat nak cuba dgn orchid biasa mcm arundina... belum sempat berexperiment.
|
|
|
Post by sopiemohd on Dec 6, 2007 19:16:45 GMT 7
Teknik yang demang katakan tadi sangat sesuai untuk propogation phapio barbatum yang tumbuh secara terrestrial.Pada pokok Barbatum terbukti sangat sesuai dan telah dipraktikan di Cameron Highland.
|
|
|
Post by demang on Dec 6, 2007 21:03:03 GMT 7
Kaedah 1 Air kelapa adalah natural auxin dan cytokinin,masalah apabila terdedah diluar tempurung ia akan contaminated disebabkan bakteria akan huraikan kandungan organiknya lalu habis dimakan,jadi cuba pakai campuran auxin IAA ( natural )atau NAA (sintetik), vitamin B1 dan humic acid - isikan dlm sprayer.Sediakan spagnum moss yg telah disiram dgn air masak panas utk mematikan hidupan biotik pd spagnum, bila sudah sejuk isikan dlm plastik empat segi atau bulat transparent yg dijual dipasaran harga 40sen satu.Tebuk 2lubang di penjuru atas penutup dan dua di bawah.Sebelum tabur benih, sembur dgn sprayer tangan campuran humic,B1 dan auxin tadi hingga air tos melalui lubang dibawah.Komdian taburkan benih yg cukup tua diatas dan spray sedikit shj sekali dua dan tutup.Dlm masa satu hingga dua bulan kita akan lihat anak bibit mula tumbuh.Pastikan media sentiasa lembab,tapi spray sikit2 cuma utk lembabkan setiap minggu. Kaedah 2 Betul kata sopiemohd tu...kaedah tabur benih tua pd pangkal sesuai utk anggerik terrestrial sbb phaius tankerville tu terrestrial .Kaedah yg saya cadangankan berdasarkan pertanyaan utk pokok phaius tankerville.Utk germinate benih dendro cuba ambil batang kayu sebesar lengan atau kulit kayu ( bark )dari hutan yg banyak debris hitam ( habuk mungkin ada benih mycorrhizae ) dan ada sedikit lumut nipis yg hidup semulajadi pd kayu tersebut.Kayu atau bark itu cuma ambil panjang 6inci. atau sesuaikan dgn bekas plastik empat segi transparent.lembabkan kayu atau bark tersebut dgn air hujan komdian tabur benih dendro,spray sekali lagi agar ia terlekat oleh lembapan pada media itu.Tutup plastik tersebut dan pastikan plastik ada lubang kecil dipenjuru atas.biarkan ada vapour air wujud diatas bekas dan pastikan kayu atau bark lembab. Kaedah 3 Beli media yg sudah tersedia dalam flask(ready made )sesuai utk percambahan dan masukkan benih dgn menggunakan laminar flow yg diperbuat dr akuarium terpakai.Amal kuaratin yg tinggi utk elak contaminated sebelum dan selepas menabur benih.Step demi step utk tabur dan peralatan home tissue culture banyak diajar di internet.Kalau di KL dan semenanjung ready to use flask dgn agar2 didalam ada dijual dan murah.Bila dah bercambah dan jadi mother flask pindahkan anak bibit anggerik kemedia jenis kedua utk pertumbuhan dan pengakaran. p/s akar,debris dan lumut tu sumber mycorrhizae pdox.Mycorrhizae adalah agen simbiotik yg akan simbiosis dgn benih orkid utk hasilkan protein for germinate benih orkid. Selamat mencuba Demang Lebar Daun
|
|
|
Post by pdox on Dec 6, 2007 22:04:04 GMT 7
Wah! lebar daun dan juga pengetahuan! ;D Thank you bnyk2 kerana share info ni dgn kami yg baru nak berjinak dgn home culture. akan saya cuba kaedah #3 kalau ada peluang nanti, tapi kaedah 1 and 2 mesti nak try. Er...kalau untuk phalaenopsis kaedah mana satu lebih sesuai? maaf kalau bnyk soalan, maklumlah, tak pernah try. nak cuba dgn phal juga bila bijinya menjadi. Thank you once again.
|
|
|
Post by demang on Dec 6, 2007 22:08:40 GMT 7
Hehehhe Phaleonopsis cuba pakai flask..itu yg terbaik masa ini Demang Lebar Daun
|
|
|
Post by sopiemohd on Dec 7, 2007 5:37:07 GMT 7
Fullmark lah demang lebar daun,saya nak buat experiment tentang 3 teknik yang telah diterangkan atas.Terima kaseh kerana share ilmu tersebut dengan kami. ;D
|
|
La
Full Member
Mantad doho
Posts: 113
|
Post by La on Dec 7, 2007 15:45:25 GMT 7
Hii....! Demang.
Sia tersangatlah berminat pasal topic ni & tertarik ngan penjelasan yg u bagi.
Sia ada nak tanya skit... boleh? Sia pernah cuba nak cambahkan seed pod (phal) dekat pangkal pokok phaius ni tapi x menjadi (masa tu blum tau lagi yg phal tak sesuai utk kaedah ni). sekarang ni dah tau dah..... Makasih atas info yg dberi.
Buat masa ni, sia ada beberapa seed pod (nak try cambahkan).
Sebelum tu, sia nak tanya berapa peratus kadar lindungan & kelembapan yg sesuai pada pokok phaius yg akan kita gunakan utk cambahkan benih tadi.
T.q ....,
Kounsikaan, La
|
|
|
Post by demang on Dec 7, 2007 16:04:54 GMT 7
Hmmm peratus cahaya tu kalau boleh tiru alam semulajadi tempat asal phaius tu,maksud saya cahaya,suhu dan alam sekitar.Saya gunakan 50 hingga 60 percent shade.Kelembapan juga kalo boleh tiru alam semulajadi hehehhe...susahkan.Hmm yg penting dibahagian pangkal tu sentiasa lembab yg jadi masalah ialah bila kita siram atau hujan lebat benih selalu di bawa oleh air lalu hilang atau rosak.Pembajaan dan menyembur pesticide juga tidak boleh ketika itu..takut mati mycorrhizae.Jadi berdoalah kerana selain dari usaha kita tuhan yg menentukkan.Kita hanya mencuba dan cuba. demang
|
|
La
Full Member
Mantad doho
Posts: 113
|
Post by La on Dec 10, 2007 11:34:48 GMT 7
Hi... Demang,
Sia dah pegi nengok dah keadaan in-situ (ni gara2 nak meniru alam semulajadilah ni) pepokok kat hutan. Sia nengok kat gambar yg kekawan postkan jer... heheh (boleh ba kan???). So... bila seeds dah matang nanti bolehlah sia cuba2 tanam.
Yelah.... doa tu kena ingatlah, sume yg baik datangnya dr Allah so klu kita nak result yg terbaik kena usaha .... & meminta dr NYA. tu yg sampai sanggup nak masuk hutan nak nengok habitat semulajadi tanaman tersebut. hehehe..... COBAAN......
Makasih ya.....atas tunjuk ajar kekawan sume. sesiapa yg dah mula or dah ada result dia khabar2kan lah ngan kita sume....
Salam, La
|
|
|
Post by pdox on Dec 10, 2007 19:21:11 GMT 7
hello La, kalau berjaya germinate, tlg kongsi pengalaman dan cara semai kat sini TQ. ;D
|
|
La
Full Member
Mantad doho
Posts: 113
|
Post by La on Dec 11, 2007 7:38:37 GMT 7
Haloo...
Boleh ba.... no hal. Kalau uda idup pasti sia khabar ngan kamu sume. Tapi.... klu ndak idup, tu mungkin tangan sia yang ndak cukup sajuk mkali. kan Pdox? Hehehe.... Mantad Doho, La
|
|
|
Post by bicalcarata on Dec 11, 2007 14:50:42 GMT 7
wah ni bagus ni, nak tanya bolehkah kita guna kaedah tersebut kepada nepenthes? guna medium yg sama utk cambahkan seeds? sa selama ni ada masalah dgn masalah ni hehehe... masalah betulah masalah ni
|
|
|
Post by pdox on Dec 11, 2007 15:02:30 GMT 7
wah ni bagus ni, nak tanya bolehkah kita guna kaedah tersebut kepada nepenthes? guna medium yg sama utk cambahkan seeds? sa selama ni ada masalah dgn masalah ni hehehe... masalah betulah masalah ni tanya kat forum pitcher tu, robert tau kot, dia dah cambahkan (10 bulan dah) benih rajah x ampullaria. klu tak silap dia sendiri yg pollinate kan utk dptkan seed.
|
|
|
Post by bicalcarata on Dec 11, 2007 15:18:09 GMT 7
ya sa ada baca tu. taun dpn sa ada hybrid idaman tu. nak pollinate tak ada masalah cuma nak cambahkan saja, sa dah buat, klu seeds yg tlah lama tu memang susah.. peratus edup rendah. mungkin ada kaedah yg lebih baik.
|
|
|
Post by pdox on Dec 13, 2007 7:44:09 GMT 7
bical, saya tgk kau pun ada phaius tankervilleae. baru beli ke dah lama? nanti kalau bunga dia banyak semut semua akan dipollinate oleh semut2 tu. seed pod saya semua dah makin mengembang, dlm masa satu bulan lagi boleh harvest kot seed pod yg terawal jadi.
|
|
|
Post by bicalcarata on Dec 13, 2007 8:52:35 GMT 7
ada yg lama ada yg baru, dlm gambar tu dah lama bertahun dah ada lgi yg bru tpi dah berbunga sebulan lalu memang ada seed pods. tak taulah nak biakkannya. buang sajalah
|
|